Thursday 9 June 2022

Memori Kenangan

Assalamualaikum wbt,

Kenangan perlu ada di dalam sesebuah perhubungan atau institusi kekeluargaan.
Simple, tak perlukan wang yang banyak untuk mencipta sebuah memori.
Hanya dengan sedikit pinjaman masa yang kita ada untuk sebuah kenangan.

Jangan terlalu berkira dengan masa yang kita ada.
Jangan pernah lelah untuk berkongsi masa dengan keluarga kerana itulah saat-saat paling bahagia.
Jika penat, salurkanlah penat itu kepada keluarga dengan mengisi masa bersama mereka.
Biarlah penat tubuh badan di dunia ini, yang penting setelah jasad ini tidak bernyawa ianya telah meninggalkan memori terindah kepada mereka yang berada di dunia.

Duit, Harta, Kekayaan.
Tidak dapat membeli masa-masa terindah kita bersama keluarga.
Mungkin harini, mungkin esok atau mungkin lusa, mungkin minggu hadapan, bulan hadapan mahupun mungkin tahun hadapan, kita akan pergi meninggalkan dunia.
Kasihanilah mereka yang akan kita tinggalkan. Cipta memori, cipta kenangan. Walau penat macam mana pun, isi lah masa dengan keluarga. Masa itu emas. Ya. Masa itu emas. Terlalu berharga sehingga manusia sendiri lupa betapa pentingnya masa itu dalam kehidupan seharian kita.


HannaHHallaN