Tuesday 24 November 2015

Family Comes First

Assalamualaikum,

Keluarga sangat sangat no.1 bagi aku.
Tanpa diorang aku takkan dapat senyum happy lebar setiap hari. Haha
Walaupun sekarang setiap kali bangun pagi diorang takde depan mata,
Tapi whatsapp kan adooo, kihkihkih
Dunia moden maaa..

Biarlah aku hidup sederhana yang penting aku masih bersama keluarga.
Tak boleh bayangkan hidup tanpa keluarga disisi,
Masa mula mula masuk kerja dekat UiTM ni pun aku banyak pikir kampung je.
Hehehehe
Asyik ingat family je..
Lagi lagi dulu masa Yana belum masuk UUM,
Lagilah rasa macam nak balik tiap tiap minggu..
Sekarang Yana dekat UUM pun aku still nak balik tiap tiap minggu.
Wakakakakaka

Alhamdulillah aku dikurniakan family yang bahagia, happy & sporting, hihi
Sampai mak ayah aku cakap,
"Nanti dah kahwin macam mana lah kakak ni, haihh"
Hahahaha, relax lah ayah, lambat lagi nak kahwin lah. kihkihkih
Tak terpikir lagi pun..
Nanti dah kahwin tak boleh selalu balik kampung..
Kena bahagi bahagi,
Tu kalau dapat suami yang memahami,
Kalau asyik nak balik kampung dia je macam mana?
Menangis tak berlagu lah kita..

Nak cari yang kampung dekat?
Sama je, kalau sibuk nak balik rumah mak ayah dia,
Takde jugak turn nak balik rumah mak ayah aku..
Yelah, perempuan bila dah kahwin kena dengar dan ikut kata suami..
Suami no.1 masa tu, family suami pun kena diutamakan.

Sedihnyaaaa, uwaaaaaaa
Semoga aku dapat mak ayah mertua yang sporting. Haha!
Satu lagi kelemahan aku yang tak dapat dielakkan sampai sekarang,
ialah Tak Tahu Masak!
Hahahaha serius wehhh..
Tak boleh nak belajar masak,
Tak tahu kenapa, maybe sebab aku belum ada keinginan untuk kahwin. Kihkihkih

Mungkin nanti bila dah tiba masa yang sesuai,
Aku akan belajar masak. Hahahaha

Okay, cerita dah lari dari tajuk. kekekekeke

Aku just nak cakap, family sangat penting bagi aku..
Apa apa pun mesti kita akan cari family..
Janganlah cipta jurang diantara family.

Tak baik memutuskan ikatan silaturrahim,
Ada masalah cuba selesaikan dengan cara baik.
Satu lagi, jadilah anak yang soleh/solehah untuk mak ayah kita.
Hanya kita harapan mereka didunia dan juga yang paling penting untuk diakhirat sana.

Bagi mereka yang sudah tidak mempunyai ibu bapa,
Banyak banyakkan lah sedekah alfatihah dan doakan yang terbaik untuk mereka di sana.

Bagi yang masih mempunyai mak ayah,
Tiap tiap pagi tu, sedekahkan alfatihah untuk mereka dan juga diri sendiri.
Semoga mudah urusan untuk tersebut.

Sejauh mana pun korang pergi,
Setinggi mana pun kejayaan yang korang kecapi,
Ingatlah!
Doa ibu bapa sentiasa menjadi penyebab korang dapat semua tu.
Tanpa mereka siapalah kita.

Ayah & Mak!
Love!
Muahhh

Thank you for reading this entry!!

HannaHHallaN

Thursday 12 November 2015

Kuala Woh (08 November 2015) Generasi SS

Assalamualaikum Semuanyaaaa

Harini aku nak cerita pasal Generasi SS iaitu family sebelah emak aku.
Bonding time dengan mereka Ahad yang lepas.
Family yang terlibat ialah family aku, family wak zie, family cik mie dan family kak ipah.
Empat buah keluarga yang awesome dan sporting. Haha!

Tempat yang menjadi pilihan kami adalah Kuala Woh, dekat kaki bukit Cameron Highlands tu haaa.
Satu jam je kalau naik Cameron dari tempat aku pergi ni, hehehee
Tempat ni best! Air dia sejuk dan panas,
Sekali terpijak yang panas, oh mak kauuu!
Melecur kaki aku ni haaa. Haha!
Bila berendam yang kat tempat sejuk, menggigil tak terkata. kekekeek
Ada part yang dalam ada part yang cetek,
sesuai untuk kanak-kanak...
Tapi aku berendam tempat cetek je, kihkihkih sebab aku pendek maaa
Tapi ada jugak pergi tempat yang dalam. Haha (gelak berlagak)
Dannnnn, ada yang pimpin, kekekeke kan aku dah cakap aku pendek,
So aku perlukan kepimpinan dari orang yang tinggi-tinggi.. Haha

Okay, kat sana ada jugak jambatan gantung,
Seram tau aku naik, bergoyang je,
Lepas tu naik plak dengan adik-adik lelaki aku,
Memang diorang bantai goyang lah jambatan tu,
Sampai terduduk jemmah kat situ tau! Haha!
Kena gelak je dengan depa semua.
Aku gayat sebenarnya, takut dengan ketinggian, hehehe
Sebab tu aku pendek orangnya. (takde kena mengena) Haha!



Okay! aku belanja gambar kat sana,
Sebelah kiri ni, aku potong kek!
Mak buat suprise untuk aku dengan adik aku (gambar berdua dengan lelaki tu)
Lepas tu share dengan anak kak Ipah sekali (budak kecik 3 orang tu)
Jadi lah kek 4 orang, hehe
Fatin, Fazrul, Mirza & Cempaka.
Kitorang buat bakar-bakar dan juga masak menggunakan dapur gas. Haha!
Semua kami angkut, periuk kuali bagai. kikikiki



Okay, ni selfie jemmah dan adik beradik tapi sesat satu gambar dengan mahadi (budak kecik baju putih) hehehehehe
Serius hilang stress bila kat sana,
Tak fikir apa dahh
Fikir happy je dengan family...
Family comes first bagi aku...
Malas nak fikir benda lain. Haha!
Sebab tu takde pakwe sampai sekarang,
hehehe (ada kena mengena tak?)


So, here we go!
Generasi SS!!
My family My Nyawa My Happiness,
Ini je yang dapat kami kumpulkan, alhamdulillah..
InsyaAllah next time, kumpulkan lebih ramai lagi..
Plan next year? Tak tahu lagi lerrr
Hehehehehehe
Susah nak kumpulkan semua orang ni...
Masing-masing ada komitmen sendiri...

Okay lah okay lah,
Korang try lah pergi tempat ni,
Best tau! Rasa fresh je,
Sangat fresh, aku memang suka tempat-tempat yang macam ni,
Hehehehehehe

Cuba jangan tak cuba tau!
Okay, bye!


Assalamualaikum!!

Thank you for reading this entry!


HannaHHallaN