Friday 10 July 2015

Jaga Hatimu

Jaga Hatimu
Kerana di dalam hati ada satu makhluk yang bernama nafsu

Jaga Hatimu
Kerana ia boleh merosakkan peribadimu

Jaga Hatimu
Kerana hatilah yang buat kita jauh dari Allah
Tanpa kita sedari

Sedikit demi sedikit
Allah tarik nikmat Agamamu

Sedikit demi sedikit
Allah hilangkan peribadi baikmu

Sedikit demi sedikit
Akan melonggarkan prinsipmu

Jaga Hatimu...


_copypaste dari facebook seseorang

Assalamualaikum


HannaHHallaN

Monday 6 July 2015

Tiramisu Milo

Salam Guys!
Eh Girls sekali, teehee

Tiba tiba rasa nak share resipi dekat sini sebab bila aku try menjadi dan sedap... hahaha
Nak show off sikit. kahkahkah! (puasa weh tak baik bangga diri)

Jumaat semalam ni aku balik kampung halaman yang indah lagi nyaman dan semestinya menyeronokkan.. yihaaaa
Dan aku pun tiba tiba ada mood nak buat tiramisu yauuuu!
Sebab teringin wehh, asyik tengok gambar je dengan resepi...
Better aku try buat,
Nampak leceh padahal senang je buatnya...
Tutup mata pun boleh buat. haha
Setengah jam je aku buat. Miahahahahahahaha


Senang je nak dapat bahan bahannya. Pergi Giant confirm semua ada yop! Hahaha
Okay, sekarang akak kawasan nak share resipi. Kalau korang baca (Kalau ada yang baca blog ni lah eh, hee) mesti buat dan cuba resepi ni. Sapa tak cuba siap dia, akak bagi kiss nanti. Ahaks! (sengal fatin bulan puasa macam ni, heiii)

Antara bahan bahannya adalah :
Jeng jeng jeng..... Complete kat Giant semua ada...

Kek sponge bulat yang selalu dekat Giant tu, alaa yang perisa pandan ada, coklat ada, banana pun ada. Hahahaha
250gram Cream cheese
200ml Whipping cream (beli kotak yang kecil kecil comel gituh, semalam aku beli ada promotion, hehe) - kalau nak lebih creamyyy gituhh letaklah 250ml.. confirm sedap sampai bertambah tambah lemak uollsss...
1/2 cawan gula kastor
Milo + air masak untuk dibancuh tanpa gula
Milo lagi untuk hiasan atas nanti
1 sudu teh esen vanilla
Bahan akhir yang paling penting, haha ofkos Mixer Machine awakkkk - mampu ke nak guna tangan je gaul sampai kembang dan sebati? Hahaha

Cara membuatnyaaaa :

1. Masukkan whipping cream, cream cheese, esen vanilla & gula kastor ke dalam bekas. Lepas tu ambil mixer, pasang pada kelajuan paling rendah tau, jangan terus laju kang habis terbang semua bahan dalam tu kena muka uolls. hahaha jadi tiramisu muka. kekekekeke - mixer bahan bahan dalam bekas tu sampai sebati dan kembang... pastu naikkan sikit sikit kelajuannya ye..
2. Potong kek ikut lah korang punya bekas tu besar mana. Aku guna mangkuk tau fu fa je senang nak makan nanti. lagi senang kalau guna bekas jelly kelapa tu. Haha
3. Lepas potong kek. Bancuh milo dengan air masak tak kisah lah panas ke suam ke suhu bilik ke. tak kisah. ikut suka korang lah...
4. Okay, celup kek yang korang potong tu kat dalam air milo. Celup gitu gitu je jangan sampai basah lencun plak. haha lepas celup letak dalam bekas yang korang dah pilih tadi.
5. Atas kek tu letaklah bahan bahan yang korang mix tadi.
6. Lepas tu tabur lah serbuk milo kat atasnya.
7. Ulang cara tersebut sampai mangkuk korang penuh tau. Ikut korang lah. nak penuh boleh tak nak penuh pun boleh. hihi
8. Tutup bekas tu dan sejukkan 'beliau' di dalam peti sejuk. bukan peti ais tau! peti sejuk je. hahaha
9. Lepas dah sejuk boleh lah di ngap begitu saja!
10. Kalau boleh buat ikut kegemaran korang tau. actually tiramisu ni guna nescafe tapi aku ubah guna milo. Ikut tekak sendiri katanya. Nak guna coklat pun boleh. hihi

Okay! Selamat mencuba tau! Confirm tak menyesal.


Inilah aku punya, sorry camera tak cun. haha
Memang sedap wehh (tak habis habis puji diri sendiri)
Macam macam jenis mangkuk aku guna. haha

Nanti raya nak buat lagi, hehe
Untuk bagi tetamu makan. dan dan aku rajin. ahaks!
InshaaAllah akan cuba jadi rajin, dah besar kan? haha
Nanti raya buat guna bekas jelly kelapa je, senang...
Ngap macam tu je nanti. confirm habis time tu jugak. hihi
Okay okay okay...
Tak baik ambik masa kerja (ahaks!)

Cuba tau jangan tak cuba plak!

Thank you for reading this entry!
I love all of you!
(tu depan akak) - hanya aku yang faham, teehee
Gedikkk sangat!

HannaHHallaN