Tuesday 1 March 2016

Program Transformasi Minda (PTM) UiTM 22 - 26 Februari 2016

Assalamualaikum semuaaaa!!!

Excited plak aku eh. Haha!

Last week, aku pergi kursus PTM lebih kurang macam induksi lah.
Seminggu uolls aku kat sana. Banyak pengalaman yang aku nak share dan cerita. Huhuuu
Tapi rasa macam tak boleh cerita semua. hikhikhik.

Okay, masa hari first nak pergi tu. Ya Allah! Rasa macam malas sangat nak pergi.
Aku pikir, best ke kat sana. Dah lah tak kenal each other pastu kena bekerjasama bla bla bla.
Aku rasa down sangat walaupun ada jugak geng gi PTM dari Fakulti aku. hehehe gedik kan?! Haha. Whatever!

Sampai je sana, terus start kelas and intro bagai tu. Aku dah rasa wowww! Ramainya. Nak nak plak lepas tu dia bahagikan kumpulan. Aku rasa macam, "kak yanti, dont leave me. Haha!" Drama sangat uolls. Mula2 duduk dengan Kak Yanti, kawan dari tempat yang sama. Nasib baik bilik boleh pilih. Hehehehehe

Aku dapat Kumpulan 7,
Aku pandang, kerusi mana yang aku perlu duduk ni, nampak satu kerusi kosong.
Sebelah tu ada seorang perempuan. Bahagian belakangnya ada satu je tempat kosong. Lagi dua dah diduduk dengan dua orang perempuan. Depan tu plak penuh dah kerusinya dengan diduduki oleh 3 orang lelaki. So, aku pun ambik keputusan duduk dekat sebelah perempuan yang sorang tu,
Dia senyum aku senyum, hikhikhik.
Lepas tu start sesi berkenalan. Dia keluarkan macam something food,
Mungkin dia nampak aku pandang hairan, so dia cakap dia pregnant, asyik lapar je. Heheheeh
Nama perempuan tu Yana, disebabkan dia lebih tua, so aku call her Kak Yana. Muehehehehehe
A few minutes, ada seorang perempuan duduk sebelah aku. So, aku pun hai hai lah kan. Nama dia Hidayah. Pun lagi tua dari aku. So, aku panggil dia Kak Dayah. Malu malu kucing masa tu semua orang. Kahkahkah!

Okay, yang lelaki kat depan tu, Akim, Muda & Sarapi. Sarapi tu kami panggil Ketua, sebab kami lantik dia sebagai Ketua Kumpulan. Hahahaha
Yang gigirl belakang namanya Ain & Lian.

Kumpulan Kami masing masing dari Negeri Sembilan, Terengganu & Selangor.
Kat bawah ni group kami. Group 7 (MUDA), sebab apa nama group Muda? Sebab ada seorang ahli kami nama dia Muda, so aku rasa unik then aku letak lah nama group kat wasap MUDA. Hahahaahahahaha. Sorry!


Okay, start je masuk malam first kat sana, kami dah know each other. Dah mula macam sebuah keluarga. cewahhhh!
Macam macam aktiviti kami buat bersama. Merapatkan silaturrahim.
Bergelak tawa tak hengat dunia! Time dengar ceramah boleh plak kami kadang kadang tu tak fokus. Kihkihkih. Scan orang untuk dijadikan bahan. Hahahahaha
Sangat best rupanya kursus ni. Dapat berkenalan dengan ramai orang.
Rasa macam tak cukup je seminggu. Hikhikhik.

PTM kali ni seramai lebih kurang 90 orang. Tak ramai, So dapatlah cam muka semua orang. Hehehehehe.

Yang paling bestnya, group aku ni lebih kurang je sekepala dengan aku. Lebih lebih lagi Kak Yana & Kak Dayah. Hahahahahaha. My partner in crime dekat sana. Kihkihkih.




Haaaa ni lah orang orangnyaaaa. Hahahahahaha
Selfie pun masih gila gila. kekekekekeke
Rindunya dekat diorang ni. ish ish ish.
** mata masuk habuk. huhuuuu












Hari Kedua last tu, dah rasa dah bahang bahang perpisahan, hehehehe
Kami mula makan semeja, kalau tak tu makan asing asing. kihkihkih
Lagilah kami rasa rapat as a group. nak nak ada group wasap. ada je topiknya.
tak sempat telan air liur aku gelak. kahkahkah!!

Dengan misi Kak Yana tuuuu, adui kelakar sangat. Hahahahaha
** misi tersebut terpaksa dirahsiakan, harap maklum. haha!!

Okay, kesimpulan ceritanya.
Kursus ni sangat bagus untuk kakitangan perkhidmatan awam.
Dapat menambah rakan, dapat berkongsi pengalaman.
Pengalaman tu penting. hehehe
Lepas tu, bila kita saling memerlukan dalam tugasan, kita dah ada kawan masa kursus.

Hari first datang gelisah,
Hari akhir nak balik pun lagi gelisah!
Rindu Rindu Rindu.
Sebab tu atin buat blog ni!
Nak berkongsi cerita dimana one day atin boleh baca balik kenangan kita semua.
hehehehehehe **peace!

Kumpulan PTM Bil 17/2016 Universiti Teknologi Mara

Thanks semua untuk kenangan yang dicipta bersama. Walaupun hanya seminggu, tapi ada sebuah persahabatan dan silaturrahim yang terjalin. alhamdulillah.

Okay, layan selfie terakhir dari Kumpulan 7 (always MUDA!!) 




Gambar bawah ni kami wakil dari Fakulti Perubatan Sungai Buloh.
Perempuan sahaja. Lelaki dah start mengemas barang nak balik. hehehehe


From left : Kak Yanti, Kak Nor, Kak Mira, Kak Fiza, Kak Yuyu & Aku!


Terima kasih kepada photographer kami.
Thanks a lot. 
**peace.
Jumpa kat luar tegur tegur lah eh. 
Untuk group 7, kalau tak tegur, atin sekeh koranggg. Kahkahkah!

Okay, sampai sini je aku kongsi pengalaman berkursus.
Will miss you all always!

Thank you for reading this entry.

Thank you thank you.

Assalamualaikum!

HannaHHallaN