Thursday 9 June 2022

Memori Kenangan

Assalamualaikum wbt,

Kenangan perlu ada di dalam sesebuah perhubungan atau institusi kekeluargaan.
Simple, tak perlukan wang yang banyak untuk mencipta sebuah memori.
Hanya dengan sedikit pinjaman masa yang kita ada untuk sebuah kenangan.

Jangan terlalu berkira dengan masa yang kita ada.
Jangan pernah lelah untuk berkongsi masa dengan keluarga kerana itulah saat-saat paling bahagia.
Jika penat, salurkanlah penat itu kepada keluarga dengan mengisi masa bersama mereka.
Biarlah penat tubuh badan di dunia ini, yang penting setelah jasad ini tidak bernyawa ianya telah meninggalkan memori terindah kepada mereka yang berada di dunia.

Duit, Harta, Kekayaan.
Tidak dapat membeli masa-masa terindah kita bersama keluarga.
Mungkin harini, mungkin esok atau mungkin lusa, mungkin minggu hadapan, bulan hadapan mahupun mungkin tahun hadapan, kita akan pergi meninggalkan dunia.
Kasihanilah mereka yang akan kita tinggalkan. Cipta memori, cipta kenangan. Walau penat macam mana pun, isi lah masa dengan keluarga. Masa itu emas. Ya. Masa itu emas. Terlalu berharga sehingga manusia sendiri lupa betapa pentingnya masa itu dalam kehidupan seharian kita.


HannaHHallaN



Tuesday 18 April 2017

Selamat Pengantin Baru Syuhadah & Zakuan

Assalamualaikum and haii gaiss!

Rasa macam dah lama sangat tak update blog ni. omaigodd miss you damn much lah bloggg. teehee
Okay, entry kali ni sebenarnya takyah pengantin baru sangat lah. Haha!
Dah lebih dua bulan dah diorang disatukan, ecececehh
Before ni aku ada buat entry pasal pertunangan diorang. click here untuk tahu more details. ihiks!
Entry kali ni khas untuk Nurul Syuhadah.

My BFF, congrates sayanggg. Tak sangka jodoh kau sampai awal. Maaf sangat sebab tak dapat berada dekat sisi kau masa kau disatukan dengan your hubby. Aku nangis macam orang gila masa tu. haha! (kidding) tapi nangis jugak lah lagi-lagi masa Linda (one of my BFF too) share gambar kau nikah.. sebak, sayu.. gembira.. semua ada wehh. I'm happy for you darls!

And gaisss,
Aku macam biasalah nak hidangkan korang semua dengan gambar wedding Syuhadah ni, meriah wehh. suka sangatt. Aku dengan Linda ofcourse jadi bridesmaid si Syuhadah ni. BFF kata kooo. haha! and plus dua orang lagi cousin Syuhadah, actually Linda pun cousin Syuhadah, aku jelah orang luar, tapi sebab we are family, so no istilah orang luar. hiks

Okay, let's enjoy dengan gambar yang bakal aku hidangkan. Just 5 keping je. hehe


Bride and groom of the dayy.. You look so gorgeous Syuhadah, berada di samping raja hati kau, chiaa chiaa. Both of you looks well together. Aku doakan korang sentiasa berbahagia sampai ke Jannah, kalau gaduh-gaduh manja tu tutup mata jelah. hehehe. (poyo macam aku dah kahwin plak cara nasihat tu)

To Zakuan : Kau sangat beruntung sebab Syuhadah, setahu aku tak pernah bercinta dengan sesiapa. macam crush tu ada lah, well aku pun ada jugak. haha!
Bro, aku tahu kau boleh buat Syuhadah bahagia, sebab tu dia pilih kau. sebab dia yakin kau yang terbaik untuk dia. Please Zakuan, buat dia senyum selalu. buat dia happy selalu.. Jaga dia ehh dekat Kedah tuuu. Thanks broo.

To Syuhadah : I really really miss you darls. Sekarang kau dah jauh dekat Kedah, nasib baik zaman sekarang dah ada Whatsapp, boleh kita selalu sembang-sembang and gossip chit chat. haha! credit to Whatsapp yeayyy.
Jangan rindu kami selalu tau, tapi rindu kami sentiasa. haha! Aku dan Linda selalu doakan kebahagian dan keselamatan kau. Aku tahu kau happy sangat sekarang. Senyum je hari-hari. hehe. Jaga kesihatan tau! Muahhh.
Miss you damnnn much my sweet and warm BFF. ihiks


This picture really epic! We all bridesmaid bully le bride and groom. haha! Dulang man pun ada tau, tapi dedua tu adik Syuhadah, takyah dulang man sangat lah, diorang pun ikut outdoor shoot sebab malas nak kemas lepas kenduri. wakakakakakaka
Muka Syuhadah winn sangat, tapi kann. yelah pengantin, buat muka buruk mana pun tetap cantik. bride of the dayy katanya.. (lidah jelir)

                                      

Okayy, gambar atas ni plak, kami geng Lorong Saman Kampung Haji Razali. Geng baik sangatt. kami berkawan dari kecik lagi. main sama-sama, cakap je game apa yang kami tak main? semua kami main tauuu. baling selipar, baling tin, rondes and etc. Syuhadah ni budak kedua yang kahwin, yang pertama my cousin Oyen. Dia dah nikah dulu, anak dua dah pun. ihiks. Tapi dia tak dapat datang time ni, kalau tak boleh berkumpul beramai - ramai. hehe
Tak sangka wehh, kau dah kahwin. rasa nak patah balik zaman budak-budak. rindu sangat moments tu. gaduh baik gaduh baik je kita dulu wehh. semua dah besar-besar. kalau korang nak tahu, ni tak semua ada dalam gambar ni sebab ada yang belajar luar Selangor and ada yang tengah sibuk rewang kat belakang. ni mana yang sempat je aku tarik. so ini lah hasilnya! ni pun aku rasa macam dah nak runtuh dah pelamin Syuhadah dengan keriuhan kami. haha!



Gambar atas ni, kalau aku tengok lelama aku boleh menitiskan air mata wehh. Kami sayang kau Syuhadah, terasa sangat bila kau dah nikah ni, tinggal kami berdua. haha! doakan kami cepat dapat jodoh jugak tau! nanti sama-sama kita gathering dengan hubby and anak-anak. hakhakhak! (cita-cita tinggi kau patenn!)


Yeayy, last picture from us, your bridesmaid yang gila-gila. tapi yang penting happening! muehehehehehe


Syuhadah,
Tahniah sekali lagi di atas perkahwinan kau.
Happy sangat tengok kau happy.
Jaga diri baik-baik dekat Kedah keh.
Anything just pm aku dengan Linda je dekat group Whatsapp kita.
I miss you, really miss you and I mean it.

From me
Fatin yang rindu kau saat ni. hiks

HannaHHallaN


Friday 12 August 2016

Sambutan Hari Raya Di Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum gaisss

Haritu aku ada cakap nak share moment raya dekat office kan? Haaaa harini aku nak share, lambat sikit update. hehehehe. malas tahap menggunung nak menaip. Harini baru gatal gatal tangan nak rajin menaip. Tahun ni tahun kedua aku merasa sambut raya dengan UiTM, tahun lepas aku still freshies lagi. Kah! Tahun ni sangat awesome dan daebak! Dengan kawan yang semakin ramai. Haha. Happening chuollss! Lepastu kan tahun ni banyak pulak sambutan rayanya. Department ni buat department tu buat. Overall semua seronok!

First open department (selalu open house kan?) hahahaha
- My department Admin PPPUiTM, office baru aku. Last year dengan research tahun ni dengan admin. hehe. Macam macam kami sediakan, oh okay kami bergabung dengan department lain jugak iaitu nursing, sosial, lab and etc. We enjoy it gaisss. really.



Gambar gelap sikit, haha. sebab nak dapatkan photo booth tu je gaiss. Nursing yang deco. nice!
Ni sebahagian daripada staf admin yaaa. nonstop selfie gaiss. macam kena rasuk semua asyik dok sibuk nak selfie je. hehehehehe
Oh ya! on that day, weolls sambut bufday Bos sekali. Happy Birthday Dr. May God Bless You.


Okay lah, bagi gambar yang terang sikit, haaaa barulah nampak muka muka diorang ni. hahahaha
Ada staf PKP, Pendaftaran, Admin and etc. Macam macam kami buat, boomerang lah apa lah. haha! Mengarut je diorang ni. Lawak sungguh!

Btw, laksa yang Kak Ain buat sedap wokehh! hehehehehe


Second department (Admin, Fakulti Perubatan)
- Department ni sama floor dengan department lama aku. Diorang pun bergabung jugak untuk buat sambutan hari raya ni. Same day with us, So petang tu kami pun beraya lah ke department diorang. Gempak seyhhh, ramai betul orang. hahaha. Meriah! Dengan photobooth diorang yang awesome. Meh aku share sekeping.


Haaaa meriah tak meriah lah kan?? Rindu dekat floor ni. ahaks! Aku rasa naluri kami sebagai staf medic kuat lah, sebab apa? sebab ramai yang pakai hijau on that day tau! haha! Makanan dekat tempat diorang ni bukan calang calang makanan. ada satu menu tersama dengan kami. haha! 

Last Department (CPDRL)
- Ni department Kak Mira, kawan giler kawan mereng dekat medic ni. ahaks!
Serius aku cakap, daebak giler department Kak Mira, sebab diorang share dengan lecturer. So macam macam ada, laksa sampai dua jenis, hehehe 


Masing masing nak ada photobooth raya. haha. kami pun bersyukurlah ada benda ni semua sebab kami boleh selfie. hehe. oh ya, department Kak Mira lain hari sebab tu baju lain. hehehehe
Thanks Kak Mira sebab jemput kami.

Nota Kaki : tak sempat nak selfie dengan makanan sebab khusyuk sangat makan. Hehehe


Gambar last ni bukan sebab raya tau! Tapi kami buat suprise untuk Alia, sebab dia dah dapat tawaran kerja baru. sobsobsobs. Baru kenal and rapat. hehehe takpe boleh jumpa dekat luar waktu kerja. kikiki.
Good luck Alia dekat tempat baru. Kiss!

Itulah cerita raya aku dengan officemate di UiTM, dah habis raya baru update. kekekeke
Terima kasih semua yang sudi jemput aku sama ada open house, jemput datang rumah, and open house office. Sorry gaiss sebab ada yang aku tak dapat datang. InshaaAllah tahun depan. InshaaAllah.

Selamat Hari Raya Uolls! InshaaAllah raya haji plak. hehehehe

Okay done update pasal raya.
Thank you for reading this entry!
Kamsahamnida

Anyeong!

HannaHHallaN

Wednesday 27 July 2016

Happy Eid Day, Everyone!!

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah lama tak update blog ni. Hehehehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang kekadang tersinggah dekat blog ni. haha!
Syawal semakin hampir ke penghujung. Aku baru sibuk nak share gambar raya tahun ni. heeee
Alhamdulillah raya tahun ni sangat best dan awesome! Jadual yang teratur tiada kelam kabut. kikiki
Tiada kelainan cerita tahun ni, sama je macam tahun tahun lepas raya pertama dekat mana raya kedua kat mana. sama je tak berubah. hehehe boleh jenguk dekat post sebelum ni yaaa tradisi raya tapi tahun ni raya keempat baru balik sebelah emak. hehe syok tau! sebab dapat berkumpul ramai ramai.

Okay, kejap lagi aku akan share gambar family aku. Guess what? Tema tahun ni hijau uolls. My favourite colour uolls. hikhikhik. Dan cuba teka sekali lagi, almost my whole family from mother's side wearing green colour wehh. hahahaha teruja tak teruja lah kan. kami tak janji pun okayy. ini semua kebetulan dan ternyata chemistry weolls very tight. hahahaha


Sorry uolls, gambar terlebih excited and ekstrem. hahaha. uolls nampak tak belakang tu macam ala ala photo booth kan? Gigih adik adik aku buat semua benda alah ni. semangat depa ni. aku just follow the flow. aku dengan mak beri sumbangan kewangan je. alhamdulillah menjadik juga diorang punya photo booth ni. haha. so pagi raya pun kami punya semangat nak selfie. sanggup tu tak pergi kedai nak shoot gambar sebagai frame. aku cadang snap dekat rumah then cuci kasi besar lepastu frame. lagi kreatif ye dak. hikhikhik. thanks to Iwan sebab jadi cameraman kami. Iwan ni jiran kami, adik Syuhadah BFF aku. Haha!


Okayyy. Nampak tak mak kau hijauuu disitu. hahaha. bukan setakat kami je kebetulan hijau. masa ni pergi rumah nenek sedara aku. dia pi cat rumah warna hijau. lepas tu kami naik tikar and carpet pun hijau wehhh. hahahaha. nampak toyol je. kekekeke tahun ni memang hijau tersangat rare. aku rasa hampir 70% dekat Malaysia ni memilih hijau sebagai tema tahun ni. Ni semua family sebelah mak. tapi ni cuma empat keluarga je. haaa tu pun dah penuh kan? macam mana lah kalau semua berkumpul. mesti lagi gempak. kalau buat kenduri doa selamat ke apa ke masak sendiri je. hehehe

So amacam raya korang tahun ni?
Apa tema korang?
Bagi aku, alhamdulillah raya sangat best dan havoc!
Okaylah uolls, nak sambung buat kerja plak.
Next entry inshaaAllah aku akan berkongsi kisah raya dekat office aku. gempak jugak wehh! hahaha
Last but not least.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Maaf kalau tulisan aku ada buat korang berkecil hati.
Kosong kosong yaaa


Thanks for reading this entry!
Assalamualaikum.

HannaHHallaN

Friday 17 June 2016

UiTM Kampus Jasin, Melaka

Assalamualaikum,

Hehehehe, sebab apa eh tajuk serupa gituh? Sebabnya adik iolls dapat masuk uitm tu uolls.
Tahniah Iki! Tak sangka dah besar semua adik-adik aku. Huhuhu
Sekejap je masa berjalan, dulu rasanya macam baru main sama-sama, gaduh sama-sama. Bertekak bertumbuk bagai. Hahaha over!
Rasa tua dah. Kihkihkih.

Okayyy, adik aku dapat sambung belajar dalam bidang Pengurusan Ladang (Fakulti Pengurusan Perladangan & Akroteknologi). Dia dapat panggilan kedua (rayuan), punyalah kelam kabut nak siapkan semua. hahaha. yelah, dapat tahu hari isnin nak kena daftar hari rabu. pehhh rare tak rare lah. hahahaha. uolls. Uitm Jasin sangat cantik wehh. tiptop giler! Rupanya baru lagi. Hahaha aku yang kerja dengan uitm pun tak tahu Jasin tu bukak bila. Kekekekeke
Staf sana cakap tahun 2014 baru bukak. Barulah kan. Untung Iki dapat bilik tidur, belajar semua baru lagi. Kihkihkih.

Meh kami hidangkan gambar masa dekat sana tapi terhad eh. Ada dua je gambarnya tu pun selfie dari kami. Hahahahaha


Jyeahhhh! Ni depan pusat kesihatan Uitm Jasin. Nice place. Hehehe. Hujan tau masa ni. Eh tak, gerimis je. whatever lahh. hahahaha. Nampak macam smart je kalau snap gambar, so kami pun snap lah gambar. Sebagai kenangan. huhuhuhu

Nampak dewasa Iki dekat gambar ni. Tak sangka kan. Seramai mana pun adik beradik, mesti dekat rumah akan rasa sunyi sebab semua akan membesar sambung belajar lah kerja lah. Hmmm itulah kehidupan.


Masa ni nak daftar masuk bilik. Mak bebel sebab tulisan Iki cakar ayam. Hahahaha ayah ngan mak cakap cuba berubah tulisan tu. Kekeke. Iki senyum je mampu. Wahahahaha
Ipong pun sibuk nak candid masuk dalam gambar :P

Tak sabar nak tunggu raya sebab kami akan berkumpul. Rindunyaaa. Adik Ijong kerja dekat Shah Alam, Yana dekat UUM Kedah, Iki dekat UiTM Jasin. Hmmm masing-masing dah berdikari. Dulu, nilah geng aku masa kecik. Empat orang sentiasa bersama. Teletubies. Hehehehehe
Icak ngan Ipong teman mak dekat rumah. Serius tak sabar nak berkumpul ramai-ramai. Belum lagi masuk fasa berkahwin lagi ni. Haaa mesti lagi sunyi nanti. Yelah balik raya dah nak kena ikut giliran dengan pasangan. Lagi lah.... Hmmmm. sebab tu aku belum terfikir lagi nak kahwin. Memang lah nak kahwin tapi nanti dululah, belum puas dengan keluarga lagi. Hehehehehe

Okayyy.
Iki, belajar rajin-rajin eh. Buat ayah and mak bangga dengan kau.
Jangan nak cuci mata je dekat sana eh. Hahahaha
Boleh cuci mata tapi sama-sama belajar untuk berjaya demi masa depan.
We all love you!

Tahniah once again!

Thanks for reading this entry!

HannaHHallaN

Monday 23 May 2016

Selamat Pengantin Baru Aida & Udin

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah majlis Aida berjalan dengan lancar, happy sedih sebak gembira semua ada.
Tak sangka, dalam group kami dah ada yang berumahtangga. Kenduri sulung kami ni. Hehehe

Puan Aida,
Aicehhh, puan gituh.
Aida, tahniah sayanggg. Kau cantik sangat semalam. Speechless. Tak tahu nak kata apa. Sangat cantik dan gojes sangat!

Aida dan Udin selamat diijabkabulkan dalam pukul 2.30 petang camtu dengan sekali lafaz je. Hebat lah kau Udin. Hahahahaha
Hanya Allah je yang tahu dalam hati kami sebagai kawan yang rapat dengan Aida. Tak berhenti berdegup jantung kami sejak melangkah masuk ke dalam masjid. Sampai lah Aida sah menjadi isteri Udin. Serius aku cakap memang nak menitik air mata masa tu. Tapi aku dengan kawan kawan yang lain sebolehnya cover dan taknak nangis depan Aida. Sebab kalau kami nangis confirm Aida meleleh jugak. Hehehe kang rosak habis make up Aida nanti. Huhuhuhu
Sebak je kami masa tu tapi tetap nak ukirkan senyuman yang paling bahagia untuk Aida & Udin. Mana boleh majlis bahagia kami menangis, ye dak. buat lawak je aihh. Kihkihkih.


Tengoklah muka happy Aida tu, mana sanggup kami nak nangis depan dia. Hehehe. Tapi Syaqib (adik Aida) cakap Aida nangis sikit. yelah terharu babe. Tak sangka nak jadi bini orang kannn. Hehehehe
Masa ni dah sah dah. Alhamdulillah bersyukur sangat. Ramai yang menjadi saksi dekat pernikahan diorang ni. Untung Aida ramai yang datang tengok kau nikah. Hahahaha tapi Udin mesti gugup giler. Hahahah!



























Kami selaku bridesmaid yang sejati :')... Pink Hitam. Gabungan warna yang Aida nak sangat. Sebab pink ni feveret dia. Kami pun turutkan saja kehendak Tuan Puteri. Hahahahaha
Kami punya excited tu rasa macam hmmmmm wowww tak sangka kami berkesempatan jugak nak jadi pengapit Aida. Hahahahahaha
Aida pulak menyerlah dengan warna putih + kelabu. Gojes kannn. Dengan dress dia yang memang fairytale sangattt. Kekekekekekeke















Ni namanya selfie laki bini. wakakakaka. fon aku tuh woii. hahaha patut ada muka diorang berdua. :D... Nak sweet lettew pengantin baru kita ni. Hahahahaha ingat lagi time nak photoshoot tu si Udin ni cakap "woii aku tak pandai nak berlakon ni".. Aida cakap bantai jelah. Hahahahahaha
Akhirnya menjadi jugak lakonan laki bini ni. Bridesmaid jangan cakaplah, kami memang pakar bab bab berlakon dan selfie ni. Kami dan kamera berpisah tiada. Hahahahaha
Aku rasa gambar bridesmaid lagi banyak dari perngantin. Kihkihkih


Aaaaaaaa omaigodd. Pengantin buat apa ni??? Hahahahahahaha. Pengantin redha je bila bridesmaid bagi idea giler. Aida suka lah, si Udin plak malu malu ayam. Hahahahahaha malu lah sangat kannn. sempoi je kalau dengan kami. Buang jauh jauh malu tu. Hahahahahaha
Maaf gambar aku tak ready sebab aku yang bagi idea. Hahahahahaha



Ni bukan candid tau, tapi ni sebuah perancangan. Hahahahahaha. Almaklum, kan aku dah cakap kami ni memang pakar bab bab berlakon ni. Kekekekeke boleh lah mana mana pengarah ambik kami berlakon ni haaaa. Ada jugak side income ye dak. hehehehehe


















Okay ni last. Maaf Aida terbanyak plak aku belanja gambar kau ni haaa. Hahahahahaha
Ni pengaruh drama Korea okayyy. Descendants Of The Sun (DOTS) alaaa si Song Joong Ki berlakon tu. Hahahahahahaha ni idea si Hazwani okayyy. Aku tengok sikit sikit je cerita ni. Hahahahahahaha
Pengantin agresif sangatttt. Hahahaha bengong Aida dengan Udin. Hahahahahahahaha


Okay gambar dekat pelamin, Hazwani yang snap sebab tu dia takde. Maaf ya Hazwani. hehehehehehe
Memori ni akan sentiasa dan selamanya tersemat dihati. Rindu dengan diorang ni dah. hmmmmm
Aida plak, tak tahu lah senang nak jumpa ke tak. Aku rasa Udin sporting orangnya. Hahahahaha

To My Dear BFF, Aida Umira binti Sazali.
Tahniah sekali lagi aku ucapkan. Jadi isteri yang baik dan solehah untuk Udin ya. Jangan nakal nakal lagi. Matang sikit eh. Walaupun kau dah berkahwin, percayalah kami takkan lupakan kau kalau ada apa apa event yang kami nak pergi. Tak shabarrr nak tengok AidaUdin Junior :P.
Jadikan kami selalu dihati kau ya. Aku tahu Udin ada tempat istimewa dalam hati kau,, ecececece tapi please selitkan kami sekali yaaa. Kita kawan sampai Jannah kan? Aamiin. InsyaAllah.
Selamat Pengantin Baru Aida, Pelamin kau cantik sangat. Pandai kau dengan Udin deco. We proud of you. I miss you Aida. I love you, Aida.

To Udin,
Satu jeee. Jaga Aida baik baik okayy. Bimbinglah dia ke jalan yang diredhai oleh Allah.


Okayy semua. Air mata aku nak menitik sikit. Hahahahaha
Drama sangat aku ni. Selepas ni mungkin Syuhadah. Jeng jeng jeng. Nantikan yaaa.

Lokasi : Sekolah Rendah Agama Lorong 8 Sungai Sireh.
Shawl bridesmaid & pengantin : IG hanayu_shawl & FB hanayu shawl
Gih pakat pakat usha ig and fb tu. Banyak shawl murah murah tau. Selamat menjamu mata. Hahahaha

Thank you for reading this entry!

Assalamualaikum,

HannaHHallaN

Wednesday 4 May 2016

Selamat Bertunang Kawan!

Assalamualaikum semua,
Entry kali ni khas untuk my bestfriend.

Last week kisah sepupu kahwin kan? Laaa ni aku nak cerita kisah kawan aku sorang ni.
Senyap senyap je tau dah ada boyfriend :')
Dia ni namanya Nurul Syuhadah binti Shaiful Kamal. Kawan aku dari kecik, satu lorong dan macam macam lagi lah. BFF gittew. Hikhikhik.

Pada tanggal 30 April 2016, Syuhadah dah selamat jadi tunangan orang :')
Happy for you my dear. Tak sangka kawan yang sama sama masa kecik main masak masak baling tin baling selipar semua bagai dah jadi tunangan orang. Omaigodd! aku rasa tua plak. Kahkahkah!
Masa majlis berlangsung, aku dan kawan kawan aku yang excited. Hahaha. Alhamdulillah kami dapat berkumpul enam orang (team masa form 6). We all pakai purple gituh. Syuhadah cantik dan ayu berbaju oren (dress). Cantik sangat and sooooo gojes!
Jam 4 petang tak silap aku ke 4.15 eh ke 4.25 petang, hahahaha
Bakal mil (mother in law) Syuhadah sarung cincin dekat dia. Almaklum group kami takde yang buat majlis macam ni (majlis menuju ke arah rumahtangga) sooo kami pun macam batak lah (jakun), semua dok mengintai aunt tu sarung cincin dekat Syuhadah.

Okayy, tunang Syuhadah namanya Zakuan. Tahniah to both of you. Zakuan, tak sangka kau boleh buat Syuhadah jatuh cinta. Hikhikhik. Sepanjang kawan dengan Syuhadah, aku tak pernah dengar Syuhadah bercinta. Tahniah bro! You are so lucky!

Okayy bosan asyik bercerita je, meh layan gambar kami semasa majlis tersebut.



Maaf gambar agak bergoyang, Shazwan lah ni (adik Syuhadah) snap gambar tak ikhlas :D
Sebelah kiri, gambar aku dengan my bestfriends dari zaman kecik kecik comot dekat pipi. :)
Norhaslinda binti Saman, kawan aku lagi sorang tu. Tinggallah kami berdua yang single mingle ni haaa. Hikhikhik 2 singgit. Kahkahkah! Hat laki tu laaa si Zakuan. Sado gituh. Hahahaha
Kedah mari naaa. Tahun depan ke Kedah lah Syuhadah.

Gambar sebelah kanan plak, bersama team form 6, my bestfriends jugak. Ramai bestfriend aku so jangan pelik okayyy. Kami berjanji pakai ungu, bukan kebetulan atau suratan :")
Pelamin tu DIY tau, Linda dan sepupunya yang buat. By the way, Linda dan Syuhadah ni sepupu tau.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi. Untuk team form 6, lepas ni turn Aida plak (baju ungu tudung pink) haaa nak nikoh nikoh. Lagi kami excited. Nantikan entry tu yaaa. InshaaAllah.


Dushhh! Satu tumbukan khas untuk Syuhadah, sebab berani langkah bendul. Hahahahaha! Syuhadah ni paling bongsu di antara kami. Untuk team form 6 pun Syuhadah paling bongsu. Hehehe
Hang lahir lambat sangat naaa. I love this photo. Acah acah candid padahal memang dah rancang. Hehehehe Hang kahwin nanti kita post gambar terajang plak naaa. :D


Tak sah kalau takde wefie berenam, bukan senang nak jumpa tau. hmmmm
Sangat sweet gambar ni walaupun aku nampak gelap yaaa. Almaklum cahaya terlebih dekat Biha :p
Okayyy tak sabar nak update entry wedding Aida. hahahahaha
May Allah ease everything. InshaaAllah kami akan jadi bridesmaids Aida. Weehuuu
Tahniah guyss! Hug and kiss uolls. Muahhh

This entry special for my BFF's

Thank you for reading this entry

Assalamualaikum....

HannaHHallaN