Thursday 18 December 2014

Kenangan Is Kenangan Chapter 2

Okay, nak sambung balik sinetron aku yang tergantung haritu,
Haha! Sinetron Kenangan Is Kenangan!
Kali ni nak cerita Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) pulak,
Aku dulu bersekolah di SMK Dato' Harun, Tg Karang, Selangor Darul Ehsan,
Yeah! Hidup Selangor! Kahkah!!

Aku sekolah kat SMK Dato' Harun ni kan sampai 7 Tahun,
Haha, sebab aku continue Form 6 kat situ, Kekeke
Dari form 1 sampailah form 6 atas..
Disitulah lahirnya sebuah cinta... lalalalala
Kat situlah aku kenal sahabat, kawan, yang baru, huhuhu

Tingkatan 1,
Hari pertama persekolahan, ayah aku hantar naik lori tayar 12, hehe
Thank you yuu yuu ayah,
Masa tu ayah bekerja sebagai drebar lori,
Sekarang dah up sikit, kerja government, bawak bus dengan van untuk pelajar - pelajar KISAS, Klang..
Aku masuk kelas 1 Amanah tak silap aku,
Seminggu je aku kat situ, then aku dipindahkan ke kelas 1 Ikhlas,
Geng2 sekolah rendah cuma aku dengan Syuhadah and Linda yang masuk SMKDH ni,
Zura, Mashitah & Shafikah masuk sekolah agama berdekatan situ..

Tingkatan 2,
Aku masih lagi kelas yang sama iaitu 2 Ikhlas,
Tapi masa tu sekolah tukar nama - nama kelas,
Menjadi 2 Dedikasi..
Kat kelas ni, aku bergabung semula dengan Syuhadah,
Sehinggalah Tingkatan 3,
Kat sini aku menubuhkan sebuah persahabatan ( cehh tak boleh belah ayat kau! ) dengan Farah, Syahida Syuhada ( Si Kembar ), Syuhadah, Aida, dan lain - lagi.. Hee ( maaf jika nama tidak disebut )
Kisah Tingkatan 3 sama je,

Tingkatan 4,
Lepas PMR, aku naik 2 kelas menjadi 4 Bestari,
Payah aku nak biasakan diri kat kelas ni,
Sebab aku terpisah dengan kawan - kawan aku..
Kat kelas ni aku berkawan dengan Fathira, Amira & Suliza,
Lepas setengah tahun, baru aku berkawan dengan ramai orang,

Tingkatan 5,
Masih dikelas yang sama 5 Bestari,
Kat sini aku sudah mula ada geng, cewahhhh
Fathira pun dah jumpa geng yang sekepala jugak,
Bukan kitorang tak berkawan ya??
Masih berkawan, kami berkawan dengan semua orang dalam satu kelas tu,
Geng aku, 3 Pengawas sekolah iaitu Afiqah, Wardah & Nadiah,
Pengawas Pusat Sumber, Suliza
Dan, pelajar biasa macam aku iaitu Amira..
Itulah geng aku masa form 5,

Tingkatan 6,
Aku berkawan dengan satu kelas,
Yang paling rapat Nabiha, Hazwani, Aida, Syuhadah & Faizah..
Merekalah tempat aku ketawa, menangis dan bergembira..
Hang out bersama..

Ramaikan kawan - kawan aku?
Alhamdulillah masih contact sampai sekarang,
InsyaAllah takkan ada yang dilupakan sehingga hujung nyawa..
Inilah sinetron aku.. Haha!
Sebelum semasa dan selepas ni if aku ada bercerita mengenai mereka,
Disinilah kisahnya aku mengenali dan membina persahabatan dengan mereka..

Rindu sangat!
Thank you sebab baca sinetron ni..

HannaHHallaN

No comments:

Post a Comment