Thursday 12 November 2015

Kuala Woh (08 November 2015) Generasi SS

Assalamualaikum Semuanyaaaa

Harini aku nak cerita pasal Generasi SS iaitu family sebelah emak aku.
Bonding time dengan mereka Ahad yang lepas.
Family yang terlibat ialah family aku, family wak zie, family cik mie dan family kak ipah.
Empat buah keluarga yang awesome dan sporting. Haha!

Tempat yang menjadi pilihan kami adalah Kuala Woh, dekat kaki bukit Cameron Highlands tu haaa.
Satu jam je kalau naik Cameron dari tempat aku pergi ni, hehehee
Tempat ni best! Air dia sejuk dan panas,
Sekali terpijak yang panas, oh mak kauuu!
Melecur kaki aku ni haaa. Haha!
Bila berendam yang kat tempat sejuk, menggigil tak terkata. kekekeek
Ada part yang dalam ada part yang cetek,
sesuai untuk kanak-kanak...
Tapi aku berendam tempat cetek je, kihkihkih sebab aku pendek maaa
Tapi ada jugak pergi tempat yang dalam. Haha (gelak berlagak)
Dannnnn, ada yang pimpin, kekekeke kan aku dah cakap aku pendek,
So aku perlukan kepimpinan dari orang yang tinggi-tinggi.. Haha

Okay, kat sana ada jugak jambatan gantung,
Seram tau aku naik, bergoyang je,
Lepas tu naik plak dengan adik-adik lelaki aku,
Memang diorang bantai goyang lah jambatan tu,
Sampai terduduk jemmah kat situ tau! Haha!
Kena gelak je dengan depa semua.
Aku gayat sebenarnya, takut dengan ketinggian, hehehe
Sebab tu aku pendek orangnya. (takde kena mengena) Haha!



Okay! aku belanja gambar kat sana,
Sebelah kiri ni, aku potong kek!
Mak buat suprise untuk aku dengan adik aku (gambar berdua dengan lelaki tu)
Lepas tu share dengan anak kak Ipah sekali (budak kecik 3 orang tu)
Jadi lah kek 4 orang, hehe
Fatin, Fazrul, Mirza & Cempaka.
Kitorang buat bakar-bakar dan juga masak menggunakan dapur gas. Haha!
Semua kami angkut, periuk kuali bagai. kikikiki



Okay, ni selfie jemmah dan adik beradik tapi sesat satu gambar dengan mahadi (budak kecik baju putih) hehehehehe
Serius hilang stress bila kat sana,
Tak fikir apa dahh
Fikir happy je dengan family...
Family comes first bagi aku...
Malas nak fikir benda lain. Haha!
Sebab tu takde pakwe sampai sekarang,
hehehe (ada kena mengena tak?)


So, here we go!
Generasi SS!!
My family My Nyawa My Happiness,
Ini je yang dapat kami kumpulkan, alhamdulillah..
InsyaAllah next time, kumpulkan lebih ramai lagi..
Plan next year? Tak tahu lagi lerrr
Hehehehehehe
Susah nak kumpulkan semua orang ni...
Masing-masing ada komitmen sendiri...

Okay lah okay lah,
Korang try lah pergi tempat ni,
Best tau! Rasa fresh je,
Sangat fresh, aku memang suka tempat-tempat yang macam ni,
Hehehehehehe

Cuba jangan tak cuba tau!
Okay, bye!


Assalamualaikum!!

Thank you for reading this entry!


HannaHHallaN

No comments:

Post a Comment