Wednesday 20 January 2016

Pulau Pinang, Malaysia

Assalamualaikum readers!!!

Jujur aku cakaplah kan, aku still belum boleh move on lagi ni.
Haha! Move on dari holidays aku tempoh hari. Nahhh gambaq kami dekat sana naaa.




Sebelah kiri ni hari pertama, sampai je sana terus pergi Muzium Upside Down ni.
Notbad lahh, Aku suka! cuma sesak sikit kat dalam tu, buat hakak sesak nafas, hewhewhew









Aku pergi bercuti dengan My Beloved Frengsss BFF
muahhh sayang ketat ketat sampai padat! Haha!!
Holidays tu start dari 13 Januari sampai lah 16 Januari 2016. Auwwww
Dari Rabu sampai Sabtu, tak kuasa hakak nak pergi hari minggu. Haha!

TheJoyahsPenang..
Itu nama group kami bila dah sampai dekat Penang. Kihkihkih!
Touch down je dekat Penang, terus berubah perangai. Aicewahhh!
Sama je perangainya tak pernah berubah pun. Hikhikhik
Aku kalau hang out dengan budak dua orang ni memang tak hengat dunia dah..
Dok gelak sana dok gelak merepek sini. Haha!

Susah aku nak ceritakan pengalaman holidays aku ni.
terlalu banyak ketawa berbanding letih penat bagai.
Serius aku cakap, aku langsung tak berhenti gelak ketawa masa kat sana,
kecuali time tidoqqq lerr. Hehehehehe
Ada je modal yang nak diceritakan. Haha!
Paling win & kelakar bila Pikah cerita pasal kisah hidup dia. ahaks!
Terkejut makkk. memang nonstop ler hakak gelak kan? hahahaha

Okay gambar kat bawah ni masa malam akhir kat Penang,
Lepak makan makan dekat Persiaran Gurney.
Masa ni hakak pikir "sekejap je holidays nak habis dah, hmmm"
Nak dijadikan cerita, masa tengah dok kalut gelak dan lepak.
Kami nampak ada penguatkuasa dok meronda dekat Gurney tu.
Kami pun apa lagi, kelam kabut masuk kereta naa.
Sebab apa? sebab kami park kereta tak letak kupon. Haha!
Sebab pikir, nak lepak kejap je tapi memang kejap pun sebab baru je nak panaih punggung,
penguatkuasa mai buat rondaan. Kelakar sungguh!
Pengalaman sangat tau!




Okay gambar sebelah kanan ni plak, masa kat Taman Negara.
Hati panas beb time ni, haha!
Bukit Bendera (BB) tutup plak, haihhh
Bukan rezeki lah tu kan. huhuhu
Baru dok berangan nak naik BB pakai baju sedondon.
Hikhikhik. Baju BFF katanya. Hahahaha









Okay, banyak jugaklah tempat kami pergi kan,
Batu Feringghi, Pasar Malam Batu Feringghi tapi aku panggil Pasar Malam Mr Arrogant, Haha!
sebab pengaruh cerita Love You Mr Arrogant. Hehehe

Kitorang stay dekat Georgetown, agak susah nak carik makan dekat area situ,
So kami pun makan dekat area Bayan Lepas, Padang Kota Lama & Batu Feringghi.
Kami stay dekat Broadway Budget Hotel. Harga yang berpatutan dan bilik tidur yang selesa.
Alaaa bukan buat apa pun dalam bilik, untuk tidur je,
banyak berjalan. haha!

Tapi aku suka stay dalam bilik sebab banyak merepek ngan mengarut dengan diorang ni.
Berangan dan berdrama tak habis habis. haha!
Nak dijadikan cerita, runner kereta yang kami sewa tu, hensem boh! Haha!
Okay okayy. Haha!



Gambar atas ni masa hari akhir, sobsobsob
Takmau balik rasanya. hehehe
Bila balik mulalah semula rutin harian, bekerja dan sebagainya.
Okay okayy, masa hari last, 16 Januari 2016,
Kebetulan hari lahir Pikah.
So kami belikan kek untuk Pikah. hehehe
Sambut dekat pondok USM sambil tunggu runner kereta sewa. Hikhikhik
Happy Birthday Afiqah Aziz. May Allah bless you di dunia & akhirat. Ameen. InshaaAllah.



 Selamat Tinggal Pulau Pinang,
Banyak kenangan indah dekat sana.
Gelak ketawa antara kami yang tak pernah lokek dengan idea giler. Haha!
Sampai depan kaunter nak check in tiket pun still ada modal nak bercerita.
Padahal hari hari wasap dekat group.
Serius, masa hari Ahad yakni hari pertama balik dari Penang.
Akak termenung sana sini macam orang putus cinta, Haha!
Rindu sangat dekat suasana dan kenangan dekat Penang.
Sebab dapat bergelak ketawa tanpa memikirkan hal hal yang boleh membawa kepada stress. Hehehe

Wardah & Afiqah, I love both of you.
My BFF until Jannah, InshaaAllah.
Next trip please!
Rindu sangat. Haha!




Okaylah, sampai sini je.
Rasa nak nangis plak bila cerita pasal Penang.
Sebab rindu.
Lepas ni bila entah nak jumpa lagi. Huhuhu
**sob sob sob

Thanks for your reading this entry!
Kamsahamnida. hephephep

HannaHHallaN