Monday 22 December 2014

Jodoh?

Assalamualaikum..

Aku selalu tertanya - tanya siapa jodoh aku??
Selalu berangan jodoh aku tu macam mana orangnya, Tinggikah? Rendahkah? Putihkah? Sawo matangkah??
Haha!
Tapi, kalau kita dah tahu jodoh kita dari awal lagi, tak syoklah kan?
Sebab tulah Allah bagi suprise kat kita,
Dan dari situlah nanti lahir ayat " lahhh kau ke jodoh aku! "
Kahkah!
Tapi setakat ni, tak ada pulak aku dengar orang buat statement cenggitu.. Hehe

Jodoh, Ajal dan Maut, semua terletak di tangan Allah SWT..
Kita hanya mampu merancang, berusaha tetapi Allah yang menentukannya..
Allah adalah sebaik - baik perancang..

Sebagai hambaNya, kita janganlah berhenti berdoa untuk mendapatkan yang terbaik,
Dan, kita jangan terlalu asyik untuk menjadi bakal pengantin, sebab itu sesuatu yang mungkin belum pasti,
Apa yang pasti ialah kita semua ni bakal bergelar "jenazah"..
Mengingat akan kematian juga baik untuk kita,
Supaya kita sedar bahawa dunia dan hidup ini hanya sementara..

Aku bukanlah nak jadi ustazah "segera" ataupun keyboard warriors,
Tapi, sebagai manusia, tak salah kalau saling mengingatkan..
Aku pun banyak kekurangan,

Okay! Back to soal jodoh!
Walau siapapun jodoh kita nanti,
InsyaAllah, Allah dah berikan yang terbaik untuk kita..
Ramai kawan aku yang sudah dan akan mendirikan rumahtangga,
Tahniah sekali lagi aku ucapkan,
Mereka dah berjumpa dengan orang yang tepat..

Janganlah kita berasa tercabar dengan perkahwinan mereka,
Iyalah, manalah tahu, dengar kawan ni kahwin,
kawan tu kahwin,
Kita rasa "aik! semua kahwin, aku bila lagi? Tak boleh jadi ni, kena carik jugak"
Haaaa, mostly macam tulah ayat yang keluar dari mulut anak muda zaman sekarang ni, hehe

Bak kata kawan aku,
" Yang ada calon ke tiada ke, insyaAllah memang ada Allah bagi kat setiap orang, tapi tak tahu jumpa kat dunia ataupun akhirat "

Macam aku, memang aku tak de calon,
Aku serahkan segalanya pada yang Maha Esa,
Allah dah aturkan segala - galanya untuk aku..
InsyaAllah..

So, korang semua, janganlah berhenti berdoa,
Mintaklah selagi boleh mintak,
Kalau nak yang baik - baik dan soleh,
Mintaklah kat Allah,
Tapi, kalau nak yang baik, korang pun kenalah jaga jugak perangai korang,

InsyaAllah,
Orang yang baik dapat yang baik - baik,
Begitu juga sebaliknya..

Diri kita mencerminkan siapa bakal jodoh kita..

Allahuakbar!
Semoga apa yang aku coretkan disini,
Memberi manfaat kepada kalian yang membaca,
Aku pun masih ada kekurangan..
Ampun dan maaf dipinta..

Terima Kasih Sebab Sudi Baca!

HannaHHallaN

Thursday 18 December 2014

Kenangan Is Kenangan Chapter 2

Okay, nak sambung balik sinetron aku yang tergantung haritu,
Haha! Sinetron Kenangan Is Kenangan!
Kali ni nak cerita Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) pulak,
Aku dulu bersekolah di SMK Dato' Harun, Tg Karang, Selangor Darul Ehsan,
Yeah! Hidup Selangor! Kahkah!!

Aku sekolah kat SMK Dato' Harun ni kan sampai 7 Tahun,
Haha, sebab aku continue Form 6 kat situ, Kekeke
Dari form 1 sampailah form 6 atas..
Disitulah lahirnya sebuah cinta... lalalalala
Kat situlah aku kenal sahabat, kawan, yang baru, huhuhu

Tingkatan 1,
Hari pertama persekolahan, ayah aku hantar naik lori tayar 12, hehe
Thank you yuu yuu ayah,
Masa tu ayah bekerja sebagai drebar lori,
Sekarang dah up sikit, kerja government, bawak bus dengan van untuk pelajar - pelajar KISAS, Klang..
Aku masuk kelas 1 Amanah tak silap aku,
Seminggu je aku kat situ, then aku dipindahkan ke kelas 1 Ikhlas,
Geng2 sekolah rendah cuma aku dengan Syuhadah and Linda yang masuk SMKDH ni,
Zura, Mashitah & Shafikah masuk sekolah agama berdekatan situ..

Tingkatan 2,
Aku masih lagi kelas yang sama iaitu 2 Ikhlas,
Tapi masa tu sekolah tukar nama - nama kelas,
Menjadi 2 Dedikasi..
Kat kelas ni, aku bergabung semula dengan Syuhadah,
Sehinggalah Tingkatan 3,
Kat sini aku menubuhkan sebuah persahabatan ( cehh tak boleh belah ayat kau! ) dengan Farah, Syahida Syuhada ( Si Kembar ), Syuhadah, Aida, dan lain - lagi.. Hee ( maaf jika nama tidak disebut )
Kisah Tingkatan 3 sama je,

Tingkatan 4,
Lepas PMR, aku naik 2 kelas menjadi 4 Bestari,
Payah aku nak biasakan diri kat kelas ni,
Sebab aku terpisah dengan kawan - kawan aku..
Kat kelas ni aku berkawan dengan Fathira, Amira & Suliza,
Lepas setengah tahun, baru aku berkawan dengan ramai orang,

Tingkatan 5,
Masih dikelas yang sama 5 Bestari,
Kat sini aku sudah mula ada geng, cewahhhh
Fathira pun dah jumpa geng yang sekepala jugak,
Bukan kitorang tak berkawan ya??
Masih berkawan, kami berkawan dengan semua orang dalam satu kelas tu,
Geng aku, 3 Pengawas sekolah iaitu Afiqah, Wardah & Nadiah,
Pengawas Pusat Sumber, Suliza
Dan, pelajar biasa macam aku iaitu Amira..
Itulah geng aku masa form 5,

Tingkatan 6,
Aku berkawan dengan satu kelas,
Yang paling rapat Nabiha, Hazwani, Aida, Syuhadah & Faizah..
Merekalah tempat aku ketawa, menangis dan bergembira..
Hang out bersama..

Ramaikan kawan - kawan aku?
Alhamdulillah masih contact sampai sekarang,
InsyaAllah takkan ada yang dilupakan sehingga hujung nyawa..
Inilah sinetron aku.. Haha!
Sebelum semasa dan selepas ni if aku ada bercerita mengenai mereka,
Disinilah kisahnya aku mengenali dan membina persahabatan dengan mereka..

Rindu sangat!
Thank you sebab baca sinetron ni..

HannaHHallaN

Monday 15 December 2014

Hobi Kebiasaan Manusia

Hobi Manusia Yang Kita Sendiri Tak Pernah Nak Sedor, Iaitu.... 

Marah & Stress

Ya, aku tahu apa itu rasa marah dan stress,
Sebab pernah jadi dekat aku..
Memang sangat sakit dan menegangkan segala urat yang ada dekat kepala aku..

Baru je beberapa minit ni, eh tak! saat ekceli, aku dah rasa stress yang sangat membengkakkan hati, hempedu dan jantung aku, haha!
Aku sakit hati pulak dengan handphone aku ni, haihh
Tak boleh nak connect dekat komputer, sedih bak hang!

Tapi, bila aku pikirkan "kembali", haha!
Macam orang yang takde otak je marah dekat handphone sendiri,
Bak kata mak aku " Mentallah tu, marah dengan barang, cakap sendiri - sendiri "..
Haha! Selalu aku macam tu bila layan drama ke apa..
Tapi aku tahu korang pun macam tu jugak kan??
Lagi - lagi kalau dalam drama tu ada watak perampas yang tahap gaban rampasnya,
Beria macam dia punya sorang,
See, aku tulis pun aku emosi sendiri,
Kita takkan lari daripada perasaan stress..

Orang baik macam mana sekalipun,
Mesti akan rasa apa itu marah & stress,
Cuma satu je yang dapat membezakan, 
Iaitu cara dia mengawal rasa amarah tu..

Bila kita rasa marah & stress,
Banyak - banyakkanlah ingat Allah,
Banyakkan istighfar " Astaghfirullahaladzim"
Tak pun korang boleh ambik wudhuk..
InsyaAllah perasaan marah & stress korang tu boleh reda..
Pahala pun dapat..

Kadang - kadang manusia ni bila marah,
Mulalah muncul macam - macam perangai & perbuatan...
Kononnya, "perbuatan yang pelik - pelik" boleh hilangkan stress diorang..
Hmmm manusia Oh manusia..
Korang fahamkan maksud aku perbuatan pelik tu..?
Tipulah kalau tak faham..

So, korang kenalah hargai rasa marah tu dengan sebaiknya,
Banyakkan ingat Allah,
Macam aku tulis tadi, 
Pahala pun dapat...

Marah tu syaitan..
Pandai - pandailah kawal rasa amarah tu dengan sebaik baik baik mungkin...
Kahkahkah!


Thank You For Reading This Entry!

HannaHHallaN

Thursday 30 October 2014

Kenangan Is Kenangan Chapter 1

Okay, Aku rindu zaman sekolah...
Rasa nak patah balik kat masa lalu..
Semua orang mesti akan merindui zaman sekolah,
Yang tak rindu tu maknanya dia tak normal, hahahahaha

Zaman Sekolah Rendah,
Di mana dari darjah 1 sampai darjah 6,
Aku di sekolah yang sama,
Maunya tak rindu, menghabiskan sisa zaman kanak - kanak kat situ,
Semestinya aku rindu...

Darjah 1,
Ayah yang daftarkan aku,
Aku tak menangis hokeh!!
Aku kanak - kanak yang amazing.. Kahkahkah

Darjah 2,
Aku dah pandai berdikari, cewaaahhh
Adik aku masuk darjah 1,
After dua tiga bulan cenggitu, adik aku meragam... Ahahahahah
Menangis je masa nak pergi sekolah,
Pernah satu hari tu, dia datang kelas aku,
Tegur aku melalui tingkap,
Lepas tu dia nangis suruh hantar balik rumah,
Aku pun apa lagi, bila tengok orang nangis,
So, aku pun ikut bercucuran air mata... Hahahahahahaha
Adik oh Adik! ( Adik lelaki hokew!! mesti dia bengang kalau aku mention lagi sekarang )

Darjah 3,
Dari aku kelas pertama masa darjah dua,
Aku turun kelas jadi kelas terakhir,
Kahkahkahkah
Hanya satu sebab, OMR!!
Aku sangat blurr bila jawab peperiksaan akhir tahun,
Cikgu bagi aku kertas soalan, Happy ni nak jawab sebab soalan quite easy, hehehehe
Pastu, cikgu bagi kertas jawapan/OMR...
Aku macam, grrrr kertas apakah ini?? hahahahhaah
Aku pun main tanda jelahh hitam - hitam tanpa merujuk kertas soalan..
Korang rasa apa jadi? Kekekekekeke
Memang fail lahh Bahasa Melayu aku!
Time Matematik, English and Science, aku pulun habis - habisan,
Tapi tetap jugak tak boleh cover markah BM aku,,, huhuhu
So, di kelas terakhir aku dicampakkan...
Tapi best apa, atleast aku merasa jugak periksa no1 or no2... Hahahahahahahaha

Darjah 4, 5 & 6
Aku naik balik ke kelas pertama,
Membuktikan yang OMR memang punca aku turun kelas, Hahahahahaha
Naik darjah 4, aku sikit lahh matang,
Since tu, aku ada geng - geng besar, hahahahahaha
Kekal lah geng tu sampai darjah 6, sebelum semua membawa haluan masing..
How I miss that moment, :'(

Sekolah Menengah pun salah satu zaman yang paling awesome aku pernah lalui,
Kita continue next entry lahh ye,

Curi masa kerja pulak!
Thank your for your reading!!

HannaHHallaN

Monday 27 October 2014

Letih

Semenjak dua menjak ni, aku rasa macam letih sangat walhal tak de benda berat pun yang aku buat..
Ya, baru baik demam dua hari yang lepas..
After baik dari demam, I got my flu..
Letih sangat bersin, non stop... Harini je aku rasa lebih 30 kali aku bersin... Haiciummmm!!!!

Since, minggu lepas lagi aku dah rasa badan letih sangat, feel down dari segi mental...

Harini, penampilan aku sangat teruk... Hahahhahahaha
Tak perlu kut nak selfie,
Tisu ni dari pagi tadi asyik duk bergayut manjang kat hidung aku ni haaa,
If not, mulalah cecair ni keluar ikut suka hati dia....
Hahahahahahah.. ( sorry kalau baca ni korang tengah makan, sapa suruh makan.. hihihi )
Cecair ni menggelongsor laju je macam paip...
Tak sempat nak tadah... Hahahahahahaha

By the way, aku bersyukur rasa sakit ni,
Sebab kalau Allah bagi sakit dekat kita,
Tu maknanya Dia sayang kita...

Jadi, tiada alasan untuk aku mengeluh dengan rasa sakit ni,
Cuma kadang2 tu ada jugak lah "ter"mengeluh,
Almaklum, aku pun manusia jugak ada kekurangan... Huhuhuhu

Tiba2 rasa rindu nak menulis,
Tu yang aktif je dalam sebulan ni...
Hehehehehe
Banyak lagi cerita aku nak kongsi...
Tapi cecair hidung ni tak mengizinkan..
Kita sambung di next entry ya!!
Okay, Assalamualaikum!!


Thank you for reading this entry!!!

HannaHHallaN

Thursday 23 October 2014

Cinta?

Cinta datang tanpa diduga,
Kadang saat kita terleka,
Cinta tu hadir dengan seribu pengharapan,
Ada apa dengan Cinta??

Pada pandangan aku cinta itu sebuah perkataan yang amat luas maknanya,
Cinta tidak semestinya hanya pada pasangan kekasih,
Tapi lebih molek jika kita anggap cinta tu adalah diantara ibu bapa, kawan - kawan dan ahli keluarga..

Kebanyakan manusia, apabila mendengar perkataan cinta,
Mereka terus terbayangkan sosok sepasang kekasih,
Ya, memang indah kalau bercinta...

Walaupun aku tak pernah rasa apa itu cinta,
Tapi aku boleh melihat kebahagian cinta itu dalam perhubungan ayah dan mak aku,
Alhamdulillah aku diberikan sepasang ibubapa yang sangat romantik dan bertanggungjawab..
Semoga aku juga akan dikurniakan sebuah perhubungan seperti itu dengan bakal imamku..
InsyaAllah, Allah sentiasa ada dan mendengar doa - doa kita....

Allahuakbar!
Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita,
Aku tak pernah rasa kekurangan walaupun aku tidak mepunyai kekasih,
Aku cukup bersyukur dengan adanya keluarga disisi..

Mak pesan,
Carilah suami yang menghormati ibunya,
Sayangilah ibunya seperti mana kau sayangkan mak,
InsyaAllah bahagia nanti...

Prinsip aku,
Takkan kejar lelaki yang tak cintai aku,
Tapi, aku akan kejar lelaki yang sentiasa menuju ke jalan Allah SWT..
Jika tiada jodoh di dunia,
InsyaAllah, Allah telah sediakan yang terbaik di sana kelak...

Jangan pernah berasa diri itu tidak laku kawan - kawan..
Mungkin banyak kekurangan daripada pendapat aku ni,
Tapi setiap orang ada pendapat sendiri kan??


Terima Kasih kerana sudi membaca 'entry' ini...
Syukran!
Assalamualaikum!!

HannaHHallaN

Saturday 18 October 2014

Memori Di Sungai Chiling..

Assalamualaikum readers!!

Tiba2 rasa nak cerita pulak pasal kenangan mengembara kat sg chiling...
Aku pergi dengan kawan2 aku, 27 September 2014...
Lama dah, dekat sebulan dahh..
Baru nak post kat sini...
Asyik tak sempat je nak ngupdate belog nihh...
Hehehehehheh

Okay, Sg Chiling ni sangat best dan awesome!
Sesuai untuk para remaja yang nak bersantai dengan kawan2 tu, haaa mai lah sini..
Pasti tergoda,, hahahha (gelak jahat)
Kat chiling ni korang boleh merasai rasanya mendaki gunung kinabalu
Sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT..
Sangat tenang suasananya..
Sepanjang korang hiking tu korang akan dengar macam2 bunyi tapi bukan bunyi yang menyeramkan.. Heheheheh
Korang akan dengar bunyi air terjun, cengkerik... Memang best... Feel the nature!

Time kat dalam hutan belantara tu, cewahhh
Aku jumpa ulat gonggok, macam kutt, besar jugaklahh tapi dah dying time tu.. kesian,, time balik tengok dah bersemut, meaning?? Mati lahh kut...

Sg Chiling ni nak pergi dengan family pun boleh,
Tapi better time nak hiking tu sediakan tenaga yang kuat untuk melawan arus air sungai yang deressssss.....

Bagi yang tak kuat nak hiking tu, main jelah air kat bawah... Hehehehhe
Tak dapat lah tengok waterfall...
Paling best kat Sg Chiling ni kann,, kita boleh bermandi manda dengan ikan2 yang so so so romantic lahh sangat.. ( asal nak tangkap je lari,, time bagi makanan boleh plak menggelupor kejar orang, takut mak jemah! )

Naaaaaa.... Aku bagi korang tengok gambar aku dan kawan2 kat Sg Chiling ni...
Sikit je, tak boleh banyak2... Huhuhuhu

Credit photo : IG mirul..
Inilah barisan kita yang ikhlas berjuang...
Ok merepek sudahh..
Inilah antara ahli2 yang join..
10 orang semuanya... Laki 2 dan perempuan 8..
Haaa kaum perempuan menguasai suasana..
Heheheheheheh

Abaikan muka aku yang sedang menguap, konon excited masyuk hutan belantara yang lagi kehijauan ini... Oh! My favourite!


We Are The Champion!
Lepas takluk hutan, kitorang pun basahkan baju dan seluar also tudung... Tapi, tak nampak plak ikan2 tu ye,,, haaaa nak tengok pergi lah sendiri... hehehehehehhe

Time hiking tu pun kitorang memang dah basah... 8 ke 7 entah anak sungai yang kitorang kena reda... dari cetek ke yang paling dalam dan derasshhh... Huhuhuhu



Sweet Moment... My Bestie ever!
Afiqah dan Wardah yang selalu ada warnai hariku...
Terima Kasih sebab jadi penjaga aku dalam hutan... bahahahahhaha
Trauma kut time dalam air sungai yang derasshh tuhh... nasib baik ada Afiqah, Thank you my friend...

Cause you are my friend,
Always in my heart...

Thank you once again...




Sebelum balik selfie lagi,,
Ehem2 aku nak perkenalkan tudung ciptaan baru aku.. Ahakss

Aku pakai tuala sebenarnya,, aku jadikan shawl.. Kreatif kan aku,, hikhikhik
Tapi panas sebab tuala kan tebal.. hikhikhik
Terpaksa tu sebab shawl datang dah basah and then shawl balik kat kereta,, Hmmmm

Takpe yang penting aku comel, tak nampak sangat pun muka aku sebab mirul hadang aku yang cute lagi comel ni, Ahakss #perahsantan..


Haaaa korang dah bacakan?? kan?? kan??
Kan??
Kan??

Haaa apa lagi pergilah sungai chiling tuhh
macam2 emosi boleh cipta tau..
Kenangan indah pun boleh..

Inilah Cerita Indah Kita Selamanya, kawan - kawan..
Cause You're My Friend,
Always In My Heart,
Love You All!!
#muahciked
#hugandkiss

Thank you for reading this entry!!
Anyong!!

HannaHHallaN

Tuesday 23 September 2014

Johnny Wongs Butter

Johnny Wongs Butter

Tak Sabar nak tunggu barang ni sampai..
Hai lahhh... Limited edition tau..
Produk Kak Baim gituh..
Percubaan pertama di Malaysia..
50 Packs sahaja..
Soon, maybe ada lagi..
Jangan risau... Heheheheh ( gelak berlagak sebab dapat order dulu walaupun barang belum sampai)

Mengikut penerangan dan gambar yang dikongsi oleh Abam Baim kita ni..
Benda ni sejenis produk yang boleh dimakan dengan roti, digoreng dengan makanan lain and etc..
Lebih kurang macam mentega kut.. Heheheh

Lepas je kak Baim post kat instagram dia terus aku cari tau kat Malaysia gimana mau beli..
Sampailah satu hari tu dia post bahawa butter ni boleh didapati di Malaysia..
Terus aku contact reseller kat Malaysia..
Nama dia kak Zura.. Aku order satu je dulu.. Nak try katanya..
Baru ingat nak order dua, daaaaaa sold out..
Pantas dan laju butter ni habis...
In one day!! wow so amazing!
hai laaa memang lahh,, Baim Wong kan ramai peminatnya..

Untuk pengetahuan korang kannn..
Johnny Wongs Butter ni...
Adalah resepi rahsia keluarga Baim Wong...
Katanya campuran telur..
Tapi tak tau lahh sebab barang belum sampai kat tangan aku..

Nanti dah sampai aku share kat sini di next entry yahhh!!
Okay kerja banyak..
Curi tulang saja...
Wokehh bye!!

Assalamualaikum!!

Thank you for reading this entry!!

HannaHHallaN


Friday 5 September 2014

Cinta Bersemi Kembali ( Baim Wong )

Assalamualaikummmm...................
Waaaaa Cinta Lama Bersemi Kembali...

Aku jatuh cinta untuk kali kedua dekat Baim Wong ni...
Waduh2 gi mana ni??
Hahahahahaha..

Aku jatuh cinta balik lepas TV9 siarkan cerita baru di Slot Mutiara Hati..
Cerita tu tajuknya Cinta 7 Susun..
Perghh... Melting habis aku dengan Baim Wong ( BW ) dalam cerita tu..
Oh kak Baim... Haichehecheche...







Naaaaaa... Ini dia ceritanya... Suka sangat... Nampak tu BW...
Handsome sangat, kalah crush aku... bahahahahahaha

Para pelakon terdiri daripada :
- Ahli 7 Icons
- Baim Wong
- Raya Kohandi
- Giovanni
- Mischa Chandrawinata
- Gege Elisa
- Shandy Ishabella
- Devi Noviaty
- dan lain - lain lagi

Baim Wong ni kira hero jugaklah dalam cerita ni..
Hehehehehe.. Heroin dia kira Angela Tee ( A.Tee ) 7 Icons ni..
Aku suka couple ni...
Waaa... SiA,Tee ni tomboy dalam cerita ni sebab tu aku suka dia...
Rambut dia... perghhh smart sangat..
Macam rambut G-Dragon dah aku tengok..
Sumber inspirasi nak buat rambut cam tu..
Dah sama dah dengan rambut aku.. Muehehehehe


 Waaa,, keren banget... Aku lagi suka BW ni rambut pendek daripada rambut panjang... Huhuhu,, Nampak lebih macho dan romantis dan semestinya KEMAS.... bahahahaha

Aku minat dia dari cerita Kau Masih Kekasihku..
Soleha, Sejuta Cinta Marshanda dan banyak lagi lah...



Lepas tu, aku macam lost contact dengan dia... cewaaahhhh
Gaya macam aku kenal rapat je dengan dia...
Aku dengar kisah dia balik since dia berlakon dengan Elfira..
Time tu tak de feel sangat sebab aku jeles dengan El sebab dia dapat jumpa Kak BW ni... hehehehehe

El cantik.. aku pun minat dia jugak.. Okay stop!
Aku mula jatuh cinta balik start cerita Cs7 ni lah... hehehehehe

Sekarang ni aku nak kumpul balik cerita2 BW ni.. Tengah giat men 'download' sinetron Benci Bilang Cinta...
Mehehehehehe





Heroin dia pulak...

 Angela Tee @ A.Tee..
I love her hairstyle..
Suka sangat tengok muka dia..
Comel dan cantik sangat..
Dia ni mix Chinese dan Jepun..
Mata dia bagi aku semangat..
Muehehe
Mata aku pun sepet macam dia jugak... Kihkikihkih

Since cerita ni barulah aku kenal 7 Icons..
Lagu2 dia boleh tahan best jugak..
Paling aku suka lagu Cinta 7 Susun dan Cinta Cuma Satu... Korang dengar tau... Best sangat2..

Lagu My Friend pun best... Tak Silap aku A.Tee yang reka lagu ni... Huhuhu
Suara A.Tee ni lumayan sedap lah..
Tengok gambar sebelah kiri ni... Macam artis korea dah aku tengok.. Cute kut muka dia..
Suka tengok... Hehehehehehe

Aku suka cara dia dance, menyanyi..
Dan paling aku admire sangat rambut dia..
Sebab tu dari tadi cerita rambut dia je.. Huhuhu

Aku suka dan sangat berpuas hati dengan gandingan A.tee dan Joe dalam sinetron ni...

Haish... Rasa sekejap je aku tengok cerita ni..
Pendek sangat episodnya..

Selalu kalau aku tengok sinetron mesti aku complain kenapa episod panjang sangat..
Ini kali ketiga aku complain sinetron pendek sangat... Bhahahahaha
Kali pertama cerita Assalamualaikum Cinta... Kedua, Mutiara ( yang kembar tu )

Aku harap sangat Baim Wong dengan Angela Tee dapat berlakon sesama lagi... Muehehehehe
Tak pun buat Cinta & Susun musim kedua...
Ke memang dah ada?? Hahahahahaha
Buat kisah konflik 7 Icons lepas ahli2 ada yang kahwin... Kihkihkihkih







Inilah ahli 7 Icons... Mula2 ada Vanilla sampai episod 3 je.. Then, tukar Uty..
Best dua2... Suara macam sama...





Tengok A.Tee... I love her style..
Cantik kan rambut dia...



Mmmm, muahh We Are The Barbies....
Hikhikhik... Inilah watak jahat dan degil dalam cerita 7 Susun..
Demi, Selena, Milly dan Britney...
Aku suka selena... Putih melepak bak hang...
Hahahahahaha


Aku lebih suka poster ni...
Sebab BW dekat dengan A.Tee..
Hikhikhikhik..
So sweet, aku jadi jealous..
Huhuhuhuhu

Korang kalau nak tengok episode ni cari je kat Youtube,,, semua ada...
91 episode semuanya...
Happy Ending yang penting tu...
Kihkihkih

Okay! Thank you for reading this entry!!
Cinta 7 Susun
Joe
Angela Tee
PJ
Linzy 
Mezty
Natly
Uty
Grace
Choky
Danish

Bye...!!
Anyong!!
Kamsahamnida
Ibrahim Wong always be my hero!
Teruskan berambut pendek ya!!
HannaHHallaN

Tuesday 5 August 2014

Happy Together

Alhamdulillah tahun ni masih diberi peluang untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga dan orang - orang yang tersayang..

Okay, Jom sembang..
Raya tahun ni agak hambar sikit tapi....
Aku dapat join baraan raya dengan kawan2 aku.. Huahuahua
Tu yang best tuh..

Okay skip raya dengan family erk?
Raya dengan family private sikit.. Bhahahahaha
Terus ke baraan kawan - kawan..

1 2 3.. Start enjin... vroom vroom..
okay mengarut..



We all from 4/5 Bestari 2009/2010
Aku yang pakai baju hitam, comel - comel mata sepet tu..
Hehehehehe
Tak yah sebut nama lah sebab dah ade nama kat gambar tu..
Credit to Mirul ( yang pkai spec tu, baju hitam putih )
Yoo Jae suk Malaysia... Bahahahahaha
Sorry mirul.. Hee




Adik comel tu yang baju merah tu..
Adik Zarie.. Zarie tiada dalam gambar sebab dia yang snap.. Oppss tapi we all guna monopod tu..
( Haa nantikan jawapan di hujung entry Aku... )

Menyesal aku sebelum - sebelum ni tak pernah ikut..
Seronok bak hang baraan dengan diorang..
First time aku ikut tahun ni... Hehehehehe
Terima kasih pada Wana and Wardah sebab tak pernah bosan ajak aku tiap - tiap tahun...
Hohohoho




Nah korang.. Aku belanja selfie dari kami..
Haaa... Kitorang geng satu kereta..
Purple - purple biru tu Afiqah..
Purple tu Farihatun ( Eton )
Yang warna sama dengan aku tu Wardah..

Pikah bawak dengan berhati hati..
Sebab dia tahu dia bawak anak dara yang comel - comel gituh.. Yang masih single.. Muehehehehehe





Fatin yang ayu bersama Afiqah yang cute dan juga adik yang comel loteh.. hehehehe



Wardah gedik - gedik dengan kita,, Hehehehe
Muka aku macam mintak penampar pulak..
Bajet - bajet ayu,,, Cehh



Okay Pic ni time kat rumah Pian..
Yang pakai 1 set baju melayu biru tuh..
Dia tak join kitorang.. Huhuhuhu



Ni pulak kat rumah Fathira yang pakai spec tuh...
Punya lah susah aku pilih gambar time kat rumah Fathira ni sebab semua gambar aku tidur.. Almaklum Mix Korea, China & Jepun.. ( ok perasan )



Inilah jejaka - jejaka 5 Bestari.. ( nak ngurat? PM saya ) Bahahahaha
Yang lain sibuk mungkin..
Ini je yang dapat dijejaki.. Hohohohoh
From Left Muiz, Qamarol, Sufian, Amirul & Ijat..
Cover macho semua ni... Kihkihkih




Our Model.. Nina & Eton..
Serius aku suka gambar ni.. Cantik sangat..
Credit to Mirul..
Background cantik sangat..
Superb...!!!



Jeng jeng jeng...

Inilah monopod yang dikatakan mahal lah sangat.. Tapi power idea budak - budak ni.. Kreatif di luar jangkaan..
Sekarang korang dah taw kan sebab apa Zarie takde dlm gambar.. Hahahaha


Baru dua hari aku dah rindu..
Bila jumpa semua tu.. Rasa cm nk rewind masa ke Tahun 2010..
Bahahahaha..
Satu hari di hari raya..
7Syawal..
4 Bestari & 5 Bestari..
2009 & 2010..
Selamat Hari Raya Aidilfitri,,
Maaf Zahir & Batin,,

Thank You for Reading This Entry!!
Assalamualaikum..
HannaHHallaN

Monday 21 July 2014

Puasa Dan Raya

Assalamualaikum Semua..
Masa untuk update blog..
Alhamdulillah kurang seminggu lagi kita akan menyambut Aidilfitri, kita akan tinggalkan bulan Ramadhan yang penuh mulia ini..
Sayu hati,,
Banyak ke amalan kawan semua di bulan yang mulia ini??

Setahun hanya sekali..
Akan tiba akan pergi..

Ramadhan setahun hanya sekali bukan syawal je taw kawan - kawan..

Okay! kawan - kawan sambut raya kat mana tahun ni?
Aku macam biasa lah beraya kat rumah aku je sebab aku dah takde Atok dan Nenek..
Samada sebelah ayah mahupun sebelah mak..
Aku dapat rasa beraya dengan Atok belah mak.. Tu pon tak lama sebab umur aku 6 tahun, Atok aku dah kembali ke Maha Pencipta..
Nenek samada belah ayah atau mak, aku belum ada feel lg time tu sebab diorang meninggal umur aku 1 tahun..
Atok sebelah ayah pulak meninggal masa ayah aku kecik..
Memang aku tak pernah kenal lah..
Kat gambar je sebagai kenangan,,
Kadang - kadang aku cemburu dengan kawan - kawan aku yang ada atok dan nenek.. Hummm

Okay,, Tutup cerita sedih.. huhuhu

Selalunya raya pertama aku akan pergi rumah kakak sulung ayah..
Sebelah rumah je..
Pastu round la rumah jiran - jiran depan rumah..

Lepas Asar cenggitu, aku gerak pergi rumah mak cik aku belah ayah yg lagi sorang..
Then, raya ketiga or keempat cam tu lah, baru balik raya kampung mak pulak..
Memang tiap - tiap tahun, Ayah aku akan beraya dekat kampung dia dulu ( FYI, kitorang duduk dekat kampung ayah aku)
Dari aku kecik lagi, memang kat situlah hari raya pertama aku,,
So, klau tiba - tiba nak tukar 1st raya kat kampung mak, memang susah kot aku nak terima,, bahahahaha
Sebab dah terbiasa dari kecik beraya kat kampung aku..

Kawan-kawan ( dah cam upin ipin pulok )
Excited tak nak raya??
excited, excited jugak..
Tapi kita jangan lupa kepada mangsa - mangsa MH17..
Takziah diucapkan kepada keluarga - keluarga mangsa MH17..
Semoga roh mereka di tempatkan dikalangan orang yang baik - baik..
Al - fatihah..


Okay lah kawan - kawan.. Selamat Berpuasa
Dan Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir & Batin daripada Fatin Sekeluarga,,
Maaf jika penulisan aku ada menggores hati kalian..

Salam Aidilfitri..
Hati - hati memandu bagi yang nak balik kampung tu,,
Pandu Cermat Jiwa Selamat..
Ingat Orang Tersayang yang Sedang Menunggu Anda di Kampung Halaman..



Terima lah Poster Aidilfitri dari aku..
Hijau yang penting..
Hidup Hijau!
Hahahaha...
Warna kedamaian..
Bukan sebab lain ya!





Thank You For Reading This Entry!!!
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya!

HannaHHallaN
                                                                        

Tuesday 10 June 2014

Tahniah Kawan...

Oh My God! Ya Allah... 
Kenduri kahwin mai lagi..
Kali ni kawan aku pulak... Untuk pengetahuan pembaca blog saya ( takde pon yang nak baca )
pengantin yang akan saya post sebentar lagi adalah kawan - kawan sekolah saya..
Kenapa KAWAN KAWAN...?
Tunggu.........



Lihat gambar di sebelah atas ye para pembaca...
Okay Lets start.................
Pengantin lelaki tu kawan kelas aku since form 3 tak silap aku...
Maaf yop aku lupe,,, hehehehehehehe Sampai la form 5...

Yang pengantin perempuan pulak bukan rakan sekelas tapi rakan setingkatan ( apa jenis bahasa aku guna pon tak tau lahh )
Pengantin perempuan namanya Asfizah... Okay... As ni dulu pindah kat sekolah aku time form 4 then dia masuk kelas sebelah aku,,, So, nak di jadikan story... entah bila diorang berkenalan.. Tup - tup bercinta... hehehehehe

Lupo pulok... Pengantin lelaki namanya Ameer...
Oh so sweet dua dua Capital A... Aummmm
Aku pon nak cam tu gak lah...
Tapi Crush aku bukan Capital F... hehehehe

            


Okay... The above picture as you can seen... Tu time malam berinai diorang.. Aku tak datang pun.. aku datang siang je time sanding tu... Janji dengan kengkawan... But, actually majlis perkahwinan diorang boleh di label " reunion " kecil kitorang yang sebagai tetamu ni haaa... 
Hahahahahahahaha... Almaklum time majlis - majlis macam ni lah baru kitorang dapat jumpa satu sama lain... hehehehehehe



Haaaaa... Lepas tu apa lagi... Kitorang conquer pelamin sebab time ni pengantin tengah lunch... hahahahaha... Makan beradab katanya...

Inilah group yang dibina semasa menghadiri majlis AsfizAmeer... 

From left : Linda, Hawa
Duduk ( Kerusi ) : Biha & Saya lah!
Duduk ( bawah ) : Wardah , Wana
From right : wati , Farah

Okay lah ni daripada takde...
Yang lain - lain datang after kami orang balik...
So tak dapat lah ber jejak kasih kat sana dengan depa..


Enjoy la gambar gambar kami di bawah ini... Saya dan kawan kawan yang sangat cun dan cantik..
Kadang - kadang puji diri sendiri adalah terapi untuk kita..
( eh mana kau belajar fatin? )





Okay semua!! 
Terima lah gambar dari aku, rakan rakan dan pasangan mempelai...

Eh! Tiba - tiba ada budak laki tuh...
Siapa dia? Opsss sorry aku pun dah lupa nama dia..
Dia baru sampai then tiba tiba masuk dalam gambar kitorang..
Nak cantikkan gambar kut,, eh... Ya mungkin...!








Okay Friends!! Jumpa lagi di kenduri akan datang...
Kenduri kahwin siapakah?
Nantikan di Pawagam... 
Ehh... Nantikan di blog Aku ni haaa... Okay para pembaca?
Okay je lah erkk??



Thank you for reading this entry!!
Assalamualaikum..

HannaHHallaN

Tuesday 27 May 2014

Pertama Kali

Assalamualaikum..
Hai Uolls..

Why pertama kali? Sebab Adik aku dah masuk Matrikulasi... Huhuhuhu
Dan inilah pertama kali kitorang berpisah lama... Before ni just berpisah untuk a few days je.. 
Ini berpisah yang memerlukan masa berhari hari ok nope tapi berbulan bulan... 
Samada aku mahupun adik aku tak pernah duduk asrama.. Thats why aku berasa pelik bila semalam balik dari hantar dia dan aku feel kosong je.. Huhuhuhu

My Mom said " Jangan nak nangis - nangis, dia pergi belajar bukan pergi berperang ke apa.. Malas nak mulakan nangis, nanti Lyana asyik menangis je pulak kang.. Lagipun zaman sekarang dah moden.. Video call dah ada... Bukan jauh pun setakat kat Banting... Tiap - tiap minggu boleh pergi... "

Sepupu aku pun dapat matrik jugak tapi lagi jauh kat Penang... Family diorang pon takde segmen nyanyian.. eh! silap! Segmen Tangisan... Segmen sebak tu adalah kot macam kitorang jugak... Hehehehehehehehehe

Okay my dear lovely sister... 
Do The Best! 
Belajar Rajin rajin..
I know that you boleh buat Mak dan Ayah bangga and also gembirakan hati diorang..
Coz maybe I know that I tak boleh dah... Huhuhuhuhuhuuhuhu...
But, I will never give up! selagi ada peluang selagi tu aku sapu... Hahahahahahaha

Tak perlu tisu untuk baca entry ni...
Lagi 2 bulan mungkin yana dah balik...
Tapi mungkin lagi 2 minggu kita jumpa lagi..
Kami akan melawat anda... Wahahahahahaha

#Bilikkaucantik
#Bilikmoden
#Kampusbaru
#Akutidurseorangmungkin
#Dahtakdekawannakajakshopping
#Lovelovelovealwaysmissyou
#Belajarrajinrajin

Thank You For Reading this Entry!!

HannaHHallaN
Fatin & Lyana

Monday 28 April 2014

Kenduri Kahwin

Assalamualaikum!! Well Well Well... Hehehehehe
Sepupu aku yang kahwin tau bukan aku... Heee
Begini ceritanya...............
Pada Tanggal 27 April 2014 iaitu semalam adalah majlis perkahwinan sepupu aku....
Sepupu aku yang perempuan... Dia ada kembar tapi dia sorang je yang kahwin... Kembar dia belum lagi... Hihihihihi

Korang get ready la dengan macam - macam gambar nanti...
Yang seronok selfie la apa la...
macam - macam lahh....

Inilah pasangan mempelai tersebut... Cantik kan sepupu aku? puahahaha
Tu cik Husben dia.... 

I love diorang punya pelamin.... Cantik Angatttttttttt!!!!!!
Ala ala Barbie Fairytale katanya.... 
Pink - pink Biru - biru Kuning - kuning and etc...
Diorang ada sediakan Photo Booth untuk tetamu - tetamu yang hadir.... 
Tapi aku dan adik - adik aku dah konker dulu... Muehehehehehehe
Ada Candy Corner... Banyak gula - gula you.... Coklat banyak sangat.... Gerammm mak jemah tau....
Memang aku dok melayan coklat dengan mashmelow lah jawabnya....
Yummie2...


Haaaaaaa... Gambar Hiasan.. Terima kasih pada Encik Google.... hehehehe... Aku tak sempat nak snap gambar Candy Corner yang sebenar... Sibuk rewang katanya... Padahal dok selfie je kerjanya.... kihkihkih
Lebih Kurang lahh cam ni... Yummie3



Yang ni pulak contoh - contoh prop untuk Photo Booth... Ni pun Gambar Hiasan ye sayang - sayang... Sumber Google... Comel - comel kan?? Misai Wak Doyok pon ada..... Puahahahahahahaha... By the way, KeKoreaKeKita sudah habis malam tadi.... Huhuhu


Haaaaaaaa.... Sekarang tiba masanya untuk mencuci mata korang.....
TADAAAAA.....................................

 Fatin yang cantik comel sudah mula Selfie yau!


Hahahaha,,,
Aku jadi Pwinches tau semalam... 
Hehehehehehe
Aku pakai Flower Crown dari @palingmurah...
Aku beli online dekat Instagram... Cantik - cantik comel bak hang...
Dress Blue yang elegan ni aku beli online jugak...
IG dia @bellarusli... 
Shawl tu aku beli dekat kedai biasa - biasa je... Butik Tudung Zahra...







Sesuai warna dress aku dengan Tema Maniseh ni... Oppppsss... Aku tak mention lagi... Nama mempelai ni Maniseh & Faizul... huhuhuhu

Okay lah korang... Aku curi masa kerja ni... hehehehe...
Kang bos marah pulak.... HOHOHO...
Okay,aku cau dulu..

Thank You For Reading This Entry....

HannaHHallaN

Princess HaNNaH...

Friday 11 April 2014

Demam Korea Lagi??

Yes its me! Aku tengah demam korea sekarang,, Since aku refresh balik episode RunningMan nie... memang aku gila balik lah kat korea... Puahahahahahha

And sekarang aku pun ulang lah balik tengok drama korea yang paling aku minat and aku cinta,, iaitu Playfull Kiss... Oh my Kim Hyun Joong! My Hero! My,,My,,,My,,, and macam - macam lagi lah... Wahahahaha
Jung So Min pun ala ala cute jugak seh! wahahahha... Actually bila aku tengok balik cerita ni... Aku teringat kembali crush aku,,, huhuhuhu,,, Dia pun aku rasa minat jugak kat ini cerita,,, Cause dia pon KPOP Fans jugak... Puahahahaha....

And aku tak sangka sangat - sangat,, rupanya playfull kiss ni, diorang buat season 2 tapi kejap - kejap je satu episode tuh... Oh sangat sweet.... Sebab episode kisah diorang berumahtangga...
I wish I could be like Oh Ha Ni........ Kejar crush sampai jinjang pelamin.... Puahahahha
Agak - agak crush aku tengok drama ni ingat kat aku tak erk? wahahahaha
Perasan pun tak agaknya.... Kekekekekekekekeke

Kawan aku pon yang pada mulanya tak suka cerita RunningMan and drama - drama korea ni bagai terus jadi suka after die usha - usha cerita RunningMan nih... Wahahahaha,,, jatuh cinta jugak ko kat cerita korea nih..... Thumbs up lah!
Dia paling suka kat Lee Kwang Soo.... Aku pon okay lah LKS tu.... hehehehe.. Tapi aku lebih suka kat perangai romantik Kang Gary... Wahahahahahahha... And Sekarang,,aku pun promote lah drama - drama korea kat kawan aku tu... heheeheheheh

Crush korea aku memang banyak.... Puahahahahahaha
1. Kim Hyun Joong ( My Hero Forever )
2. Oak Taec Yeon ( Sama Muka Dengan Crush )
3. Nickhun ( Suka sebab tengok kat RM..Die cute macam Baby )
4. Jang Geun Suk ( Sebab muka dia Cantik )

Tu je kot crush korea aku... takde lah banyak mana pun... Mueheheheheh... Ke ada lagi erk? banyak sangat sampai aku pun lupa.... Puahahahahha

Ahli ahli RunningMan seperti berikut....

1. Yoo Jae Suk ( Grasshopper)
2. Ji Suk Jin ( Big Nosed Hyung )
3. Kim Jong Kook ( The Commander )
4. Ha Dong Hoon ( Haroro @ Haha )
5. Kang Gary ( Monday Couple Boyfriend )
6. Lee Kwang Soo ( The Betrayer @ Giraffe )
7. Song Ji Hyo ( The Ace @ Monday Couple Girlfriend )
   Satu satunya girl kat RM ni.... Suka sangat dekat dia... Kuat,Cantik,berani & macam - macam lagi...
   Dulu ada satu Girl ni kat RM ( Lizzy ) tapi sekejap je... Berapa episode entah...
8. Song Joong Ki ( The Brain of RM )
    My Flower Boy,,, Die ni kira otak paling pandai la kononnya kat RM...
    Dia ni kat RM sekejap je.. Pastu keluar dah... Huhuhuhu... Sedih my flower boy dah tak da...
    Nak nangis aku time episode akhir dia........ LKS pon sedih... yelahh bestfriend same aged kt RM... 
    huhuhuhuhuhuhu

Tu je kot aku nak story mory pasal korea ni... 
Tapi mmg serius aku paling windu kat drama Playfull Kiss ni...
Uwaaaaa... Jom lah kita tengok banyak - banyak kali....
Nak jumpa Kim Hyun Joong Please!!!!!!!!

Psttt.....
Crush tolong pandang saya....
Puahahahahaha



Oh My Kim Hyun Joong... Melting and Heartbeat when I look at you... Oh my heart.... Anyway You are very very super duper Handsome Oppa... Saranghaeyo Oppa! 




Crush Malaysia saya, Jom kita macam ni... Oh so sweet... Haish aku ni.. Terlalu mengharap... Tapi tak pernah usaha... Bukan apa,., Belum ada kekuatan lagi katanya... HOHOHO...






Thank You For Reading This Entry!
Assalamualaikum!
  

HannaHHallaN

Monday 24 February 2014

Be Careful With My Heart!!

Kenapa tajuk begitu??
The Answer is sebab aku tengah demam dengan cerita ni.. Cerita from Filipina uolls..

I love hero and heroin in this drama.. Heronya Richard Yap as a Richard Lim.. And.. Heroinnya Jodi Santa Maria I guess, hehehe as a Maya Dela Rosa.. Sebuah kisah kekeluargaan dan pastinya terselit babak CINTA... hohoho.. Cerita ni mengisahkan seorang duda yang mempunyai anak 3 orang.. First, Luke, Nikki and Abby.. Abby seorang yang boleh dikategorikan bisu tapi sementara sebab Abby ni trauma dengan kisah hidupnya yang kehilangan seorang ibu pada usia yang sangat muda.. Maya Dela Rosa pula adalah seorang gadis kampung yang ingin bekerja di Dubai ( rasanya lah.. hehehe ) tapi ditipu oleh agen pekerjaan tersebut.. So, Maya duduk di Manila untuk mcari kerja dan bkerja sebagai pengasuh or Yaya untuk Abby.. Maya merahsiakan tentang pekerjaannya dari pengetahuan ibu dan neneknya.. Dia hanya meluahkan perasaan pada kakaknya, Christina Rose Dela Rosa atau lebih dikenali sebagai KUTE ( gabungan kuya & ate ).. 

Maya menjalani kehidupan seharian sebagai pengasuh Abby, and Maya jatuh suka pada ayah Abby ( Richard Lim ) yang digelar SirChief..  Maya terpaksa berhadapan dengan sikap perengus Sirchief hari - hari.. Maya seorang yang ceria telah membawa sinar baru dalam keluarga Lim... Nak tahu selanjutnya saksikan la sendiri... heheheh

Aku tak pandai sangat nak story mory pasal benda ni... So, paham - paham lah yer... hehehehe
Aku cuma nak share je...
Cerita ni sangat best best best best and best...
OST dia pun terbaik!!!

If you love me.. Like you tell me..
Please be careful with my heart..
You can take it.. Just don't break it..
Or my world will fall apart..

You are my first romance..
And I'm willing to take a chance..
That till life is through..
I'll still be loving you..
I will be true to you..
Just a promise from you will do..
From the very start..
Please be careful with my heart..

Haaaaa... Tu sebahagian dari OST nya...
Nak carik? Search saja kat youtube... 
Taip OST be careful with my heart...
Tak pun taip tajuk lagunya.. 
Please be careful with my heart..

Kuya - Abang
Ate - Kakak
Mahalkita - saya cinta awak
Salamat - Terima kasih


Sedikit perkataan Tagalog..
Nanti nak belajar lagi.. Mak cik saya pandai speak in Tagalog...

Thank you For Reading This Entry!!
Assalamualaikum!!

HannaHHallaN

Tuesday 28 January 2014

Biodata??

Hai Guys! Dulu dulu time budak - budak suka buat biodata.. hahahaha
Benda yang paling best dikala itu,,, hehehehe
Main tukar - tukar biodata especially bagi mereka yang sudah pandai bercintan cintun... heee
Tapi aku bukan jenis yang buat biodata untuk cintan cintun ok!..
Dulu biodata tu macam buku skrap.. Sediakan one book for tulis biodata kawan - kawan.. 
Tapi aku bukan jenis tula... pernah jugak buat tapi tak kesampaian sebab aku rasa macam membuang masa,, hahahahha.... But actually buku tu sangat berguna if sudah habis sekolah rendah,,, yela dulu mana ada telefon nak contact - contact and jumpa - jumpa... Dengan buku tulah kita dapat lepaskan rindu masing - masing... hohohoho

Tapi aku masuk Form 1 & 2.. handphone sudah tersebar meluas.. gaya aku cakap macam aku lahir zaman 60an or 70an pulak takde telefon - telefon bagai... hahahah.. parents aku tak galakkan pakai handphone.. Kecil lagi time tu... fokus belajar je nanti lalai kalau ada HP.. huhuhuhuhu

Hai da melalut la... Jom buat biodata masa zaman - zaman kecil dan sekolah rendah dulu - dulu... heeee
Meh aku tunjuk biodata aku dulu - dulu time darjah 6.. yang real takde so aku taip jela... Aku ingat lagi ok!


Nama   : Fatin Farhana binti Mukahalan
Umur    : 12 Tahun
Tarikh lahir  : 01.10.1993 ( jangan lupa hadiah.. hehe )
Tempat lahir  : Hospital Tanjong Karang ( Kampung je tak glamor, huhu )
Makanan Kegemaran   : Nasi Ayam 
Minuman Kegemaran   : Air Tembikai
Hobi   : Membaca
Cita - Cita  : TUDM
Anak ke  : Pertama
Pasangan   : Takde ( solo )



Haaa! lebih kurang macam tula biodata aku dulu... Hahahha.. Pastu mesti gelak ramai - ramai time baca.. hohoho
Yang tak boleh blah tang Birthday tu... Siap bagi warning suruh bagi hadiah... Lepas tu kitorang beza - beza kan tempat lahir... cewah! Konon dulu - dulu siapa lahir kat HTAR klang.. anak kota... 
Tapi aku dan kawan - kawan yang lahir kat Tanjong Karang menafikan... So kitorang pun cakap la macam ni
" Yang lahir kat HTAR tu sebenarnya baby Bermasalah.. "
Hamik kau! Time kecil - kecil umur 12 tahun dah pandai cakap macam tu... Genius tak?? hahahahha

Tgok kat tang Hobi.. Bila baca balik time umur 21 ni... Segala - segalanya berubah dan terbalik.. Bukan setakat no.umur je boleh diterbalikkan hobi pun sama... Kalau dulu Membaca sekarang Menonton TV.. Dulu membaca & menonton TV sesuatu perkara yang bermusuh,,, heheheh ( suka - suka aku je,, hahahah )

Tang Cita - cita tak boleh blah tu... TUDM kau! Padahal time tu aku dah pakai spec mata,, Memang kena reject la time interview... Dulu kalau diikutkan cita -cita tu suka - suka aku je nak letak... hehehe.. Buku biodata kawan ni aku letak TUDM.. Kawan yang ni pulak aku letak DOKTOR.. Dan lain - lain lagi... hehehhe
Padahal tak tahu pun nak jadi apa... HMMMM

Sekolah rendah pun dah pandai tanya pasal pasangan tau.. heeee
Aku takde pasangan... Single and available until now! hehehehehhe



Saja je buat tajuk biodata ni... Sebenarnya sekarang ni Aku rindu gila kat zaman sekolah rendah... I wish I can turn back time ( broken english ) hohohoho

Dulu time sekolah rendah group member aku ade 1 2 3,, haaaa! ade 5 orang..
Aku ( Fatin ) , Syuhadah , Nazurah , Shafikah & Mashitah
Rindu korang damn much!
Yang aku still contact Syuhadah yang selalu menjadi best friend forever aku..
Nazurah yang jugak mendapat title kawan kampung..
yang lagi dua orang tu aku contact melalui facebook..
Shafikah continue study kat Mesir..
Mashitah last update dengan dia, dia study kat johor... huhuhu
5 Usaha Tahun 2004
Jeng jeng jeng... huhuhuhu
Ni gambar time darjah 5... Rindu zaman ni beb! aha!
Cikgu Syahdan.. ( The best teacher ever! )


Entah - entah diorang ni dah ada yang kahwin kot... hohoho.. Tapi rasenya belum ada...
Eh ada sorang yang sudah kahwin, sudah ada anak... Tahniah!
Adapun budak kelas lain.. huhuhu

Till We Meet Again Friends! 
Thanks to Allah kerana memberikan kawan - kawan yang awesome...
Walaupun mungkin kita tak berjumpa lagi..
Tapi korang tetap diingatan aku sampai bila bila... InsyaAllah!..
Kenangan pengubat rindu.. Uhuk!

Thank You For Reading This Entry!
Assalamualaikum!

Fatin rindu Kalian!


HannaHHallaN