Friday 12 August 2016

Sambutan Hari Raya Di Fakulti Perubatan UiTM

Assalamualaikum gaisss

Haritu aku ada cakap nak share moment raya dekat office kan? Haaaa harini aku nak share, lambat sikit update. hehehehe. malas tahap menggunung nak menaip. Harini baru gatal gatal tangan nak rajin menaip. Tahun ni tahun kedua aku merasa sambut raya dengan UiTM, tahun lepas aku still freshies lagi. Kah! Tahun ni sangat awesome dan daebak! Dengan kawan yang semakin ramai. Haha. Happening chuollss! Lepastu kan tahun ni banyak pulak sambutan rayanya. Department ni buat department tu buat. Overall semua seronok!

First open department (selalu open house kan?) hahahaha
- My department Admin PPPUiTM, office baru aku. Last year dengan research tahun ni dengan admin. hehe. Macam macam kami sediakan, oh okay kami bergabung dengan department lain jugak iaitu nursing, sosial, lab and etc. We enjoy it gaisss. really.



Gambar gelap sikit, haha. sebab nak dapatkan photo booth tu je gaiss. Nursing yang deco. nice!
Ni sebahagian daripada staf admin yaaa. nonstop selfie gaiss. macam kena rasuk semua asyik dok sibuk nak selfie je. hehehehehe
Oh ya! on that day, weolls sambut bufday Bos sekali. Happy Birthday Dr. May God Bless You.


Okay lah, bagi gambar yang terang sikit, haaaa barulah nampak muka muka diorang ni. hahahaha
Ada staf PKP, Pendaftaran, Admin and etc. Macam macam kami buat, boomerang lah apa lah. haha! Mengarut je diorang ni. Lawak sungguh!

Btw, laksa yang Kak Ain buat sedap wokehh! hehehehehe


Second department (Admin, Fakulti Perubatan)
- Department ni sama floor dengan department lama aku. Diorang pun bergabung jugak untuk buat sambutan hari raya ni. Same day with us, So petang tu kami pun beraya lah ke department diorang. Gempak seyhhh, ramai betul orang. hahaha. Meriah! Dengan photobooth diorang yang awesome. Meh aku share sekeping.


Haaaa meriah tak meriah lah kan?? Rindu dekat floor ni. ahaks! Aku rasa naluri kami sebagai staf medic kuat lah, sebab apa? sebab ramai yang pakai hijau on that day tau! haha! Makanan dekat tempat diorang ni bukan calang calang makanan. ada satu menu tersama dengan kami. haha! 

Last Department (CPDRL)
- Ni department Kak Mira, kawan giler kawan mereng dekat medic ni. ahaks!
Serius aku cakap, daebak giler department Kak Mira, sebab diorang share dengan lecturer. So macam macam ada, laksa sampai dua jenis, hehehe 


Masing masing nak ada photobooth raya. haha. kami pun bersyukurlah ada benda ni semua sebab kami boleh selfie. hehe. oh ya, department Kak Mira lain hari sebab tu baju lain. hehehehe
Thanks Kak Mira sebab jemput kami.

Nota Kaki : tak sempat nak selfie dengan makanan sebab khusyuk sangat makan. Hehehe


Gambar last ni bukan sebab raya tau! Tapi kami buat suprise untuk Alia, sebab dia dah dapat tawaran kerja baru. sobsobsobs. Baru kenal and rapat. hehehe takpe boleh jumpa dekat luar waktu kerja. kikiki.
Good luck Alia dekat tempat baru. Kiss!

Itulah cerita raya aku dengan officemate di UiTM, dah habis raya baru update. kekekeke
Terima kasih semua yang sudi jemput aku sama ada open house, jemput datang rumah, and open house office. Sorry gaiss sebab ada yang aku tak dapat datang. InshaaAllah tahun depan. InshaaAllah.

Selamat Hari Raya Uolls! InshaaAllah raya haji plak. hehehehe

Okay done update pasal raya.
Thank you for reading this entry!
Kamsahamnida

Anyeong!

HannaHHallaN

Wednesday 27 July 2016

Happy Eid Day, Everyone!!

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah lama tak update blog ni. Hehehehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang kekadang tersinggah dekat blog ni. haha!
Syawal semakin hampir ke penghujung. Aku baru sibuk nak share gambar raya tahun ni. heeee
Alhamdulillah raya tahun ni sangat best dan awesome! Jadual yang teratur tiada kelam kabut. kikiki
Tiada kelainan cerita tahun ni, sama je macam tahun tahun lepas raya pertama dekat mana raya kedua kat mana. sama je tak berubah. hehehe boleh jenguk dekat post sebelum ni yaaa tradisi raya tapi tahun ni raya keempat baru balik sebelah emak. hehe syok tau! sebab dapat berkumpul ramai ramai.

Okay, kejap lagi aku akan share gambar family aku. Guess what? Tema tahun ni hijau uolls. My favourite colour uolls. hikhikhik. Dan cuba teka sekali lagi, almost my whole family from mother's side wearing green colour wehh. hahahaha teruja tak teruja lah kan. kami tak janji pun okayy. ini semua kebetulan dan ternyata chemistry weolls very tight. hahahaha


Sorry uolls, gambar terlebih excited and ekstrem. hahaha. uolls nampak tak belakang tu macam ala ala photo booth kan? Gigih adik adik aku buat semua benda alah ni. semangat depa ni. aku just follow the flow. aku dengan mak beri sumbangan kewangan je. alhamdulillah menjadik juga diorang punya photo booth ni. haha. so pagi raya pun kami punya semangat nak selfie. sanggup tu tak pergi kedai nak shoot gambar sebagai frame. aku cadang snap dekat rumah then cuci kasi besar lepastu frame. lagi kreatif ye dak. hikhikhik. thanks to Iwan sebab jadi cameraman kami. Iwan ni jiran kami, adik Syuhadah BFF aku. Haha!


Okayyy. Nampak tak mak kau hijauuu disitu. hahaha. bukan setakat kami je kebetulan hijau. masa ni pergi rumah nenek sedara aku. dia pi cat rumah warna hijau. lepas tu kami naik tikar and carpet pun hijau wehhh. hahahaha. nampak toyol je. kekekeke tahun ni memang hijau tersangat rare. aku rasa hampir 70% dekat Malaysia ni memilih hijau sebagai tema tahun ni. Ni semua family sebelah mak. tapi ni cuma empat keluarga je. haaa tu pun dah penuh kan? macam mana lah kalau semua berkumpul. mesti lagi gempak. kalau buat kenduri doa selamat ke apa ke masak sendiri je. hehehe

So amacam raya korang tahun ni?
Apa tema korang?
Bagi aku, alhamdulillah raya sangat best dan havoc!
Okaylah uolls, nak sambung buat kerja plak.
Next entry inshaaAllah aku akan berkongsi kisah raya dekat office aku. gempak jugak wehh! hahaha
Last but not least.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Maaf kalau tulisan aku ada buat korang berkecil hati.
Kosong kosong yaaa


Thanks for reading this entry!
Assalamualaikum.

HannaHHallaN

Friday 17 June 2016

UiTM Kampus Jasin, Melaka

Assalamualaikum,

Hehehehe, sebab apa eh tajuk serupa gituh? Sebabnya adik iolls dapat masuk uitm tu uolls.
Tahniah Iki! Tak sangka dah besar semua adik-adik aku. Huhuhu
Sekejap je masa berjalan, dulu rasanya macam baru main sama-sama, gaduh sama-sama. Bertekak bertumbuk bagai. Hahaha over!
Rasa tua dah. Kihkihkih.

Okayyy, adik aku dapat sambung belajar dalam bidang Pengurusan Ladang (Fakulti Pengurusan Perladangan & Akroteknologi). Dia dapat panggilan kedua (rayuan), punyalah kelam kabut nak siapkan semua. hahaha. yelah, dapat tahu hari isnin nak kena daftar hari rabu. pehhh rare tak rare lah. hahahaha. uolls. Uitm Jasin sangat cantik wehh. tiptop giler! Rupanya baru lagi. Hahaha aku yang kerja dengan uitm pun tak tahu Jasin tu bukak bila. Kekekekeke
Staf sana cakap tahun 2014 baru bukak. Barulah kan. Untung Iki dapat bilik tidur, belajar semua baru lagi. Kihkihkih.

Meh kami hidangkan gambar masa dekat sana tapi terhad eh. Ada dua je gambarnya tu pun selfie dari kami. Hahahahaha


Jyeahhhh! Ni depan pusat kesihatan Uitm Jasin. Nice place. Hehehe. Hujan tau masa ni. Eh tak, gerimis je. whatever lahh. hahahaha. Nampak macam smart je kalau snap gambar, so kami pun snap lah gambar. Sebagai kenangan. huhuhuhu

Nampak dewasa Iki dekat gambar ni. Tak sangka kan. Seramai mana pun adik beradik, mesti dekat rumah akan rasa sunyi sebab semua akan membesar sambung belajar lah kerja lah. Hmmm itulah kehidupan.


Masa ni nak daftar masuk bilik. Mak bebel sebab tulisan Iki cakar ayam. Hahahaha ayah ngan mak cakap cuba berubah tulisan tu. Kekeke. Iki senyum je mampu. Wahahahaha
Ipong pun sibuk nak candid masuk dalam gambar :P

Tak sabar nak tunggu raya sebab kami akan berkumpul. Rindunyaaa. Adik Ijong kerja dekat Shah Alam, Yana dekat UUM Kedah, Iki dekat UiTM Jasin. Hmmm masing-masing dah berdikari. Dulu, nilah geng aku masa kecik. Empat orang sentiasa bersama. Teletubies. Hehehehehe
Icak ngan Ipong teman mak dekat rumah. Serius tak sabar nak berkumpul ramai-ramai. Belum lagi masuk fasa berkahwin lagi ni. Haaa mesti lagi sunyi nanti. Yelah balik raya dah nak kena ikut giliran dengan pasangan. Lagi lah.... Hmmmm. sebab tu aku belum terfikir lagi nak kahwin. Memang lah nak kahwin tapi nanti dululah, belum puas dengan keluarga lagi. Hehehehehe

Okayyy.
Iki, belajar rajin-rajin eh. Buat ayah and mak bangga dengan kau.
Jangan nak cuci mata je dekat sana eh. Hahahaha
Boleh cuci mata tapi sama-sama belajar untuk berjaya demi masa depan.
We all love you!

Tahniah once again!

Thanks for reading this entry!

HannaHHallaN

Monday 23 May 2016

Selamat Pengantin Baru Aida & Udin

Assalamualaikum!!

Alhamdulillah majlis Aida berjalan dengan lancar, happy sedih sebak gembira semua ada.
Tak sangka, dalam group kami dah ada yang berumahtangga. Kenduri sulung kami ni. Hehehe

Puan Aida,
Aicehhh, puan gituh.
Aida, tahniah sayanggg. Kau cantik sangat semalam. Speechless. Tak tahu nak kata apa. Sangat cantik dan gojes sangat!

Aida dan Udin selamat diijabkabulkan dalam pukul 2.30 petang camtu dengan sekali lafaz je. Hebat lah kau Udin. Hahahahaha
Hanya Allah je yang tahu dalam hati kami sebagai kawan yang rapat dengan Aida. Tak berhenti berdegup jantung kami sejak melangkah masuk ke dalam masjid. Sampai lah Aida sah menjadi isteri Udin. Serius aku cakap memang nak menitik air mata masa tu. Tapi aku dengan kawan kawan yang lain sebolehnya cover dan taknak nangis depan Aida. Sebab kalau kami nangis confirm Aida meleleh jugak. Hehehe kang rosak habis make up Aida nanti. Huhuhuhu
Sebak je kami masa tu tapi tetap nak ukirkan senyuman yang paling bahagia untuk Aida & Udin. Mana boleh majlis bahagia kami menangis, ye dak. buat lawak je aihh. Kihkihkih.


Tengoklah muka happy Aida tu, mana sanggup kami nak nangis depan dia. Hehehe. Tapi Syaqib (adik Aida) cakap Aida nangis sikit. yelah terharu babe. Tak sangka nak jadi bini orang kannn. Hehehehe
Masa ni dah sah dah. Alhamdulillah bersyukur sangat. Ramai yang menjadi saksi dekat pernikahan diorang ni. Untung Aida ramai yang datang tengok kau nikah. Hahahaha tapi Udin mesti gugup giler. Hahahah!



























Kami selaku bridesmaid yang sejati :')... Pink Hitam. Gabungan warna yang Aida nak sangat. Sebab pink ni feveret dia. Kami pun turutkan saja kehendak Tuan Puteri. Hahahahaha
Kami punya excited tu rasa macam hmmmmm wowww tak sangka kami berkesempatan jugak nak jadi pengapit Aida. Hahahahahaha
Aida pulak menyerlah dengan warna putih + kelabu. Gojes kannn. Dengan dress dia yang memang fairytale sangattt. Kekekekekekeke















Ni namanya selfie laki bini. wakakakaka. fon aku tuh woii. hahaha patut ada muka diorang berdua. :D... Nak sweet lettew pengantin baru kita ni. Hahahahaha ingat lagi time nak photoshoot tu si Udin ni cakap "woii aku tak pandai nak berlakon ni".. Aida cakap bantai jelah. Hahahahahaha
Akhirnya menjadi jugak lakonan laki bini ni. Bridesmaid jangan cakaplah, kami memang pakar bab bab berlakon dan selfie ni. Kami dan kamera berpisah tiada. Hahahahaha
Aku rasa gambar bridesmaid lagi banyak dari perngantin. Kihkihkih


Aaaaaaaa omaigodd. Pengantin buat apa ni??? Hahahahahahaha. Pengantin redha je bila bridesmaid bagi idea giler. Aida suka lah, si Udin plak malu malu ayam. Hahahahahaha malu lah sangat kannn. sempoi je kalau dengan kami. Buang jauh jauh malu tu. Hahahahahaha
Maaf gambar aku tak ready sebab aku yang bagi idea. Hahahahahaha



Ni bukan candid tau, tapi ni sebuah perancangan. Hahahahahaha. Almaklum, kan aku dah cakap kami ni memang pakar bab bab berlakon ni. Kekekekeke boleh lah mana mana pengarah ambik kami berlakon ni haaaa. Ada jugak side income ye dak. hehehehehe


















Okay ni last. Maaf Aida terbanyak plak aku belanja gambar kau ni haaa. Hahahahahaha
Ni pengaruh drama Korea okayyy. Descendants Of The Sun (DOTS) alaaa si Song Joong Ki berlakon tu. Hahahahahahaha ni idea si Hazwani okayyy. Aku tengok sikit sikit je cerita ni. Hahahahahahaha
Pengantin agresif sangatttt. Hahahaha bengong Aida dengan Udin. Hahahahahahahaha


Okay gambar dekat pelamin, Hazwani yang snap sebab tu dia takde. Maaf ya Hazwani. hehehehehehe
Memori ni akan sentiasa dan selamanya tersemat dihati. Rindu dengan diorang ni dah. hmmmmm
Aida plak, tak tahu lah senang nak jumpa ke tak. Aku rasa Udin sporting orangnya. Hahahahaha

To My Dear BFF, Aida Umira binti Sazali.
Tahniah sekali lagi aku ucapkan. Jadi isteri yang baik dan solehah untuk Udin ya. Jangan nakal nakal lagi. Matang sikit eh. Walaupun kau dah berkahwin, percayalah kami takkan lupakan kau kalau ada apa apa event yang kami nak pergi. Tak shabarrr nak tengok AidaUdin Junior :P.
Jadikan kami selalu dihati kau ya. Aku tahu Udin ada tempat istimewa dalam hati kau,, ecececece tapi please selitkan kami sekali yaaa. Kita kawan sampai Jannah kan? Aamiin. InsyaAllah.
Selamat Pengantin Baru Aida, Pelamin kau cantik sangat. Pandai kau dengan Udin deco. We proud of you. I miss you Aida. I love you, Aida.

To Udin,
Satu jeee. Jaga Aida baik baik okayy. Bimbinglah dia ke jalan yang diredhai oleh Allah.


Okayy semua. Air mata aku nak menitik sikit. Hahahahaha
Drama sangat aku ni. Selepas ni mungkin Syuhadah. Jeng jeng jeng. Nantikan yaaa.

Lokasi : Sekolah Rendah Agama Lorong 8 Sungai Sireh.
Shawl bridesmaid & pengantin : IG hanayu_shawl & FB hanayu shawl
Gih pakat pakat usha ig and fb tu. Banyak shawl murah murah tau. Selamat menjamu mata. Hahahaha

Thank you for reading this entry!

Assalamualaikum,

HannaHHallaN

Wednesday 4 May 2016

Selamat Bertunang Kawan!

Assalamualaikum semua,
Entry kali ni khas untuk my bestfriend.

Last week kisah sepupu kahwin kan? Laaa ni aku nak cerita kisah kawan aku sorang ni.
Senyap senyap je tau dah ada boyfriend :')
Dia ni namanya Nurul Syuhadah binti Shaiful Kamal. Kawan aku dari kecik, satu lorong dan macam macam lagi lah. BFF gittew. Hikhikhik.

Pada tanggal 30 April 2016, Syuhadah dah selamat jadi tunangan orang :')
Happy for you my dear. Tak sangka kawan yang sama sama masa kecik main masak masak baling tin baling selipar semua bagai dah jadi tunangan orang. Omaigodd! aku rasa tua plak. Kahkahkah!
Masa majlis berlangsung, aku dan kawan kawan aku yang excited. Hahaha. Alhamdulillah kami dapat berkumpul enam orang (team masa form 6). We all pakai purple gituh. Syuhadah cantik dan ayu berbaju oren (dress). Cantik sangat and sooooo gojes!
Jam 4 petang tak silap aku ke 4.15 eh ke 4.25 petang, hahahaha
Bakal mil (mother in law) Syuhadah sarung cincin dekat dia. Almaklum group kami takde yang buat majlis macam ni (majlis menuju ke arah rumahtangga) sooo kami pun macam batak lah (jakun), semua dok mengintai aunt tu sarung cincin dekat Syuhadah.

Okayy, tunang Syuhadah namanya Zakuan. Tahniah to both of you. Zakuan, tak sangka kau boleh buat Syuhadah jatuh cinta. Hikhikhik. Sepanjang kawan dengan Syuhadah, aku tak pernah dengar Syuhadah bercinta. Tahniah bro! You are so lucky!

Okayy bosan asyik bercerita je, meh layan gambar kami semasa majlis tersebut.



Maaf gambar agak bergoyang, Shazwan lah ni (adik Syuhadah) snap gambar tak ikhlas :D
Sebelah kiri, gambar aku dengan my bestfriends dari zaman kecik kecik comot dekat pipi. :)
Norhaslinda binti Saman, kawan aku lagi sorang tu. Tinggallah kami berdua yang single mingle ni haaa. Hikhikhik 2 singgit. Kahkahkah! Hat laki tu laaa si Zakuan. Sado gituh. Hahahaha
Kedah mari naaa. Tahun depan ke Kedah lah Syuhadah.

Gambar sebelah kanan plak, bersama team form 6, my bestfriends jugak. Ramai bestfriend aku so jangan pelik okayyy. Kami berjanji pakai ungu, bukan kebetulan atau suratan :")
Pelamin tu DIY tau, Linda dan sepupunya yang buat. By the way, Linda dan Syuhadah ni sepupu tau.
Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Tahniah sekali lagi. Untuk team form 6, lepas ni turn Aida plak (baju ungu tudung pink) haaa nak nikoh nikoh. Lagi kami excited. Nantikan entry tu yaaa. InshaaAllah.


Dushhh! Satu tumbukan khas untuk Syuhadah, sebab berani langkah bendul. Hahahahaha! Syuhadah ni paling bongsu di antara kami. Untuk team form 6 pun Syuhadah paling bongsu. Hehehe
Hang lahir lambat sangat naaa. I love this photo. Acah acah candid padahal memang dah rancang. Hehehehe Hang kahwin nanti kita post gambar terajang plak naaa. :D


Tak sah kalau takde wefie berenam, bukan senang nak jumpa tau. hmmmm
Sangat sweet gambar ni walaupun aku nampak gelap yaaa. Almaklum cahaya terlebih dekat Biha :p
Okayyy tak sabar nak update entry wedding Aida. hahahahaha
May Allah ease everything. InshaaAllah kami akan jadi bridesmaids Aida. Weehuuu
Tahniah guyss! Hug and kiss uolls. Muahhh

This entry special for my BFF's

Thank you for reading this entry

Assalamualaikum....

HannaHHallaN

Monday 25 April 2016

Family Bonding (Kenduri Kahwin - Manisah + Faizal)

Assalamualaikum semua,

Korang ingat lagi tak entry aku before ni yang tajuknya "Kenduri Kahwin"? Haaa klik lah link tu kalau nak ingat. kekekekeke
Okay lah, entry tu kisahnya sepupu kembar aku kahwin. Untuk entry yang ni plak selepas 2 tahun, kakak kembarnya pulak kahwin. Baru je semalam kendurinya. Hehehehe
24 April 2016, eh! Diorang ni berjanji ke apa. hahahaha si adik kendurinya 27 April.. Mungkin memang diorang merancang agaknya. Hehehehe

Untuk pengetahuan korang, nama suami pun diorang rancang agaknya. hahahaha
Kenduri semalam ni, Manisah + Faizal.
Sebelum ni Maniseh + Faizul. Haaaa tak ke jodoh kuat diorang ni. Hikhikhik
By the way, tahniah kakak kakak sepupuku yang telah selamat diijabkabulkan, hehehe
Maniseh dah ada seorang anak, baby girl. Besar dah pun. Dah berlari dah. Hahaha comel tahap apa entah. Yang pasti comel giler!!!

Okay, meh aku cerita suasana kenduri, almaklum zaman makin maju, bertambah banyaklah selfienya ya kawan kawan semua. Dari yang muda sampailah yang ke tua. Selfie manjang. Hahahahahaha
Tema wedding diorang ni lebih kurang je dengan Niseh dan Faizul. Flower Garden gitteww. Banyak sangat bunga. Tapi Nisah ni ada dua pelamin. Haaaaaa kagum kan. Almaklum kenduri akhir Wak Husin dengan Wak Bedah, mesti lah kena vogue dan mantap. Hikhikhik gawe tenanan bak kata Orang Jawa. Hahahahaha


Gambar atas ni pelamin utama Manisah dan Faizal. Macam pelamin dekat Hotel gittew. Sangat georgous uollss. Jeles aku tau. Hahahaha
Banyak tak bunganya? Banyak kan? Rasa macam dengan taman bunga. Simple dan elegen pelamin diorang ni. Suci je rasa sebab almost all white.


Haaaa ni pelamin kedua diorang. Berdasarkan kayu pelet (tak tahu ejaan, sebut pun bantai je. Hahaha) Cantik kan? Kreatif sangat wehh. Pelamin ni abang ipar pengantin yang buat. DIY okayyy. Hikhikhik
Kemas & teratur je, sebelah kiri gambar tu ada prop untuk anak anak gadis dan bujang selfie. Hahaha. Biasalah trend zaman sekarang. Dulu Niseh pun ada jugak prop tu, cuma pelamin kecik ni aku rasa takde, okay lupa dah, dua tahun lepas beb! Heeeee


Hehehehe, mak mak dan anak anak selfie. Ada Icak, Muiz, Mikha, Mak, Zati, Bik Ana dengan baby kecik tu, Semua nak merasa wefie dekat pelamin Nisah ni. Sampai kemik bola biru depan kaki Mikha tu, hahahaha sebab Mikha terpijak tanpa sengaja. Kekekekeke. Nasib baik boleh betulkan. Hahaha gelak + cuak time tu, Kelakar giler! Yelah pengantin belum rasmi lagi kami dah penyekkan. kekekekeke


Hikhikhik, ni baru betul selfie. Hahahaha
Saja ambik huruf tu, bukan sebab pengantin lelaki tau! hahahaha
Tapi sebab nama aku kan huruf F, untuk kedua dua nama aku lagi tu. So macam batak sikit lah bila nampak huruf F, hahahahahahahahaha
Kenduri kali ni banyak selfie tau, jangan kecam aku plak. aku memang suka selfie sejak azali lagi. kikikiki





Okay, berapa banyak okayy daaaa. Hehehehe
Ni lah pasangan mempelai tersebut. Gambar atas tu masa majlis sanding, manis dan ayu je Manisah ni. nampak chubby gituh. hehehehehehe
Gambar bawah belah kiri tu masa diorang nikah. pink pink kelabu gittew. Mesti pengantin lelaki redha jelah warna pink. Hahahahahaha
Gambar Manisah sorang tu masa malam berinai, aku tak tengok pun time diorang bersanding. Aku sibuk rewang okayyy. Malam tu aku jaga bahagian soto, siang jaga bahagian candy corner. Rare! Letih bak anggg. Lepas tu duduk depan booth karaoke. huyyuukkk budeq kupingae. hahahahaha (keluar jawa aku!)
Gambar gambar pengantin ni aku ambik dari FB photographer Perjuangan Lensa. Gih lah usha kut kut berkenan nak jadikan beliau sebagai photographer majlis anda. Dipersilakan. Cantik cantik gambar dia.




Haaaa aku ditugaskan untuk menjaga bahagian ini. Dulu masa Maniseh pun sama, lagilah tak sempat selfie. Gambar semua sumber Mr Google. kekekekeke. Kalini aku bagi tanpa sumber mana mana pun kecuali gambar pengantin. Hahahaha
Gula gula, coklat, kek, rojak dan macam macam lagi lah. Budak budak sangat sangat excited ya. Masa nak hidangkan budak budak dah mengerumun, kau ghase?!
Lepas tu pakcik pakcik aku kata, haaaa "Haaaa jawab soalan soalan dulu baru boleh ambik".
Lari terus budak budaknya. hahahaha
Makcik aku yang tudung ungu tu plak cakap, "Malaysia merdeka bila?"
mentang mentang dia cikgu sejarah, soalan sejarah terus dia tanya. Hahahahaha
Takut takut budak budak tu nak ambik. Hahahahahaha
Win giler, kelakar sangat. Kalau yang mak cik pak cik tua tua plak tanya

- Ni berapa dik?
- Boleh ambik ke?
- eh kena bayar ke?

Haaaa gittew soalan soalannya. Haaaaaa
Aku pun jawab.

- Harini makan je wak, kabeh preee (semua free)

Semangat terus diorang ambik, hahahahahaha


Lepas tu, bibik mastura keluarkan tapai buatan dia, wuuu hijau gituh! my feveret kaler uolls. dalam group wasap lagi dia dah sibuk tunjuk tapai hijau dia tu, kekekeke
Tapi aku tak sempat nak rasa pun, i guess rasa dia sama je. warna je berbeza. hahahahaha


3 dara berdiri menunggu tetamu hadir, hehehehe
From left Zati, Rina & Icak. Diorang ni jaga bahagian nasi. rajin plak diorang ni. hehehehe
Pakai baju lawa, so kenalah jaga bahagian depan. mak siap pesan.

- Nak nasi minyak ke nasi putih?
- mak aku cakap, tak payah panjang panjang, tanya je (minyak ke putih?)

Hahaha dia punya gelak tu, pehhh berdesing. hahahaha minyak ke putih? adoi kelakar je. kihkihkih


Kumpulan rewang lagi satu, Muiz, Najiha & Mairah. Kecik kecik dah rajin. dulu akak kau ni time kecik main lari lari jek time kenduri. hehehehehe
diorang jaga air, kitorang buat style pasar. ada pelbagai jenis air. rasanya lebih 4 jenis air. campur lagi dengan air peluh diorang ni. hahahaha (just kidding)



Selfie of the day, masing masing nak tunjuk gigi kannn. haaaa ambik lah gigi aku yang tak berapa nak rata tu. hahahahaha (kisah plak aku) Aan and Adik Ijong, kelekaran je. hahahahaaha
Mikha dok mengisi perut je, makin bambam dah. okayy rindu Mikha dah ni. huhuhuhu


Kekekekekeke, okay last okayyy. duduk depan booth karok kannn. sampai budeq (pekak) telinganya kannn. lepastu nak sangat nyanyi kannn. Haaaa ambik kau. hahahahaha malu wehhh maluuu. lirik agak lari masa ni. der deq lah wehh (menggigil)
masa ni nyanyi lagu tenda biru. hahahaha nak gelak kuat kuat. malam tu ada jugak karok duet dengan adik laki aku. hikhik pun larik jugak lirik sikit. normal with me maybe. hahahahaha
Tapi yang penting aku berani mencuba. kihkihkih


Penat dah menaip, weehuuu
Masa Maniseh pendek je entry nya, hahahaha
kurang selfie agaknya. ni kalau keluarkan semua gambar selfie, memang letih lah aku menaip dan tentulah letih jugak korang nak baca. mahu kang asyik stay tuned je. kihkihkih

Okay lah nak sambung kerja aku.

Thank you for reading this entry!
Happy Wedding's Day to Manisah + Faizal.
May Allah bless both of you till Jannah. Amin.

Assalamualaikum!!

HannaHHallaN

Tuesday 1 March 2016

Program Transformasi Minda (PTM) UiTM 22 - 26 Februari 2016

Assalamualaikum semuaaaa!!!

Excited plak aku eh. Haha!

Last week, aku pergi kursus PTM lebih kurang macam induksi lah.
Seminggu uolls aku kat sana. Banyak pengalaman yang aku nak share dan cerita. Huhuuu
Tapi rasa macam tak boleh cerita semua. hikhikhik.

Okay, masa hari first nak pergi tu. Ya Allah! Rasa macam malas sangat nak pergi.
Aku pikir, best ke kat sana. Dah lah tak kenal each other pastu kena bekerjasama bla bla bla.
Aku rasa down sangat walaupun ada jugak geng gi PTM dari Fakulti aku. hehehe gedik kan?! Haha. Whatever!

Sampai je sana, terus start kelas and intro bagai tu. Aku dah rasa wowww! Ramainya. Nak nak plak lepas tu dia bahagikan kumpulan. Aku rasa macam, "kak yanti, dont leave me. Haha!" Drama sangat uolls. Mula2 duduk dengan Kak Yanti, kawan dari tempat yang sama. Nasib baik bilik boleh pilih. Hehehehehe

Aku dapat Kumpulan 7,
Aku pandang, kerusi mana yang aku perlu duduk ni, nampak satu kerusi kosong.
Sebelah tu ada seorang perempuan. Bahagian belakangnya ada satu je tempat kosong. Lagi dua dah diduduk dengan dua orang perempuan. Depan tu plak penuh dah kerusinya dengan diduduki oleh 3 orang lelaki. So, aku pun ambik keputusan duduk dekat sebelah perempuan yang sorang tu,
Dia senyum aku senyum, hikhikhik.
Lepas tu start sesi berkenalan. Dia keluarkan macam something food,
Mungkin dia nampak aku pandang hairan, so dia cakap dia pregnant, asyik lapar je. Heheheeh
Nama perempuan tu Yana, disebabkan dia lebih tua, so aku call her Kak Yana. Muehehehehehe
A few minutes, ada seorang perempuan duduk sebelah aku. So, aku pun hai hai lah kan. Nama dia Hidayah. Pun lagi tua dari aku. So, aku panggil dia Kak Dayah. Malu malu kucing masa tu semua orang. Kahkahkah!

Okay, yang lelaki kat depan tu, Akim, Muda & Sarapi. Sarapi tu kami panggil Ketua, sebab kami lantik dia sebagai Ketua Kumpulan. Hahahaha
Yang gigirl belakang namanya Ain & Lian.

Kumpulan Kami masing masing dari Negeri Sembilan, Terengganu & Selangor.
Kat bawah ni group kami. Group 7 (MUDA), sebab apa nama group Muda? Sebab ada seorang ahli kami nama dia Muda, so aku rasa unik then aku letak lah nama group kat wasap MUDA. Hahahaahahahaha. Sorry!


Okay, start je masuk malam first kat sana, kami dah know each other. Dah mula macam sebuah keluarga. cewahhhh!
Macam macam aktiviti kami buat bersama. Merapatkan silaturrahim.
Bergelak tawa tak hengat dunia! Time dengar ceramah boleh plak kami kadang kadang tu tak fokus. Kihkihkih. Scan orang untuk dijadikan bahan. Hahahahaha
Sangat best rupanya kursus ni. Dapat berkenalan dengan ramai orang.
Rasa macam tak cukup je seminggu. Hikhikhik.

PTM kali ni seramai lebih kurang 90 orang. Tak ramai, So dapatlah cam muka semua orang. Hehehehehe.

Yang paling bestnya, group aku ni lebih kurang je sekepala dengan aku. Lebih lebih lagi Kak Yana & Kak Dayah. Hahahahahaha. My partner in crime dekat sana. Kihkihkih.




Haaaa ni lah orang orangnyaaaa. Hahahahahaha
Selfie pun masih gila gila. kekekekekeke
Rindunya dekat diorang ni. ish ish ish.
** mata masuk habuk. huhuuuu












Hari Kedua last tu, dah rasa dah bahang bahang perpisahan, hehehehe
Kami mula makan semeja, kalau tak tu makan asing asing. kihkihkih
Lagilah kami rasa rapat as a group. nak nak ada group wasap. ada je topiknya.
tak sempat telan air liur aku gelak. kahkahkah!!

Dengan misi Kak Yana tuuuu, adui kelakar sangat. Hahahahaha
** misi tersebut terpaksa dirahsiakan, harap maklum. haha!!

Okay, kesimpulan ceritanya.
Kursus ni sangat bagus untuk kakitangan perkhidmatan awam.
Dapat menambah rakan, dapat berkongsi pengalaman.
Pengalaman tu penting. hehehe
Lepas tu, bila kita saling memerlukan dalam tugasan, kita dah ada kawan masa kursus.

Hari first datang gelisah,
Hari akhir nak balik pun lagi gelisah!
Rindu Rindu Rindu.
Sebab tu atin buat blog ni!
Nak berkongsi cerita dimana one day atin boleh baca balik kenangan kita semua.
hehehehehehe **peace!

Kumpulan PTM Bil 17/2016 Universiti Teknologi Mara

Thanks semua untuk kenangan yang dicipta bersama. Walaupun hanya seminggu, tapi ada sebuah persahabatan dan silaturrahim yang terjalin. alhamdulillah.

Okay, layan selfie terakhir dari Kumpulan 7 (always MUDA!!) 




Gambar bawah ni kami wakil dari Fakulti Perubatan Sungai Buloh.
Perempuan sahaja. Lelaki dah start mengemas barang nak balik. hehehehe


From left : Kak Yanti, Kak Nor, Kak Mira, Kak Fiza, Kak Yuyu & Aku!


Terima kasih kepada photographer kami.
Thanks a lot. 
**peace.
Jumpa kat luar tegur tegur lah eh. 
Untuk group 7, kalau tak tegur, atin sekeh koranggg. Kahkahkah!

Okay, sampai sini je aku kongsi pengalaman berkursus.
Will miss you all always!

Thank you for reading this entry.

Thank you thank you.

Assalamualaikum!

HannaHHallaN

Wednesday 20 January 2016

Pulau Pinang, Malaysia

Assalamualaikum readers!!!

Jujur aku cakaplah kan, aku still belum boleh move on lagi ni.
Haha! Move on dari holidays aku tempoh hari. Nahhh gambaq kami dekat sana naaa.




Sebelah kiri ni hari pertama, sampai je sana terus pergi Muzium Upside Down ni.
Notbad lahh, Aku suka! cuma sesak sikit kat dalam tu, buat hakak sesak nafas, hewhewhew









Aku pergi bercuti dengan My Beloved Frengsss BFF
muahhh sayang ketat ketat sampai padat! Haha!!
Holidays tu start dari 13 Januari sampai lah 16 Januari 2016. Auwwww
Dari Rabu sampai Sabtu, tak kuasa hakak nak pergi hari minggu. Haha!

TheJoyahsPenang..
Itu nama group kami bila dah sampai dekat Penang. Kihkihkih!
Touch down je dekat Penang, terus berubah perangai. Aicewahhh!
Sama je perangainya tak pernah berubah pun. Hikhikhik
Aku kalau hang out dengan budak dua orang ni memang tak hengat dunia dah..
Dok gelak sana dok gelak merepek sini. Haha!

Susah aku nak ceritakan pengalaman holidays aku ni.
terlalu banyak ketawa berbanding letih penat bagai.
Serius aku cakap, aku langsung tak berhenti gelak ketawa masa kat sana,
kecuali time tidoqqq lerr. Hehehehehe
Ada je modal yang nak diceritakan. Haha!
Paling win & kelakar bila Pikah cerita pasal kisah hidup dia. ahaks!
Terkejut makkk. memang nonstop ler hakak gelak kan? hahahaha

Okay gambar kat bawah ni masa malam akhir kat Penang,
Lepak makan makan dekat Persiaran Gurney.
Masa ni hakak pikir "sekejap je holidays nak habis dah, hmmm"
Nak dijadikan cerita, masa tengah dok kalut gelak dan lepak.
Kami nampak ada penguatkuasa dok meronda dekat Gurney tu.
Kami pun apa lagi, kelam kabut masuk kereta naa.
Sebab apa? sebab kami park kereta tak letak kupon. Haha!
Sebab pikir, nak lepak kejap je tapi memang kejap pun sebab baru je nak panaih punggung,
penguatkuasa mai buat rondaan. Kelakar sungguh!
Pengalaman sangat tau!




Okay gambar sebelah kanan ni plak, masa kat Taman Negara.
Hati panas beb time ni, haha!
Bukit Bendera (BB) tutup plak, haihhh
Bukan rezeki lah tu kan. huhuhu
Baru dok berangan nak naik BB pakai baju sedondon.
Hikhikhik. Baju BFF katanya. Hahahaha









Okay, banyak jugaklah tempat kami pergi kan,
Batu Feringghi, Pasar Malam Batu Feringghi tapi aku panggil Pasar Malam Mr Arrogant, Haha!
sebab pengaruh cerita Love You Mr Arrogant. Hehehe

Kitorang stay dekat Georgetown, agak susah nak carik makan dekat area situ,
So kami pun makan dekat area Bayan Lepas, Padang Kota Lama & Batu Feringghi.
Kami stay dekat Broadway Budget Hotel. Harga yang berpatutan dan bilik tidur yang selesa.
Alaaa bukan buat apa pun dalam bilik, untuk tidur je,
banyak berjalan. haha!

Tapi aku suka stay dalam bilik sebab banyak merepek ngan mengarut dengan diorang ni.
Berangan dan berdrama tak habis habis. haha!
Nak dijadikan cerita, runner kereta yang kami sewa tu, hensem boh! Haha!
Okay okayy. Haha!



Gambar atas ni masa hari akhir, sobsobsob
Takmau balik rasanya. hehehe
Bila balik mulalah semula rutin harian, bekerja dan sebagainya.
Okay okayy, masa hari last, 16 Januari 2016,
Kebetulan hari lahir Pikah.
So kami belikan kek untuk Pikah. hehehe
Sambut dekat pondok USM sambil tunggu runner kereta sewa. Hikhikhik
Happy Birthday Afiqah Aziz. May Allah bless you di dunia & akhirat. Ameen. InshaaAllah.



 Selamat Tinggal Pulau Pinang,
Banyak kenangan indah dekat sana.
Gelak ketawa antara kami yang tak pernah lokek dengan idea giler. Haha!
Sampai depan kaunter nak check in tiket pun still ada modal nak bercerita.
Padahal hari hari wasap dekat group.
Serius, masa hari Ahad yakni hari pertama balik dari Penang.
Akak termenung sana sini macam orang putus cinta, Haha!
Rindu sangat dekat suasana dan kenangan dekat Penang.
Sebab dapat bergelak ketawa tanpa memikirkan hal hal yang boleh membawa kepada stress. Hehehe

Wardah & Afiqah, I love both of you.
My BFF until Jannah, InshaaAllah.
Next trip please!
Rindu sangat. Haha!




Okaylah, sampai sini je.
Rasa nak nangis plak bila cerita pasal Penang.
Sebab rindu.
Lepas ni bila entah nak jumpa lagi. Huhuhu
**sob sob sob

Thanks for your reading this entry!
Kamsahamnida. hephephep

HannaHHallaN