Tuesday 24 November 2015

Family Comes First

Assalamualaikum,

Keluarga sangat sangat no.1 bagi aku.
Tanpa diorang aku takkan dapat senyum happy lebar setiap hari. Haha
Walaupun sekarang setiap kali bangun pagi diorang takde depan mata,
Tapi whatsapp kan adooo, kihkihkih
Dunia moden maaa..

Biarlah aku hidup sederhana yang penting aku masih bersama keluarga.
Tak boleh bayangkan hidup tanpa keluarga disisi,
Masa mula mula masuk kerja dekat UiTM ni pun aku banyak pikir kampung je.
Hehehehe
Asyik ingat family je..
Lagi lagi dulu masa Yana belum masuk UUM,
Lagilah rasa macam nak balik tiap tiap minggu..
Sekarang Yana dekat UUM pun aku still nak balik tiap tiap minggu.
Wakakakakaka

Alhamdulillah aku dikurniakan family yang bahagia, happy & sporting, hihi
Sampai mak ayah aku cakap,
"Nanti dah kahwin macam mana lah kakak ni, haihh"
Hahahaha, relax lah ayah, lambat lagi nak kahwin lah. kihkihkih
Tak terpikir lagi pun..
Nanti dah kahwin tak boleh selalu balik kampung..
Kena bahagi bahagi,
Tu kalau dapat suami yang memahami,
Kalau asyik nak balik kampung dia je macam mana?
Menangis tak berlagu lah kita..

Nak cari yang kampung dekat?
Sama je, kalau sibuk nak balik rumah mak ayah dia,
Takde jugak turn nak balik rumah mak ayah aku..
Yelah, perempuan bila dah kahwin kena dengar dan ikut kata suami..
Suami no.1 masa tu, family suami pun kena diutamakan.

Sedihnyaaaa, uwaaaaaaa
Semoga aku dapat mak ayah mertua yang sporting. Haha!
Satu lagi kelemahan aku yang tak dapat dielakkan sampai sekarang,
ialah Tak Tahu Masak!
Hahahaha serius wehhh..
Tak boleh nak belajar masak,
Tak tahu kenapa, maybe sebab aku belum ada keinginan untuk kahwin. Kihkihkih

Mungkin nanti bila dah tiba masa yang sesuai,
Aku akan belajar masak. Hahahaha

Okay, cerita dah lari dari tajuk. kekekekeke

Aku just nak cakap, family sangat penting bagi aku..
Apa apa pun mesti kita akan cari family..
Janganlah cipta jurang diantara family.

Tak baik memutuskan ikatan silaturrahim,
Ada masalah cuba selesaikan dengan cara baik.
Satu lagi, jadilah anak yang soleh/solehah untuk mak ayah kita.
Hanya kita harapan mereka didunia dan juga yang paling penting untuk diakhirat sana.

Bagi mereka yang sudah tidak mempunyai ibu bapa,
Banyak banyakkan lah sedekah alfatihah dan doakan yang terbaik untuk mereka di sana.

Bagi yang masih mempunyai mak ayah,
Tiap tiap pagi tu, sedekahkan alfatihah untuk mereka dan juga diri sendiri.
Semoga mudah urusan untuk tersebut.

Sejauh mana pun korang pergi,
Setinggi mana pun kejayaan yang korang kecapi,
Ingatlah!
Doa ibu bapa sentiasa menjadi penyebab korang dapat semua tu.
Tanpa mereka siapalah kita.

Ayah & Mak!
Love!
Muahhh

Thank you for reading this entry!!

HannaHHallaN

Thursday 12 November 2015

Kuala Woh (08 November 2015) Generasi SS

Assalamualaikum Semuanyaaaa

Harini aku nak cerita pasal Generasi SS iaitu family sebelah emak aku.
Bonding time dengan mereka Ahad yang lepas.
Family yang terlibat ialah family aku, family wak zie, family cik mie dan family kak ipah.
Empat buah keluarga yang awesome dan sporting. Haha!

Tempat yang menjadi pilihan kami adalah Kuala Woh, dekat kaki bukit Cameron Highlands tu haaa.
Satu jam je kalau naik Cameron dari tempat aku pergi ni, hehehee
Tempat ni best! Air dia sejuk dan panas,
Sekali terpijak yang panas, oh mak kauuu!
Melecur kaki aku ni haaa. Haha!
Bila berendam yang kat tempat sejuk, menggigil tak terkata. kekekeek
Ada part yang dalam ada part yang cetek,
sesuai untuk kanak-kanak...
Tapi aku berendam tempat cetek je, kihkihkih sebab aku pendek maaa
Tapi ada jugak pergi tempat yang dalam. Haha (gelak berlagak)
Dannnnn, ada yang pimpin, kekekeke kan aku dah cakap aku pendek,
So aku perlukan kepimpinan dari orang yang tinggi-tinggi.. Haha

Okay, kat sana ada jugak jambatan gantung,
Seram tau aku naik, bergoyang je,
Lepas tu naik plak dengan adik-adik lelaki aku,
Memang diorang bantai goyang lah jambatan tu,
Sampai terduduk jemmah kat situ tau! Haha!
Kena gelak je dengan depa semua.
Aku gayat sebenarnya, takut dengan ketinggian, hehehe
Sebab tu aku pendek orangnya. (takde kena mengena) Haha!



Okay! aku belanja gambar kat sana,
Sebelah kiri ni, aku potong kek!
Mak buat suprise untuk aku dengan adik aku (gambar berdua dengan lelaki tu)
Lepas tu share dengan anak kak Ipah sekali (budak kecik 3 orang tu)
Jadi lah kek 4 orang, hehe
Fatin, Fazrul, Mirza & Cempaka.
Kitorang buat bakar-bakar dan juga masak menggunakan dapur gas. Haha!
Semua kami angkut, periuk kuali bagai. kikikiki



Okay, ni selfie jemmah dan adik beradik tapi sesat satu gambar dengan mahadi (budak kecik baju putih) hehehehehe
Serius hilang stress bila kat sana,
Tak fikir apa dahh
Fikir happy je dengan family...
Family comes first bagi aku...
Malas nak fikir benda lain. Haha!
Sebab tu takde pakwe sampai sekarang,
hehehe (ada kena mengena tak?)


So, here we go!
Generasi SS!!
My family My Nyawa My Happiness,
Ini je yang dapat kami kumpulkan, alhamdulillah..
InsyaAllah next time, kumpulkan lebih ramai lagi..
Plan next year? Tak tahu lagi lerrr
Hehehehehehe
Susah nak kumpulkan semua orang ni...
Masing-masing ada komitmen sendiri...

Okay lah okay lah,
Korang try lah pergi tempat ni,
Best tau! Rasa fresh je,
Sangat fresh, aku memang suka tempat-tempat yang macam ni,
Hehehehehehe

Cuba jangan tak cuba tau!
Okay, bye!


Assalamualaikum!!

Thank you for reading this entry!


HannaHHallaN

Thursday 15 October 2015

Officially 22

Assalamualaikum uolls!

01 Oktober yang lalu, genap umur aku 22 Tahun...
Macam tak percaya umur aku dah 22,
Hmmmm sekejap je masa berjalan...
Rasa macam sekolah menengah je lagi...
Perasan muda lah tu...


Tahun ni bufday berbeza sikit, sebab jauh dari family,
Almaklum dah duduk sendiri...
Ramai kawan kawan yang yang wish...
Terima kasih semua...
Kawan baru kawan lama,
Hehehe, kawan lama tak boleh blahh. hahahaha
Terima kasih sekali lagi kawan kawan...
Muahhh

No cake for this year!
Hahaha
Sama je macam tahun tahun lepas,
Last aku sambut bufday aku,
Masa umur aku 9 tahun kut,
Lupa dah. Hahahahahah

Harap harap dapat suami yang sporting,
romantik, setia, baik....
Nak yang pendiam please, hahahaha
Okay 22 tahun ni, ramai jugak yang start tanya bila nak kahwin?
Actually dari tahun tahun sudah ramai yang dah tanya.
Tahun ni lagi hebat,
Siap ada yang nak carik carik kan lagi...
Haaaa kau ghase???
Kihkihkih

Tapi aku tolak dengan cara baik,
Kalau ada jodoh,
InshaaAllah jumpa kat luar nanti,
Walaupun tak guna cara perjodohan. Hehehehe

Sampai masa, sampai jodoh,
Nikahlah aku nanti,
Sabar menunggu...
InshaaAllah yang lambat itu yang terbaik!
Aamiin...

Okayy
Babai!!!!

Thank you for reading this entry!!!

Muahhhh

HannaHHallaN

Thursday 8 October 2015

Hannah Hallan Mar

Haiiii semua,

Sebab apa tajuk Hannah?

Semua tahu kan Hannah tu nama samaran aku, hihi
Tak semua orang panggil aku Hannah tau!

Nama penuh aku Fatin Farhana Binti Mukahalan.
Nama Samaran - Hannah Hallan Mar.

Punca nama terbina...
Hannah - Farhana
Hallan - Mukahalan
Mar - Maryaman

Nama arwah atuk aku...

Hanya seorang yang pernah pangil aku Hana,
Tapi tak lama, lepas tu dia panggil aku aten!
Hanya orang istimewa yang boleh panggil aku Hana.

Dekat 6 tahun dah aku tak pernah dengar orang panggil aku Hannah,
Tiba - tiba, satu hari tu ada orang panggil aku Hannah,
Aku agak terkejut jugak!
Mungkin dia panggil aku Hannah sebab aku tukar nama Facebook aku...
Saja nak mengusik aku. Bahahahaha (perasan sungguh!)

Hannah untuk kawan Facebook or my social media...
HANA untuk yang halal...

Tapi aku lagi suka orang panggil aku Fatin! Kahkahkah!
Nampak Rock wehhh!!!

Hana macam lembik jeeee.
Hannah Okay lagi, nampak ranggi!
Kihkihkih


Okay Okay, habis cerita!

Thank you for reading this entry!!!

HannaHHallaN

Tuesday 29 September 2015

Rindu

Assalamualaikum Semua,

Tak tahu kenapa sekarang ni saat ini rasa rindu sangat,
Rindu yang sangat dalam..

Aku rindu dekat keluarga aku,
Rindu dekat mak dan ayah,
Rindu dekat adik - adik aku..

Tak puas cuti Raya Haji haritu,
Bestnya bila dapat berkumpul satu keluarga,
Ya Allah rindunya aku mereka semua..

Sambil taip sambil nak menangis, huhuu
Sebulan lebih lagi baru dapat berkumpul satu keluarga,
Sebab yana cuti sem bulan sebelas,

Ya Allah, kuatkan hati aku untuk hidup berdikari,
Aku dah besar, aku tak boleh menangis lagi...
Menangis boleh tapi jangan selalu, huhuuu

Kadang - kadang bila aku menangis,
Aku akan rasa macam tabah sikit, huhuu

Menangis je yang mampu aku lakukan,
Bila aku sendirian, bila aku nak tidur,
Aku akan termenung dan air mata terlalu murah untuk mengalir masa tu...



Rasa rindu ni boleh hilang bila aku gembira & ketawa,
Tapi lepas tu, rindu tu kembali...
Rindu sentiasa menghantui hidup aku...


Thank you for reading this entry!

HannaHHallaN

Thursday 17 September 2015

Setia City Mall, We Enjoy It!

Assalamualaikum readers!!

Lambatlah hakakpaten update beloggg ni, hehehehe
Ini cerita 2 minggu lepas punya mehh.
30 Ogos 2015, aku enjoy dengan kawan kawan form 6 yau!
Dan juga Linda, my bff dari kecik! Kawan sekampung selorong sepermainan, eheh!

Seronoklah dapat hangout dengan diorang ni,
Gelak tu jangan cakaplah, nonstop babe!
Dari pagi sampailah kat rumah pun masih lagi tersenyum sumbing. Ahaks!
Serius lepas balik pun terasa rindu giloss kat jemmah jemmah ni, Hahahahaha

meh hakakpaten hidangkan gambar gambar kami,
3 keping ja yang boleh di share naaa.
Lebih lebih tak boleh, kami mahaiiii! Hahah
(pengaruh cerita mokcun dan rakan sepejabat) teehee


Weollss buddies takkan terpisah, hahaha
Happy je muka muka kami, dah lah buat padang tu macam padang kami, wakakaka
peduli hape aku, hahaha
Feeling feeling prawedding masa snap gambar,
Jemmah jemmah ni semua sama je sekepala dengan aku, kaki selfie!!!


Sebelum bergolek golek atas padang, kitorang pi main bowling sat.
Dapatlah 2 game, nak tertanggai tangan kami tau!
Strike jangan cakaplah, selalu sangat strike ke LONGKANG!
Hahahahaha
Sambil bermain bowling tu sambil sambil bersesi luahan perasaan masing masing,
Yang pasal kerja lah, yang pasal cinta lah, yang pasal nak kahwin lah, yang pasal itu lah ini lah, hahahaha
Almaklum dah lama tak jumpa katanya, semua nak diluah,
Padahal kat group wasap tu nonstop bercerita,
Tu lah namanya kawan, ada sahaja topik yang nak dibincangkan!







Lepas bersesi luahan perasaan, perut kami pun berbunyi. Hahaha
Kami makan dekat Johnny Restaurant, (lupa ejaan) wakakaka
Ingat nak masuk Seoul Garden, tapi gaji dah habis! Wakakakaka
Lawak sungguh!



Dah kenyang sungguh, bergoleklah atas padang, feeling feeling Princess!
Main bubble, kelakar sungguh naa.
Macam budak budak sangat tau!


Last picture Last picture!
Termasuk plak pasangan couple tu, haishhh
Bersungguh sungguh hakakpaten letak phone dekat atas beg tau! Nak guna monopod tak feeling plak, tak nampak whole padang tu, wakakakakaka
Linda, Aida, Syuhadah, Hazwani & Biha!
Aku sayang korang ketat ketat!


Orang kata biar ramai kawan jangan ramai musuh..
Tu lah yang aku cuba tanamkan dalam diri..
Berkawan dengan semua orang, senyum dengan semua orang.

Thanks a lot my jemmah jemmah!
Umur panjang kita jumpa lagi..

Kalau salah satu kahwin kita kena menginap dekat rumah pengantin 3 hari 3 malam!
Ahaks!!!!
Love you all lahhh
Muahhhhh


Thank you for reading this entry!


HannaHHallaN

Monday 24 August 2015

Time Square, Theme Park

Assalamualaikum semua..

Sabtu lepas hakak paten pergi release tension, wahahahahaha
Macam tension sangat je, kekekekeke
Aku pergi time square,
Dah berzaman theme park tu wujud, laa ni baru aku dapat jejak. Haha
Aku pergi dengan Wardah dan Afiqah.
Bertiga cukuplah, hehehe
My BFF forever, inshaaAllah till Jannah! Ameen



Muahhhh!!
Dah rindu dah dekat depaa ni.. Haihh
Kalau ada sebarang perjumpaan lepas tu mesti rindu...
Kami naik roller coaster tau!
Haha
1st time aku naik benda alah tu, Thanks to Afiqah sebab kenalkan aku dengan benda tu..
Terkehel tengkuk dengan kaki aku naik benda alah tu, hahaha
Tapi seronok, aku sorang je rasanya yang jerit time naik benda alah tu, hahaha
Release tension sangat uollsss...






Lepas tu, seperti gambar disebelah atas,
Kami jadi budak budak, hahaha
Main dekat zonekidz, kekekekekeke
Seronok jugak tau naik train budak budak ni. Kalau ada anak mesti best bawak diorang mai sini. Sambil sambil tu berangan feeling feeling ada family sendiri. Bawak anak anak jalan kat sini, Hahahahaha
Mula mula segan jugak nak naik, yelaaa orang dewasa lain naik sebab bawak anak anak diorang. Yang kami ni naik takde bawak budak budak pun. Hahahaha
Takpe, maybe diorang ingat kami guru tadika yang survey tempat untuk rombongan, Ahaks!

Lama jugaklah bertapa dekat theme park, dalam 4 jam kut,
Game yang paling best dan kami repeat banyak kali ialah kereta langgar langgar. Seronok gilos main benda tu, feeling feeling bawak kereta power pastu langgar orang. Hahahahahaha
After that, Afiqah ajak aku ngan Wardah naik roller coaster lagi, tapi aku dengan Wardah memang tak lah kan nak naik lagi. Hahahaha
At last, tak naik pun, Afiqah pun, aku tahu kau takut sebenarnya naik sorang sorang kan? Hahahaha
Cukuplah sekali naik roller coaster tu, hahahahaha!



Lepas tu kami beli tiket flight, sebab nak lunch dekat korea. Haha
Kidding!
Kitorang makan dekat Sopoong cafe kut, ke restaurants, haha! whatever. Dekat LG floor Time Square. Pi lah makan dekat sana, sedap mehhh
Tapi jujur lah, sedap lagi masakan Malaysia, wahahahahahahaha
Aku order Mee Ramyun + Kimbap
Wardah order Mee apa entah, lupa namanya, dengan Ddedoubokki kut, wahahahaha
Lost memory!
Afiqah order tu haa nasi ngan daging dalam kuali tu haa, time nak makan lah depaa pi bakar. hahahahaha kelakar kelakar, memang api marak and susah nak ambik makanan. Hahaha
Tapi memang tiptop lahh kat sini.
Thumbs up! akak bagi... Hahahaha

We all happy sangat, gosip bersama sama, luahan perasaan, hahahahaha
Afiqah sat lagi nak pi sambung belajar dekat nunnnn tu haaa, Pantai Timur, huhuhu
Lepas ni jarang lah jumpa. Haihhhh





My beloved friends, forever and ever!
Dari form 4 kawan sampai lah sekarang.
Terima kasih Allah sebab bagi peluang kenal dengan diorang.

Okay! Rindu!
Time balik kan, monorel buat hal.
Aku ngan Afiqah cuak dah, hahaha
Wardah steady jaa, kekekekekekeke









Okay, sampai disini sahaja coretan hamba!
Panjang umur kita hangout lagi...

Next group - lepas ni dengan group form 6 plak. Hahaha
Nantikan entry seterusnya mengenai diorang..

Thank You for reading this entry!!
Assalamulaikum!

HannaHHallaN

Wednesday 19 August 2015

Aku Suka Dia

Assalamualaikum!

Tiba tiba rindu dekat lagu Aku Suka Dia by Ainan Tasneem ni.
Hmmmmmmm

Tak tahu kenapa tiba tiba nak refresh balik lagu ni.
Lagu ni ingatkan aku dekat zaman Form 6 dulu. hikhikhik
Time tu lagu ni tengah meletup boommmm!!
So aku dan kawan kawan pun syoklah kat lagu ni.
So sekarang means aku rindu korang...
Rindu sangat sangat yang teramat sangat.
Tak sabar nak keluar sama sama Merdeka ni. Yabedabeduuuuu

Kalau korang ingat aku rindu lagu ni sebab someone, korang salah tau!
Aku tak pernah dedicate lagu ni untuk someone ke apa ke.
Lagu ni memang betul betul buat aku ingat my geng Form 6.
Lagipun aku tak pernah ada someone special yang perlu aku ingat. hehehe
Bila nak ada someone pun aku tak tahu. Hakhakhak (gelak besar)
Takpe, kita tunggu yang sah lagi HALAL je. Hikhikhik (gelak malu)
Time tu nak dedicate lagu banyak banyak pun takpe,
Nak nyanyi depan dia pun boleh. Wakakakakakakakaka (gelak guling guling)

Amboi hakak paten, shuke dianyaaaa.
Kehkehkeh. Malu hakak paten...

Okay lah, bacalah bait bait lagu ni.
Video klip dia yang buatkan aku teringat kawan kawan aku,
Sebab sawah. hahahahaha

"Aku Suka Dia by Ainan Tasneem"

Aku Lihat Dia Disana
Aku Ingin Mendekatinya
Aku Cuba Menghampirinya
Lalu Aku Menyapa Dia

Dia Pun Membuka Bicara
Dan Aku Mulai Mengenalnya
Kita Mulai Bermain Mata
Mula Timbul Rasa Bahagia

Bila Dia Mendekati Diriku
Hatiku Rasa Sesuatu
Bila Dia Senyum Pada Diriku
Hatiku Rasa Tak Menentu
Ohhh Ohhh

Kekadang Hatiku Bertanya
Adakah Dia Dah Berpunya
Kerana Diriku Berasa
Aku Jatuh Hati Padanya

Aku Ingin Memilikinya
Aku Ingin Menjaga Dia
Aku Ingin Mencinta
Aku Ingin Hidup Dengannya

Bila Dia Mendekati Diriku
Hatiku Rasa Sesuatu
Bila Dia Senyum Pada Diriku
Hatiku Rasa Tak Menentu

Mungkinkah Aku Kan Berjumpa Dengannya
Untuk Meluahkan Rasa
Mungkinkah Aku Kan Berdiam Diri Saja
Menunggu Cinta Darinya
Ohhhh Ohhhh

Ku Terima Satu Nota Darimu
Yang Tertulis 'Aku Suka Kamu'

Bila Dia Mendekati Diriku
Hatiku Rasa Sesuatu
Bila Dia Senyum Pada Diriku
Hatiku Rasa Tak Menentu

Akhirnya Kini Ku Kan Mampu Ceria 
Diriku Sangat Gembira
Akhirnya Kini Aku Mulai Bahagia
Menerima Cinta Darinya
Ohhh Ohhh

Aku Suka Dia....





Thank You For Reading This Entry!!!

HannaHHallaN

Tuesday 18 August 2015

Sayang Tanpa Kita Sedar? Rindu Sebenarnya


Siapa percaya dekat ayat tu?
Aku percaya tapi belum pernah jadi dekat aku lagi.
Mungkin belum pernah, mungkin pernah dan aku sendiri tak perasan.

Kekadang rindu pada seseorang yang kita tak pernah rapat.
Langsung tak pernah rapat, tapi ada rasa rindu.
Pelik kan?

Aku lah tu, sekarang ni aku rasa rindu sangat pada seseorang yang aku tak pernah rapat.
Bersembang pun jarang.
Tapi rindu tu tak perlu diluah,
Tak penting pun.
Sekejap je mesti rasa ni hilang.

Bila umur meningkat ni, macam macam rasa ada.
Lagi lagi sekarang ni aku dah duduk jauh dari family,
Rasa sunyi, sebab tu rasa rindu kerap je hadir.

Pasangan?
Belum ada yang sesuai lagi, heee
Semua orang nak hidup berpasang - pasangan kan?
Aku pun macam tu jugak.
Tapi aku masih muda lagi.
InshaaAllah, Allah dah sediakan seseorang yang baik untuk aku.
Untuk jadi Imam aku, untuk jadi Ketua aku.
Dan pimpin aku untuk ke Syurga Allah.

Mood pagi ni tak menentu,
So tulis je apa yang terlintas.
Lari dari tajuk dah lama lama.
Hehe

Thank You for reading this entry...

HannaHHallaN


Monday 17 August 2015

Terbaik Bagimu


Carilah Orang Yang Terbaik,
Dan Lebih Layak Buatmu,
Untukmu,
Yang Boleh Tasmik Al - Quran Bersamamu,
Yang Boleh Berjemaah Bersamamu,
Yang Dalam Maharnya Mengiringi Sunnah Rasulnya.

Jika Tidak Boleh Menjaga Hubungan Dengan Allah,
Apakah Dia Dapat Menjaga Hubungan Denganmu,
Sehingga Ke Syurga?

Carilah Yang Terbaik,
Yang Elok Untukmu.


HannaHHallaN

Monday 10 August 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua!

Hakak paten rindu nak menulis lagi.
Lagi beberapa hari je lagi nak habis raya, aku baru sibuk nak update beloggg. Hahahaha
Raya tahun awesome! Walaupun cuti raya tersangatlah pendek.
Hello! Raya keempat dah kerja wokeh.. Sakitnya tuh disini!

Sekarang ni aku nak kurangkan sikit post gambar dalam blog. So aku cerita je lah eh?
Buat karangan sikit, dah lama tak buat karangan, haha


Raya pertama macam biasalah adat tradisi keluarga, beraya bersama keluarga sebelah ayah dulu, tak pernah bosan dengan cara kami beraya, tambah rindu adalah. hikhikhik. Best sangat raya pertama tahun ni. Tema aku and family, guess what? Kelabu wehhh. Hahaha 
Warna yang aku rasa sedikit grrr, hahaha tapi cun jugak aku pakai kelabu (okay perasan lebeyyy)
Malam raya pertama tu, pusing pusing rumah adik beradik ayah dan makcik ayah. Dapatlah dalam 10 buah biji kereta macam tu, meriah kan? Sangat meriah.! I love my family, sekali jumpa tak ingat orang lain dahhh. Hahahahaha
Adik beradik ayah memang banyak cakap. Ada je topik yang nak disembangkan.
Sepupu sepupu aku? Jangan cakaplah. Hahahahaha
Mahu bergegar bumi dengar diorang punya ketawa.. Kahkahkah!
Anak anak sedara? Sama je dua kali lima. Hahaha

Raya kedua
Kat rumah saja, sebab ada baraan kampung,
Baraan kaum Adam, kami kaum Hawa jalan jalan rumah jiran jiran, hikhikhik
Raya kedua tu kebiasaannya adik beradik ayah akan bertandang ke rumah kami plak, hikhik
So mak aku pun prepare lah masakan..
Adat hari raya, mesti kena ada makan wehh, barulah umphhh
Barulah namanya raya uollsss
Tamat raya kedua. Haha

Raya ketiga
Sebelah mak pulak dekat area Kapar,
Awesome! Daebak!
Tapi tertinggal satu family yang kebiasaannya balik sama sama.
Depa balik kampung raya keempat.
Iolls dah kerja time tu.
Thats why kami balik hari jer.
Takpe, tahun depan aku ambik cuti panjang sikit, haha
Dapat raya sakan. Muahahahahahaha


Okay lah ada kerja lahh

Thank you for reading this entry!!

Assalamualaikum.

HannaHHallaN

Friday 10 July 2015

Jaga Hatimu

Jaga Hatimu
Kerana di dalam hati ada satu makhluk yang bernama nafsu

Jaga Hatimu
Kerana ia boleh merosakkan peribadimu

Jaga Hatimu
Kerana hatilah yang buat kita jauh dari Allah
Tanpa kita sedari

Sedikit demi sedikit
Allah tarik nikmat Agamamu

Sedikit demi sedikit
Allah hilangkan peribadi baikmu

Sedikit demi sedikit
Akan melonggarkan prinsipmu

Jaga Hatimu...


_copypaste dari facebook seseorang

Assalamualaikum


HannaHHallaN

Monday 6 July 2015

Tiramisu Milo

Salam Guys!
Eh Girls sekali, teehee

Tiba tiba rasa nak share resipi dekat sini sebab bila aku try menjadi dan sedap... hahaha
Nak show off sikit. kahkahkah! (puasa weh tak baik bangga diri)

Jumaat semalam ni aku balik kampung halaman yang indah lagi nyaman dan semestinya menyeronokkan.. yihaaaa
Dan aku pun tiba tiba ada mood nak buat tiramisu yauuuu!
Sebab teringin wehh, asyik tengok gambar je dengan resepi...
Better aku try buat,
Nampak leceh padahal senang je buatnya...
Tutup mata pun boleh buat. haha
Setengah jam je aku buat. Miahahahahahahaha


Senang je nak dapat bahan bahannya. Pergi Giant confirm semua ada yop! Hahaha
Okay, sekarang akak kawasan nak share resipi. Kalau korang baca (Kalau ada yang baca blog ni lah eh, hee) mesti buat dan cuba resepi ni. Sapa tak cuba siap dia, akak bagi kiss nanti. Ahaks! (sengal fatin bulan puasa macam ni, heiii)

Antara bahan bahannya adalah :
Jeng jeng jeng..... Complete kat Giant semua ada...

Kek sponge bulat yang selalu dekat Giant tu, alaa yang perisa pandan ada, coklat ada, banana pun ada. Hahahaha
250gram Cream cheese
200ml Whipping cream (beli kotak yang kecil kecil comel gituh, semalam aku beli ada promotion, hehe) - kalau nak lebih creamyyy gituhh letaklah 250ml.. confirm sedap sampai bertambah tambah lemak uollsss...
1/2 cawan gula kastor
Milo + air masak untuk dibancuh tanpa gula
Milo lagi untuk hiasan atas nanti
1 sudu teh esen vanilla
Bahan akhir yang paling penting, haha ofkos Mixer Machine awakkkk - mampu ke nak guna tangan je gaul sampai kembang dan sebati? Hahaha

Cara membuatnyaaaa :

1. Masukkan whipping cream, cream cheese, esen vanilla & gula kastor ke dalam bekas. Lepas tu ambil mixer, pasang pada kelajuan paling rendah tau, jangan terus laju kang habis terbang semua bahan dalam tu kena muka uolls. hahaha jadi tiramisu muka. kekekekeke - mixer bahan bahan dalam bekas tu sampai sebati dan kembang... pastu naikkan sikit sikit kelajuannya ye..
2. Potong kek ikut lah korang punya bekas tu besar mana. Aku guna mangkuk tau fu fa je senang nak makan nanti. lagi senang kalau guna bekas jelly kelapa tu. Haha
3. Lepas potong kek. Bancuh milo dengan air masak tak kisah lah panas ke suam ke suhu bilik ke. tak kisah. ikut suka korang lah...
4. Okay, celup kek yang korang potong tu kat dalam air milo. Celup gitu gitu je jangan sampai basah lencun plak. haha lepas celup letak dalam bekas yang korang dah pilih tadi.
5. Atas kek tu letaklah bahan bahan yang korang mix tadi.
6. Lepas tu tabur lah serbuk milo kat atasnya.
7. Ulang cara tersebut sampai mangkuk korang penuh tau. Ikut korang lah. nak penuh boleh tak nak penuh pun boleh. hihi
8. Tutup bekas tu dan sejukkan 'beliau' di dalam peti sejuk. bukan peti ais tau! peti sejuk je. hahaha
9. Lepas dah sejuk boleh lah di ngap begitu saja!
10. Kalau boleh buat ikut kegemaran korang tau. actually tiramisu ni guna nescafe tapi aku ubah guna milo. Ikut tekak sendiri katanya. Nak guna coklat pun boleh. hihi

Okay! Selamat mencuba tau! Confirm tak menyesal.


Inilah aku punya, sorry camera tak cun. haha
Memang sedap wehh (tak habis habis puji diri sendiri)
Macam macam jenis mangkuk aku guna. haha

Nanti raya nak buat lagi, hehe
Untuk bagi tetamu makan. dan dan aku rajin. ahaks!
InshaaAllah akan cuba jadi rajin, dah besar kan? haha
Nanti raya buat guna bekas jelly kelapa je, senang...
Ngap macam tu je nanti. confirm habis time tu jugak. hihi
Okay okay okay...
Tak baik ambik masa kerja (ahaks!)

Cuba tau jangan tak cuba plak!

Thank you for reading this entry!
I love all of you!
(tu depan akak) - hanya aku yang faham, teehee
Gedikkk sangat!

HannaHHallaN



Tuesday 30 June 2015

Happy Fasting!

Selamat berpuasa semua...
Assalamualaikum kesayanganku...

Pejam celik pejam celik, hampir 2 minggu kita berpuasa..
Dan, genap sebulan aku kerja harini.. Haha
Sekejap je masa berjalan kan??

Puasa tahun ni aku rasa macam dah dewasa sangat,
hidup berdikari gittewwww...
Agaknya macam ni perasaan hidup jauh dari family eh?

Dan, harini genap seminggu dari tarikh aku jumpa orang yang buat aku "blushing"...
Haha. Gedikk sangat kau jemmahhhhh!!

Okay, patah balik cerita pasal bulan puasa...
Bulan puasa adalah bulan yang dinanti nantikan oleh seluruh umat Islam..
Bulan dimana kita menambahkan amal ibadat kita...
Sooooooo, marilah kita mengejar pahala di bulan yang mulia ini...

And, teruskanlah amalan tersebut di bulan bulan yang lain...

Okay daaa...
Happy Fasting everyone!

Thank you for reading this entry...
Anyong!!

HannaHHallaN

Thursday 25 June 2015

Live Update!

Assalamualaikum uollssss...
teehee, rindu blog aku...

Kenapa live update?
Kahwin dah ke?
Eh belum lagi, still single and available lagi tau!

Live update sebab sekarang aku dapat pengalaman baru,
Suasana kerja yang baru,
Kawan - kawan baru,
Rumah baru, bilik baru, teman rumah baru,
Semua baru..

Haaa, hakak patin sekarang kerja dekat UiTM Kampus Sungai Buloh, Fakulti Perubatan.
Actually sudah sebulan aku kerja dekat sini,
Not bad, pressure jugak mula - mula sebab jauh dari family,
Aku kan anak manja, hikhikhik

Kerja dekat sini, kawan - kawan semua okay...
Seronok kawan dengan diorang,
Ada yang muda ada yang matang, ecececece
Seronoklah dekat sini,
Kerja agak susah jugak aku nak terima mula - mula tu and until now masih juga susah nak accept skop kerja ni, haha
Tapi InshaaAllah, Allah dah berikan rezeki ni dan aku akan cuba untuk bertahan selagi terdaya..

Ha Ha Ha,
Cukup 3 minggu kerja ada saat kelakar dan blushing, aigoooo
1st time ada orang bergurau macam tu,
Rasa kekok sikit... tapi nasib baik bukan staff sini, hehehehe
Kalau tak, tak nampak dah muka hakak patin ni, hikhikhik
Sooooooo, aku harap aku boleh stay dan enjoy kerja dekat sini...
Doakan aku ye. klik! (Kenyit mata sebelah)


Okay, ada kerja kena buat,
Hakak patin minta izin undur diri...

Bye! Anyong!
Assalamualaikum...


HannaHHallaN

Thursday 14 May 2015

Gembira? Sedih? Takut?

Assalamualaikum readerss!!!

Kali ni aku nak cerita something,
Aku ada berita happy 'lah' jugak, heee
Aku dapat kerja dekat Uitm as a Pembantu Setiausaha Pejabat...
Tak tinggi mana pun jawatan tu tapi alhamdulillah Allah bagi peluang,
Terima kasih Ya Allah, inshaaAllah dipermudahkan...

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat kerja tetap,
Bukan senang nak dapat pekerjaan dunia zaman sekarang ni,
So, korang semua, janganlah memilih sesebuah pekerjaan,
Grab je apa yang ada depan mata as long as benda tu halal, bersih dan selamat...
Kita ni kalau nak berjaya kenalah bermula dari kepayahan,
Dari bawah ke atas,
And, sentiasa tanam dekat fikiran,
'tak semestinya kita selalu berada dekat bawah Dan juga tak semestinya selalu berada diatas...'
Bila dah dekat atas jangan terlalu seronok dan senang...
Kadang - kadang kejayaan dan kesenangan tu lah ujian daripada Allah...
Bila susah jangan nak berlagak senang pulak, teehee

Okay, balik pada cerita 'happy' aku tu,
Sedih bila rasa nak berhenti kerja dekat tempat lama ni,
Hmmm setahun lebih dah kerja sini,
Tapi, aku dapat peluang yang lebih baik,
Takkan aku nak lepaskan...?
Mak Ayah nak sangat tengok aku kerja tetap,
"ayem" (senang hati in Javanesse) katanya...
Sedih nak pisah dengan officemate sekarang ni,
Kak Tini ngan Biha, you are the best officemate ever!!
I will always miss both of you....!

Takut pun ada jugak,
Sebab aku tak tahu lagi ditempatkan dekat mana,
Samada Sg Buloh (KL) ataupun Selayang...
Aku dah cuak dah,
Kena tinggalkan rumah, huhuhu
Hidup berdikari lepas ni,
Tak boleh manja manja lagi, teehee

Sebab tu aku buat title "Gembira, Sedih, Takut"
Sebab macam macam yang aku rasa sekarang ni,
Lagi 2 minggu je,
Semoga Allah permudahkan segala urusan..
Kawan kawan, doakan saya ya?!
Tak dapat continue study dekat Uitm, dapat bekerja pun jadilah eh? Teehee

May Allah ease everything...

Thank You ^^v

HannaHHallaN 

Wednesday 14 January 2015

2014 - Kenangan Yang Indah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah 2014 telah melabuhkan tirainya,
Cuma aku yang 'update' lambat.. teehee
Memori aku dekat tahun 2014 cukup menyeronokkan dan mengembirakan,
Sangat banyak kenangan yang dicipta,

Antaranya,
Adik aku berjaya masuk ke Matrikulasi,
Tahniah sekali lagi my lil sis,
Aku banyak meluangkan masa dengan keluarga dan kawan - kawan,
Seronok sangat...

Aidilfitri yang sedikit hambar,
Tapi cukup gembira bagi aku,
Atleast aku dapat bertemu dengan Aidilfitri,
Semoga dapat bertemu lagi tahun ni, Ameen.. InshaaAllah

Perjumpaan dengan kawan - kawan tingkatan 6,
Hampir 5 tahun bersahabat,
Semoga ikatan ukhuwah tersebut kekal hingga ke akhir hayat...

Penutup 2014 yang agak menyedihkan bagi Negara kita iaitu, Malaysia,
Aku turut berdukacita dengan kejadian - kejadian yang menimpa negara kita,
Hanya doa yang mampu aku berikan kepada rakyat Pantai Timur,
PrayforMalaysia... PrayforPantaiTimur...
InshaaAllah, Ujian Allah tanda Dia sayang umatNya...

Pembuka 2015 yang mengujakan,
Berkumpul dan makan serta bergurau senda dengan kawan - kawan,
Wardah dan Afiqah.. Seronok tak terhingga,
Persahabatan yang dibina hampir 7 tahun,
Alhamdulillah, Semoga persahabatan kita kekal untuk selamanya, Ameen...
Berharap tahun ni kumpulkan semula geng - geng kita, teehee





Gambar kiri,
Kegembiraan yang tercipta di 2014, Senyuman aku tak mampu menggambarkan betapa gembiranya aku disamping mereka...
Terima kasih Ya Allah, kerana meminjamkan mereka kepada aku, Alhamdulillah...








Gambar Kanan,
Pembukaan 2015, 
LOVE and HUG korang ketat - ketat...








Semoga 2015 memberikan kenangan yang lebih indah, 
Azam tahun baru?
Biar aku saja yang tahu,
Berdoa supaya kehidupan yang dilalui diberkati dan dirahmati oleh Allah...
Kita hanya mampu merancang,
Allah yang menentukannya...

Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi salah satu memori 2014 aku...
Happy New Year!!


Thank You For Reading This Entry!!!

HannaHHallaN