Thursday 23 October 2014

Cinta?

Cinta datang tanpa diduga,
Kadang saat kita terleka,
Cinta tu hadir dengan seribu pengharapan,
Ada apa dengan Cinta??

Pada pandangan aku cinta itu sebuah perkataan yang amat luas maknanya,
Cinta tidak semestinya hanya pada pasangan kekasih,
Tapi lebih molek jika kita anggap cinta tu adalah diantara ibu bapa, kawan - kawan dan ahli keluarga..

Kebanyakan manusia, apabila mendengar perkataan cinta,
Mereka terus terbayangkan sosok sepasang kekasih,
Ya, memang indah kalau bercinta...

Walaupun aku tak pernah rasa apa itu cinta,
Tapi aku boleh melihat kebahagian cinta itu dalam perhubungan ayah dan mak aku,
Alhamdulillah aku diberikan sepasang ibubapa yang sangat romantik dan bertanggungjawab..
Semoga aku juga akan dikurniakan sebuah perhubungan seperti itu dengan bakal imamku..
InsyaAllah, Allah sentiasa ada dan mendengar doa - doa kita....

Allahuakbar!
Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
Aku tak pernah rasa kekurangan walaupun aku tidak mepunyai kekasih,
Aku cukup bersyukur dengan adanya keluarga disisi..

Mak pesan,
Carilah suami yang menghormati ibunya,
Sayangilah ibunya seperti mana kau sayangkan mak,
InsyaAllah bahagia nanti...

Prinsip aku,
Takkan kejar lelaki yang tak cintai aku,
Tapi, aku akan kejar lelaki yang sentiasa menuju ke jalan Allah SWT..
Jika tiada jodoh di dunia,
InsyaAllah, Allah telah sediakan yang terbaik di sana kelak...

Jangan pernah berasa diri itu tidak laku kawan - kawan..
Mungkin banyak kekurangan daripada pendapat aku ni,
Tapi setiap orang ada pendapat sendiri kan??


Terima Kasih kerana sudi membaca 'entry' ini...
Syukran!
Assalamualaikum!!

HannaHHallaN

No comments:

Post a Comment