Wednesday 27 July 2016

Happy Eid Day, Everyone!!

Assalamualaikum.

Rasanya macam dah lama tak update blog ni. Hehehehe
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang kekadang tersinggah dekat blog ni. haha!
Syawal semakin hampir ke penghujung. Aku baru sibuk nak share gambar raya tahun ni. heeee
Alhamdulillah raya tahun ni sangat best dan awesome! Jadual yang teratur tiada kelam kabut. kikiki
Tiada kelainan cerita tahun ni, sama je macam tahun tahun lepas raya pertama dekat mana raya kedua kat mana. sama je tak berubah. hehehe boleh jenguk dekat post sebelum ni yaaa tradisi raya tapi tahun ni raya keempat baru balik sebelah emak. hehe syok tau! sebab dapat berkumpul ramai ramai.

Okay, kejap lagi aku akan share gambar family aku. Guess what? Tema tahun ni hijau uolls. My favourite colour uolls. hikhikhik. Dan cuba teka sekali lagi, almost my whole family from mother's side wearing green colour wehh. hahahaha teruja tak teruja lah kan. kami tak janji pun okayy. ini semua kebetulan dan ternyata chemistry weolls very tight. hahahaha


Sorry uolls, gambar terlebih excited and ekstrem. hahaha. uolls nampak tak belakang tu macam ala ala photo booth kan? Gigih adik adik aku buat semua benda alah ni. semangat depa ni. aku just follow the flow. aku dengan mak beri sumbangan kewangan je. alhamdulillah menjadik juga diorang punya photo booth ni. haha. so pagi raya pun kami punya semangat nak selfie. sanggup tu tak pergi kedai nak shoot gambar sebagai frame. aku cadang snap dekat rumah then cuci kasi besar lepastu frame. lagi kreatif ye dak. hikhikhik. thanks to Iwan sebab jadi cameraman kami. Iwan ni jiran kami, adik Syuhadah BFF aku. Haha!


Okayyy. Nampak tak mak kau hijauuu disitu. hahaha. bukan setakat kami je kebetulan hijau. masa ni pergi rumah nenek sedara aku. dia pi cat rumah warna hijau. lepas tu kami naik tikar and carpet pun hijau wehhh. hahahaha. nampak toyol je. kekekeke tahun ni memang hijau tersangat rare. aku rasa hampir 70% dekat Malaysia ni memilih hijau sebagai tema tahun ni. Ni semua family sebelah mak. tapi ni cuma empat keluarga je. haaa tu pun dah penuh kan? macam mana lah kalau semua berkumpul. mesti lagi gempak. kalau buat kenduri doa selamat ke apa ke masak sendiri je. hehehe

So amacam raya korang tahun ni?
Apa tema korang?
Bagi aku, alhamdulillah raya sangat best dan havoc!
Okaylah uolls, nak sambung buat kerja plak.
Next entry inshaaAllah aku akan berkongsi kisah raya dekat office aku. gempak jugak wehh! hahaha
Last but not least.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Maaf kalau tulisan aku ada buat korang berkecil hati.
Kosong kosong yaaa


Thanks for reading this entry!
Assalamualaikum.

HannaHHallaN