Monday 22 December 2014

Jodoh?

Assalamualaikum..

Aku selalu tertanya - tanya siapa jodoh aku??
Selalu berangan jodoh aku tu macam mana orangnya, Tinggikah? Rendahkah? Putihkah? Sawo matangkah??
Haha!
Tapi, kalau kita dah tahu jodoh kita dari awal lagi, tak syoklah kan?
Sebab tulah Allah bagi suprise kat kita,
Dan dari situlah nanti lahir ayat " lahhh kau ke jodoh aku! "
Kahkah!
Tapi setakat ni, tak ada pulak aku dengar orang buat statement cenggitu.. Hehe

Jodoh, Ajal dan Maut, semua terletak di tangan Allah SWT..
Kita hanya mampu merancang, berusaha tetapi Allah yang menentukannya..
Allah adalah sebaik - baik perancang..

Sebagai hambaNya, kita janganlah berhenti berdoa untuk mendapatkan yang terbaik,
Dan, kita jangan terlalu asyik untuk menjadi bakal pengantin, sebab itu sesuatu yang mungkin belum pasti,
Apa yang pasti ialah kita semua ni bakal bergelar "jenazah"..
Mengingat akan kematian juga baik untuk kita,
Supaya kita sedar bahawa dunia dan hidup ini hanya sementara..

Aku bukanlah nak jadi ustazah "segera" ataupun keyboard warriors,
Tapi, sebagai manusia, tak salah kalau saling mengingatkan..
Aku pun banyak kekurangan,

Okay! Back to soal jodoh!
Walau siapapun jodoh kita nanti,
InsyaAllah, Allah dah berikan yang terbaik untuk kita..
Ramai kawan aku yang sudah dan akan mendirikan rumahtangga,
Tahniah sekali lagi aku ucapkan,
Mereka dah berjumpa dengan orang yang tepat..

Janganlah kita berasa tercabar dengan perkahwinan mereka,
Iyalah, manalah tahu, dengar kawan ni kahwin,
kawan tu kahwin,
Kita rasa "aik! semua kahwin, aku bila lagi? Tak boleh jadi ni, kena carik jugak"
Haaaa, mostly macam tulah ayat yang keluar dari mulut anak muda zaman sekarang ni, hehe

Bak kata kawan aku,
" Yang ada calon ke tiada ke, insyaAllah memang ada Allah bagi kat setiap orang, tapi tak tahu jumpa kat dunia ataupun akhirat "

Macam aku, memang aku tak de calon,
Aku serahkan segalanya pada yang Maha Esa,
Allah dah aturkan segala - galanya untuk aku..
InsyaAllah..

So, korang semua, janganlah berhenti berdoa,
Mintaklah selagi boleh mintak,
Kalau nak yang baik - baik dan soleh,
Mintaklah kat Allah,
Tapi, kalau nak yang baik, korang pun kenalah jaga jugak perangai korang,

InsyaAllah,
Orang yang baik dapat yang baik - baik,
Begitu juga sebaliknya..

Diri kita mencerminkan siapa bakal jodoh kita..

Allahuakbar!
Semoga apa yang aku coretkan disini,
Memberi manfaat kepada kalian yang membaca,
Aku pun masih ada kekurangan..
Ampun dan maaf dipinta..

Terima Kasih Sebab Sudi Baca!

HannaHHallaN

Thursday 18 December 2014

Kenangan Is Kenangan Chapter 2

Okay, nak sambung balik sinetron aku yang tergantung haritu,
Haha! Sinetron Kenangan Is Kenangan!
Kali ni nak cerita Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) pulak,
Aku dulu bersekolah di SMK Dato' Harun, Tg Karang, Selangor Darul Ehsan,
Yeah! Hidup Selangor! Kahkah!!

Aku sekolah kat SMK Dato' Harun ni kan sampai 7 Tahun,
Haha, sebab aku continue Form 6 kat situ, Kekeke
Dari form 1 sampailah form 6 atas..
Disitulah lahirnya sebuah cinta... lalalalala
Kat situlah aku kenal sahabat, kawan, yang baru, huhuhu

Tingkatan 1,
Hari pertama persekolahan, ayah aku hantar naik lori tayar 12, hehe
Thank you yuu yuu ayah,
Masa tu ayah bekerja sebagai drebar lori,
Sekarang dah up sikit, kerja government, bawak bus dengan van untuk pelajar - pelajar KISAS, Klang..
Aku masuk kelas 1 Amanah tak silap aku,
Seminggu je aku kat situ, then aku dipindahkan ke kelas 1 Ikhlas,
Geng2 sekolah rendah cuma aku dengan Syuhadah and Linda yang masuk SMKDH ni,
Zura, Mashitah & Shafikah masuk sekolah agama berdekatan situ..

Tingkatan 2,
Aku masih lagi kelas yang sama iaitu 2 Ikhlas,
Tapi masa tu sekolah tukar nama - nama kelas,
Menjadi 2 Dedikasi..
Kat kelas ni, aku bergabung semula dengan Syuhadah,
Sehinggalah Tingkatan 3,
Kat sini aku menubuhkan sebuah persahabatan ( cehh tak boleh belah ayat kau! ) dengan Farah, Syahida Syuhada ( Si Kembar ), Syuhadah, Aida, dan lain - lagi.. Hee ( maaf jika nama tidak disebut )
Kisah Tingkatan 3 sama je,

Tingkatan 4,
Lepas PMR, aku naik 2 kelas menjadi 4 Bestari,
Payah aku nak biasakan diri kat kelas ni,
Sebab aku terpisah dengan kawan - kawan aku..
Kat kelas ni aku berkawan dengan Fathira, Amira & Suliza,
Lepas setengah tahun, baru aku berkawan dengan ramai orang,

Tingkatan 5,
Masih dikelas yang sama 5 Bestari,
Kat sini aku sudah mula ada geng, cewahhhh
Fathira pun dah jumpa geng yang sekepala jugak,
Bukan kitorang tak berkawan ya??
Masih berkawan, kami berkawan dengan semua orang dalam satu kelas tu,
Geng aku, 3 Pengawas sekolah iaitu Afiqah, Wardah & Nadiah,
Pengawas Pusat Sumber, Suliza
Dan, pelajar biasa macam aku iaitu Amira..
Itulah geng aku masa form 5,

Tingkatan 6,
Aku berkawan dengan satu kelas,
Yang paling rapat Nabiha, Hazwani, Aida, Syuhadah & Faizah..
Merekalah tempat aku ketawa, menangis dan bergembira..
Hang out bersama..

Ramaikan kawan - kawan aku?
Alhamdulillah masih contact sampai sekarang,
InsyaAllah takkan ada yang dilupakan sehingga hujung nyawa..
Inilah sinetron aku.. Haha!
Sebelum semasa dan selepas ni if aku ada bercerita mengenai mereka,
Disinilah kisahnya aku mengenali dan membina persahabatan dengan mereka..

Rindu sangat!
Thank you sebab baca sinetron ni..

HannaHHallaN

Monday 15 December 2014

Hobi Kebiasaan Manusia

Hobi Manusia Yang Kita Sendiri Tak Pernah Nak Sedor, Iaitu.... 

Marah & Stress

Ya, aku tahu apa itu rasa marah dan stress,
Sebab pernah jadi dekat aku..
Memang sangat sakit dan menegangkan segala urat yang ada dekat kepala aku..

Baru je beberapa minit ni, eh tak! saat ekceli, aku dah rasa stress yang sangat membengkakkan hati, hempedu dan jantung aku, haha!
Aku sakit hati pulak dengan handphone aku ni, haihh
Tak boleh nak connect dekat komputer, sedih bak hang!

Tapi, bila aku pikirkan "kembali", haha!
Macam orang yang takde otak je marah dekat handphone sendiri,
Bak kata mak aku " Mentallah tu, marah dengan barang, cakap sendiri - sendiri "..
Haha! Selalu aku macam tu bila layan drama ke apa..
Tapi aku tahu korang pun macam tu jugak kan??
Lagi - lagi kalau dalam drama tu ada watak perampas yang tahap gaban rampasnya,
Beria macam dia punya sorang,
See, aku tulis pun aku emosi sendiri,
Kita takkan lari daripada perasaan stress..

Orang baik macam mana sekalipun,
Mesti akan rasa apa itu marah & stress,
Cuma satu je yang dapat membezakan, 
Iaitu cara dia mengawal rasa amarah tu..

Bila kita rasa marah & stress,
Banyak - banyakkanlah ingat Allah,
Banyakkan istighfar " Astaghfirullahaladzim"
Tak pun korang boleh ambik wudhuk..
InsyaAllah perasaan marah & stress korang tu boleh reda..
Pahala pun dapat..

Kadang - kadang manusia ni bila marah,
Mulalah muncul macam - macam perangai & perbuatan...
Kononnya, "perbuatan yang pelik - pelik" boleh hilangkan stress diorang..
Hmmm manusia Oh manusia..
Korang fahamkan maksud aku perbuatan pelik tu..?
Tipulah kalau tak faham..

So, korang kenalah hargai rasa marah tu dengan sebaiknya,
Banyakkan ingat Allah,
Macam aku tulis tadi, 
Pahala pun dapat...

Marah tu syaitan..
Pandai - pandailah kawal rasa amarah tu dengan sebaik baik baik mungkin...
Kahkahkah!


Thank You For Reading This Entry!

HannaHHallaN